Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Cara Melindungi Diri Dari Gangguan Jin & Sihir?

Seorang lelaki sedang membaca Al-Quran

Dikemaskini pada 15/02/2024 oleh Ustaz Abdullah

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk melindungi diri dari gangguan jin dan juga perbuatan sihir yang dihantar tanpa kita sedari.

Perkara ini penting sebenarnya untuk anda ambil tahu.

Sebab itu kita tengok banyak hadis-hadis Nabi yang mengajarkan kepada kita doa-doa yang sepatutnya kita amalkan, contohnya seperti doa pendinding diri, doa masuk tandas, amalan sebelum tidur, amalan untuk mengelakkan gangguan jin dalam rumah dan sebagainya.

Ini semua menunjukkan yang Islam sangat menitikberatkan soal perlindungan diri dari makhluk halus.

Jadi sebelum saya nak kongsikan dengan anda cara untuk melindungi diri dari gangguan jin dan sihir, anda kena tahu dulu tanda-tanda seseorang yang sedang mengalami gangguan jin atau sihir.

Isi Kandungan Artikel

Tanda-Tanda Gangguan Jin

Dari pengalaman saya, walaupun kita tak dapat melihat jin dengan mata kasar, tetapi bagi seseorang yang ada gangguan jin, mereka akan mengalami tanda-tanda di bawah:

  • susah tidur malam tanpa sebab.
  • sering terjaga malam tanpa sebab.
  • sering mimpi menakutkan.
  • sering mimpi melihat binatang.
  • sering mimpi melihat jin atau hantu.
  • sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • sering mimpi bayi.
  • sering mimpi tempat kotor atau kawasan kubur.
  • sering mimpi diancam benda tajam.
  • selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • kerap rasa berdebar-debar, gelisah, bimbang dan sebagainya.
  • rasa lesu, lemah dan tidak bersemangat tanpa sebab.
  • sakit belakang terutamanya disepanjang tulang belakang.
  • rasa malas dan berat sangat nak beribadah.
  • rasa malas dan berat nak berzikir terutamanya membaca Al-Quran.
  • cepat nak marah walaupun hanya disebabkan perkara kecil.
  • cepat pelupa tanpa sebab.

Satu ciri penting sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas ialah semua tanda-tanda yang anda alami hanya berlaku sejaka kebelakangan ini sahaja.

Mungkin dalam seminggu atau dua minggu yang lepas.

Sebelum ini memang anda tak pernah alami.

Doa Pendinding & Pelindung Diri

Jadi anda memang ada mengalami tanda-tanda gangguan jin di atas?

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda doa-doa yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.

Doa-doa ini bukan sahaja dapat melindungi diri kita dari gangguan jin yang berada di luar tubuh, malah ia juga dapat melindungi diri kita dari gangguan jin yang berada di dalam tubuh badan kita dengan izin Allah, inshaaAllah.

Amalkanlah dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

1) Doa Pelindung

Maksudnya: Dengan nama Allah, dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun di bumi atau dilangit yang boleh mendatangkan bahaya, Dia adalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Cara amalan:

Tiga kali selepas solat Subuh dan Maghrib.

Hadis:

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bahawa barangsiapa yang membaca ayat di atas di waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali, tidak ada sesuatu pun yang dapat memudharatkannya. (Lihat Sahih Sunan At-Tirmidzi, no 2689)

2) Zikir La Ilaaha Illah

Terjemahannya:

“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, Yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

Cara amalan:

Dibaca sebanyak 100 kali selepas solat Subuh dan Maghrib (ataupun dibaca sebanyak 10 kali dalam hadis yang lain).

