Dikemaskini pada 20/10/2019 oleh Ustaz Abdullah
Kerapkali saya mendengar cerita dari para pesakit saya ada sesetengah ahli keluarga mereka, atau saudara-mara mereka, ataupun rakan-rakan mereka, yang mengatakan mereka ini mempunyai kelebihan hijab terbuka. Maksud hijab terbuka itu ialah mempunyai kemampuan untuk melihat alam ghaib ataupun berinteraksi dengan makhluk ghaib.
Dari apa yang saya tahu, makhluk ghaib ini ada dua sahaja yang diceritakan di dalam Al-Quran iaitu golongan Malaikat dan juga Golongan Jin. Dalil-dalil tentang kewujudan malaikat dan jin adalah seperti berikut:
Dalil Kewujudan Malaikat
Surah Al-Baqarah ayat 30
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.
Surah Al-Baqarah ayat 31
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!”
Surah Al-Baqarah ayat 34
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”
Dalil Kewujudan Jin
Surah Al-An’am ayat 100
“Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): “Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan”, tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.”
Surah Al-An’am ayat 130
“Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.”
Surah Al-Hijr ayat 27
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
Surah Ar-Rahman ayat 15
“…dan Dia menciptakan jin dari nyala api.”
Jadi, berdasarkan kepada dalil-dalil yang saya kemukakan di atas, maka terbuktilah bahawa memang ada makhluk yang Allah ciptakan dalam keadaan ghaib, iaitu dalam keadaan kita tidak dapat melihatnya. Dua makhluk tersebut terdiri dari malaikat dan juga jin. Tidak ada makhluk yang lain.
Tetapi, sepanjang saya terlibat dalam bidang perubatan Islam ini, tidak ada lagi yang mengaku kepada saya bahawa mereka berinteraksi dengan malaikat. Yang ada semuanya mengaku dapat melihat jin.
Kelebihan Atau Kekurangan?
Ada dikalangan kita yang merasakan bahawa dapat melihat jin itu suatu kelebihan. Benarkah begitu? Sebenarnya, apabila seseorang itu dapat melihat jin, ianya bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan.
Mengapa saya katakan ianya adalah suatu kekurangan? Kerana itu adalah seperti barah akidah. Maksudnya ialah barah tersebut sedikit demi sedikit akan merosakkan manusia terutamnya dari sudut akidahnya.
Jika ada seseorang yang mampu menghafal Al-Quran dalam tempoh hanya 6 bulan, itu barulah dikatakan kelebihan dan disyukuri akan kelebihan tersebut.
Tetapi jika seseorang itu dapat melihat jin, perkara tersebut tidak ada di dalam Islam. Bahkan di dalam Al-Quran dengan jelas menyebut bahawa syaitan melihat kita dari suatu tempat yang kita tidak dapat melihat mereka.
Allah berfirman di dalam Surah Al-A’raf ayat 27:
“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia (iblis) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Jika ianya bukan kelebihan, apa maksud jika seseorang itu dapat melihat makhluk ghaib?
Seseorang yang mengalami kemampuan dapat melihat jin bermaksud dia sebenarnya sedang mengalami gangguan dari golongan jin itu sendiri.
Gangguan itu berlaku disebabkan:
- Ada jin sihir yang masuk ke dalam badannya bertujuan untuk menyihir.
- Adanya jin yang diwarisi dari keturunannya samada dalam keadaan disedari atau tidak.
- Melakukan perbuatan-perbuatan syirik yang menjadikan jin berdamping dengan dirinya.
- Kurangnya amalan-amalan pendinding yang dicontohkan oleh Nabi yang menyebabkan jin sengaja mahu mengganggunya.
- Tukang sihir atau bomoh yang berdamping dengan jin.
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang mengaku kepada anda dia dapat melihat makhluk ghaib, terangkan kepadanya bahawa itu bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah kekurangan dan nasihatkan kepadanya untuk mendapatkan rawatan.
