6 Jenis Mimpi Petanda Anda Disihir

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apabila menyebut tentang mimpi, saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita pernah mengalami mimpi. Ada yang kadang-kadang mengalami mimpi, dan ada sesetengah orang pula, hari-hari dia mengalami mimpi.

Mimpi pula, ada yang mengalami mimpi yang baik. Ada juga selalu mengalami mimpi-mimpi yang buruk sehinggakan mimpi tersebut masih diingatinya apabila terjaga dari tidur.

Oleh kerana Islam agama yang telah sempurna dan lengkap, maka tidak ada satu perkara pun yang terlepas, melainkan semuanya ada diterangkan dan ditunjukkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Begitu jugalah dengan mimpi.

Mengalami mimpi yang baik-baik tidak ada masalahnya bagi kita, tetapi bagaimana jika bermimpi yang buruk dan menakutkan. Apatahlagi jika mimpi tersebut berlaku dengan kerap.

Nabi Muhammad s.a.w telah pun menunjukkan kepada kita adab-adab dan apa yang sepatutnya dilakukan apabila kita mengalmi mimpi buruk. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel saya yang bertajuk “6 Langkah Yang Ditunjukkan Oleh Nabi Jika Bermimpi Buruk”

Selain itu, mimpi juga sebenarnya menunjukkan tanda seseorang itu mengalami gangguan jin atau sihir. Jadi di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 6 jenis mimpi yang jika anda alami dengan kerap, menunjukkan kemungkinan besar anda telah disihir.

Mimpi Yang Menunjukkan Sihir

1) Melihat dirinya seakan berada dikawasan perkuburan. Dari mimpi itu juga menunjukkan bahawa barang atau medium yang digunakan untuk menyihir mangsa ialah tanah kubur dan ianya diletakkan dilaluan yang selalu dilalui oleh mangsa supaya mangsa akan melangkah tanah tersebut. Apabila mangsa melangkah, ketika itulah sihir akan berlaku.

2) Melihat mayat atau tengkorak ataupun bangkai. Mimpi ini menunjukkan kemungkinan buhul (barang sihir) ditanam di dalam kubur. Cuba lakukan kaedah untuk mencari barang sihir  dan jika diizinkan Allah diilhamkan kepada anda tempatnya, maka perhatikan betul-betul di mana tempatnya.

3) Tenggelam di laut. Jika anda kerap bermimpi begini, ia bermaksud sihir dihantar dengan menggunakan perantaraan air yang telah dijampi dengan mentera sihir dan anda sudah meminumnya. Dan pusat terletaknya sihir tersebut ialah dibahagian perut anda.

4) Mimpi melihat seakan dirinya berjalan dalam keadaan tidak memakai alas kaki. Mimpi begini pula menunjukkan barang sihir yang digunakan ialah sesuatu yang telah dilangkah atau terpijak. Tetapi tidak dapat dikenalpasti apakah barang sihir yang digunakan.

5) Mimpi seakan berada di tempat yg tinggi, contohnya seperti dipuncak gunung, puncak pokok, atau bahkan mungkin anda bermimpi sedang terbang. Jika ada bermimpi begini, kemungkinan ia bermaksud barang yang digunakan untuk sihir diikatkan di atap-atap rumah, pohon, ataupun tiang yang tinggi supaya tertiup oleh angin.Untuk sihir yang begini, biasanya pusat gangguan akan berada dikawasan dada.

6) Mimpi melihat kabut atau asap. Untuk sihir jenis ini, biasanya dilakukan menggunakan metode sihir yang diamalkan oleh tukang sihir dari orang-orang kildan. Mereka adalah tukang sihir yang menyembah tujuh bintang. Mereka meyakini bahwa ketujuh bintang itulah yang mengatur dan mengendalikan alam ini. Menurut mereka, bintang-bintang itu yang membawa kebaikan dan keburukan.

Biasanya gejala untuk sihir ini akan berlaku secara berjadual. Contohnya berlaku secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Saya banyak mengendalikan kes begini. Yang banyak ialah pesakit yang terkena sihir ini akan mengalami gejala-gejala sihir setiap tahun.

Contohnya, dalam setahun pesakit akan mengalami lemah seluruh badan dalam tempoh sebulan. Apabila dirawat, gejala sihir tersebut akan hilang, tetapi tahun depan akan berlaku lagi gejala yang sama juga, dan juga pada bulan yang sama.

Inilah dia enam jenis mimpi yang menandakan anda mungkin telah disihir. Jika anda ada mengalami mimpi-mimpi yang saya sebutkan di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera supaya ianya tidak berlarutan.

tanda sihir

 

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.