Di dalam hadis, Nabi s.a.w telah bersabda bahawa barangsiapa yang berkata (berzikir) dengan kalimah di atas, seratus kali setiap hari, maka Allah akan memberikan ganjaran kepadanya seperti membebaskan 100 orang hamba. Dan akan dicatatkan baginya 100 kebaikan, serta dihapuskan 100 kesalahan, dan dia akan terpelihara daripada gangguan syaitan pada hari itu sehingga tiba waktu petang. (Hadis riwayat Bukhari, no hadis 31119, dan Muslim, no hadis 2691)

Faedah mengamalkannya:

Amalan ini akan mewujudkan pendinding yang tidak dapat dilihat, disekeliling anda. Sehingga jin yang ingin menggangu anda tidak dapat menembusi dinding ini. InshaaAllah dengan izin Allah.

3) Doa sebelum tidur

Antara doa-doa perlindungan yang sahih dari nabi s.a.w ialah:

Maksudnya: “Aku berlindung dengan perkataan Allah yang sempurna, dari kejahatan yang telah Dia ciptakan”

(Diriwayatkan oleh Muslim, al-Dhikr wa’l-Du’aa, 4881)

Cara Amalan:

Dibaca tiga kali selepas solat Subuh dan Maghrib.

Kesan:

Nabi bersabda, sesiapa yang duduk atau tidur disesuatu tempat dan membacakan doa di atas, tidak ada sesuatu pun yang boleh membahayakannya, samada ada dari kalangan jin ataupun binatang berbisa.

4) Anda boleh membaca doa ini untuk melindungi diri dan juga dari gangguan syaitan yang menyebabkan waswas di dalam solat.

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari kesombongannya dan sihirnya serta godaannya” (Sahih Abu Dawud, no 701)

Cara Amalan

Bacalah sekali sebelum anda mula berdoa kepada Allah.

Kesan

Selagi anda duduk dan berdiri di suatu tempat, tidak ada jin yang boleh membahayakan anda.

5) Ayat Kursi

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Cara Amalan

Baca dengan suara yang kuat pada setiap malam sebelum nak tidur, dan setiap pagi di rumah anda dan niatkan untuk perlindungan.

Kesan

Bacalah ayat kursi apabila kamu hendak tidur, dan tidak ada syaitan yang akan mendekati kamu hingga ke pagi. Dan Allah akan mengirimkan Malaikat untuk menjaga kamu hingga ke pagi. Kemudian baca sekali lagi pada waktu pagi.

6) Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah

Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

Cara Amalan:

Baca dengan kuat pada setiap malam sebelum anda hendak tidur dan setiap pagi di rumah anda dengan niat perlindungan.

Hadis:

Telah diriwayatkan bahawa Abu Mas’ud Al-Ansari berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah, maka itu sudah mencukupi baginya” (Diriwayatkan oleh Bukhari, no hadis 4723, dan Muslim, no hadis 807)

7) Membaca Al-Muawwizatain

a) Surah Al-Falaq

Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (5)

b) Surah An-Nas

Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)

Cara Amalan:

Selepas membaca Al-Muawwizatain, tiupkan ke tapak tangan anda, dan kemudian sapu ke seluruh tubuh anda, bermula dari atas hingga ke bawah. Ulangi sebanyak tiga kali.

Hadis:

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, beliau telah berkata, “Setelah turunnya kedua surah ini (Al-Muawwizatain), Rasulullah s.a.w melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan wirid untuk membentengi diri dari pandangan buruk jin mahupun manusia”. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kesan:

Ini adalah kaedah yang baik sebagai amalan perlindungan. Ini kerana ia bukan sahaja melindungi diri dari jin di luar, bahkan juga dari gangguan jin yang di dalam (dengan izin Allah).

Amalan ini juga sepatutnya dilakukan oleh mereka yang selalu mengalami mimpi yang buruk atau menakutkan.

Bagi mereka yang mengalami gangguan jin asyiq, juga harus mengamalkan doa ini. Dengan cara yang ditunjukkan di atas, inshaaAllah kedua surah ini akan membentuk perlindungan yang tidak dapat ditembusi oleh jin.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Cara Melindungi Diri Dari Gangguan Jin & Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!