Begitu juga sekiranya ada dikalangan perawat yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka mampu melihat makhluk ghaib, ketahuilah bahawa perawat itu juga mengalami gangguan. Ataupun dia sendiri berbohong kepada anda.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?
Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!
Alhamdulillah..sy xada mengalami apa2 gejala yg ustaz bg th tu.. Cuma 90% gejala ni dialami oleh adik2 saya.. Dah merata g berubat.. Tp tukang sihir masih xberputus asa.. Dah 10 tahun dah ustaz.. Dah berpuluh ribu hbs.. Skrg sy je la yg duk baca ayat rukyah pada adik2 sy.. Tp sama sahaja.. Seminggu je baik.. Kemudian jd blk.. Sebelum ni sy mendokan org yg hantar sihir ni diberi hidayah.. Agar dia insaf.. Sbb bukan org lain.. Saudara sendiri… Tp mungkin akan dtg sy akan mendoakan supaya Allah membinasakan dia bersama sama jin peliharaan dia.. InshaAllah.. Amin..
Adik beradik yang ada gangguan tu ada amalkan ruqyah?
Ada… Tp mereka perempuan.. Xsekuat org lelaki… Dan mereka masih study di u menyebabkan kadang2 mereka lalai dan terlupa utk amalkan ayat2 rukyah.. Bila sakit atau diganggu baru mereka amalkan tp kurang berkesan.. Ibu dan bapa xberapa fasih dlm membaca ayat rukyah.. Jd masalah buat mereka utk amalkan ayat2 rukyah.. Mungkin penyihir ada mempuyai barang2 kami atau gmbr atau dia mengunakan patung utk menyihir kami sekeluarga.. Sy kesian melihat mereka.. Dan sy xsangka kerana dunia.. Saudara sendiri sanggup menjadi kejam dan zalim..
Assalamualaikum ustaz… Dlm hidup sy.. Sy xpernah nampak secara jelas benda ghaib ni.. Walaupun sy pernah disihir termasuk juga disantau sebelum ini.. Sy hanya nampak bayangan xjelas atau bermimpi sahaja.. Tetapi skrg.. Alhamdulillah.. Sy dah sihat dan tidak bermimpi atau nampak bayangan2 itu.. Tp sy xsangka satu keluarga sy disihir dan sampai skrg mereka masih sakit.. Sudah hampir 10 tahun..berubat sana sini.. Tp sekejap sahaja sembuh kemudian sakit balik.. Baru2 ini sy telah membaca ayat2 rukyah kepada ibu dan adik sy kerana mereka tiba2 mengadu sakit.. Keesokkan mlm.. semasa sy tgh tido mengiring kekanan, sy mahu bergerak kan bdn sedikit…tetapi xboleh bergerak.. Jam lebih kurang 3.30pg.. Kemudian sy buka mata, sy melihat isteri sy tgh menukar pampers ank sy yg baru lahir dlm beberapa hari dan isteri sy masih dlm pantang ketika itu. Kemudian sy dpt merasakan ada sesuatu di belakang sy dan seperti ada aura yg buat rasa xselesa terus sy membaca ayat2 rukyah yg pendek yg sy th.. 3 kali sy mengulangi ayat rukyah itu..kemudian sy boleh bergerak dan sy terus bgn dgn laju berpusing kearah kiri dan sy melihat ada lembaga berpakaiqn lusuh seperti kain kapan yg telah lusuh dan kotor serta koyak dibahagian bwh tetapi xnmpk kaki terbang menghala keatas dan terus hilang. Sy terkejut dan secara xsengaja tangan sy bergerak dan cuba menarik lembaga itu.. Tetapi xdpt.. Isteri sy terkejut kerana dia ingat sy mengigau.. Kemudian sy tidak mahu dia jd takut.. Sy hanya senyum dan baring balik sambil berzikir dan membaca ayat2 rukyah.. Esk pg sy bertanyakan isteri sy ada melihat apa2 mlm td.. Tp dia xnmpak apa2… Adakah betul apa yg sy nampk atau hanya halunisasi sy.. Kerana selepas itu sy sudah tidak melihat lagi atau diganggu.. Hanya keluarga sy yg lain sahaja masih diganggu… Harap ustaz dpt jelaskan lembaga atau makhluk yg sy dpt lihat itu.. Terima kasih ustaz
Waalaikumussalam, saya nak tanya. Dalam seminggu dua ni ada alami gejala-gejala di bawah:
1) Susah tidur malam tanpa sebab.
1. Susah tidur malam.
2. Suka terjaga tengah malam.
3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
5. Mimpi melihat makhluk halus.
6. Mimpi diancam benda tajam.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
9. Selalu pening kepala.
10. Rasa berdebar-debar.
11. Cepat nak marah tanpa sebab.
12. Cepat lupa.
13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.
Jika ada alami gejala-gejala di bawah, itu maknanya encik mengalami gangguan.
Dan apa yang encik nampak tu adalah jelmaan daripada jin. Saya sarankan untuk dapatkan rawatan.
Wallahu A’lam.
assalam ustad… smua yg d nyata kn tu sy alami skrg ni… sblm ni sy prnah menyertai persatuan rawatan islam n prnah merawat pesakit2 yg terkena sihir n sgala gangguan mkhluk halus ni… namun setelah d serang balas dgn teruk oleh mkhluk2 ni hgga ank2 n istri sy pn terkena tempias nya, sy pn mmbuat keputusan utk berundur dr merawat n tumpu kn rawatan dlm ahli kluarga sndri je… smpai skrg 1 per 1 gangguan mseh dtg menyerang sy… kekadang smpai sy xlarat nk bekerja d siang hr sbb d mlm hr nya sy meruqyah istri sy serta syifa’ kn air utk d mnum nya serta menarik bisa2 d tubuh istri sy…. d tmpt sy bekerja plak ada jgk gangguan2 yg dtg bila sy sorg2 buat kerja… sy pula d tugas kn utk buat defect d sebuah kondo br siap berdekatan oug klang lama…. mmg byk gangguan d sna wlaupn sy xnmpk namun sy blh merasa kn kehadiran mereka…. rmai jgk yg telah mnjadi mangsa gangguan2 ni terutama pekerja bangladesh, myanmar n indonesia apabila mnjelang mlm… mgkin sy salah sorg yg terkena gangguan ni… apa kah ada jln bg selesai kn masalah sy ni ustad?? sy rasa dh makin serius kes sy ni… br2 ni mk mntua sy plk terkena gangguan ni smpai d buruk2 kn ank nya( istri sy )pd ahli kluarga yg lain…. masalah kje slalu cuti … gaji pn jd xckup nk byr sewa rumah… apa lg nk sara kluarga…. sklh ank n lain2… gangguan ni menyerang sikit2 smpai sy blh drop teruk lh …. selain drpd tu sy tetap jgak bermuhasabah dri d atas apa yg menimpa sy skeluarga ni… mmg ada hikmah nya n sy sedar ada kelemahan sy slama ni… mgkin allah nk sy bangkit smula… namun semangat sy pudar umpama semakin padam ustad…. jika ustad ada tips or jln utk bangkit kn semangat sy ni share lh ustad… or ada nasihat2 drpd ustad pn sy alu2 kn… insyaallah… sahabat2 seperjuangan sy pn lama sudah sy x berjumpa dgn mereka atas hal2 yg sy hadapi ni… harap ustad ada perkongsian ilmu lh pd sy n pd smua yg membaca nya nnt … insyaallah….
Waalaikumussalam,
Pertama sekali ingatlah firman Allah yang mengatakan bahawa tipu daya syaitan itu lemah. Jadi, sekiranya tuan merasakan yang gangguan jin itu macam semakin kuat, itu bukanlah bermakna memang jin itu kuat, tetapi mungkin ketahanan dalaman tuan yang lemah.
Apa yang saya syorkan ialah perbanyakkan solat malam dan bermohonlah kekuatan dari Allah. Istiqamah mengamalkan zikir di waktu pagi dan petang. InshaaAllah Allah akan melindungi tuan sekeluarga.