Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?

Anggaran Masa Bacaan: 4 minit

Dikemaskini pada 13/03/2019 oleh Ustaz Abdullah

Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.

Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Jin ayat yang keenam yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”

Allah SWT juga telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:

“….padahal mereka tidak akan dapat memberikan mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Daripada dua ayat di atas, apa yang difahami ialah tukang sihir telah melakukan sesuatu yang akan menjadikan jin bertambah sombong dengan sebab mereka meminta pertolongan dari jin. Dan yang kedua tukang sihir telah melakukan satu perkara yang sia-sia kerana Allah telah menjelaskan bahawa sihir sebenarnya tidak mampu memberikan sebarang mudarat pun kepada sesiapa melainkan hanyalah dengan izin Allah.

Manakala maksud sihir yang kedua berdasarkan kepada kitab Al Qoulul Mufid karya Asy Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin juz 1, hal. 489, iaitu ubat-ubatan atau jamu-jamuan yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang disihir tersebut. Samada dari segi fizikal, mental, kemahuan dan kecenderungannya. Kesimpulannya, sihir itu mampu merubah seseorang dari sifat asal menjadi sebaliknya.

Apakah Sihir Pendarahan?

Sihir pendarahan adalah sihir yang ditujukan khusus kepada golongan wanita. Wanita yang terkena sihir ini akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada faraj. Ianya nampak seolah-olah darah haid, tetapi ianya akan terus keluar tanpa henti.

Di dalam Islam, darah yang keluar dari faraj wanita ada empat jenis darah, iaitu:

  1. Darah haid
  2. Darah istihadhah
  3. Darah nifas
  4. Darah fasad

Oleh kerana di dalam artikel ini saya hanya nak fokus kepada masalah berkenaan dengan sihir pendarahan, saya tidak akan huraikan dengan panjang lebar tentang empat jenis darah di atas. Saya hanya akan menulis secara ringkas sahaja.

Darah Haid

Darah haid ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang berumur sembilan tahun atau lebih berdasarkan kiraan tahun hijriah, dan di dalam keadaan sihat.

Darah Istihadhah

Darah ini pula ialah darah yang keluar dari rahim wanita bukan dalam tempoh darah haid dan ianya disebabkan masalah penyakit.

Darah Nifas

Iaitu darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.

Darah Fasad

Dan terakhir darah fasad ialah darah yang keluar dari rahim perempuan  ketika umurnya belum sampai 9 tahun, darah yang keluar dari rahim perempuan sebelum melahirkan anak, darah yang keluar bersama-sama anaknya, dan begitu juga darah yang keluar dari rahim perempuan di dalam masa kurang dari sehari semalam.

Jadi, timbul persoalan di sini bagaimana kita nak tahu bahawa darah yang banyak keluar melalui faraj wanita itu adalah disebabkan sihir pendarahan?

Baik inshaaAllah saya akan jelaskan kepada anda.

Pertama, anda perlu jelas bahawa sihir hanya berlaku disebabkan adanya bantuan daripada jin yang berkhidmat dengan tukang sihir. Yang kedua, apabila jin berada di dalam badan manusia untuk melakukan sihir, badan manusia tersebut akan menunjukkan signal, ataupun kita panggil sebagai gejala. Anda dah faham dengan dua perkara ini.

Jadi, apabila berlakunya sihir pendarahan kepada seseorang wanita, ianya bermaksud ada jin yang telah masuk ke dalam badan wanita tersebut bertujuan untuk melakukan sihir. Jadi, selain daripada berlakunya pendarahan yang banyak kepada mangsa, akan timbul juga gejala-gejala yang saya panggil sebagai gejala gangguan.

Apakah gejala-gejalanya?

Gejala-gejala orang yang ada gangguan ialah:

  • sukar tidur malam tanpa sebab.
  • suka terjaga ditengah malam tanpa sebab.
  • sering mimpi menakutkan.
  • sering mimpi binatang.
  • sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • sering mimpi diancam dengan benda tajam.
  • sering mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • sering mimpi berada di tempat kotor atau kawasan perkuburan.
  • selalu pening kepala tanpa sebab.
  • sering rasa berdebar-debar.
  • sering rasa gelisah dan takut tanpa sebab.
  • cepat rasa nak marah.
  • sering rasa sakit dibahagian belakang, terutamanya di sepanjang tulang belakan. Bagi wanita yang terkena sihir pendarahan, akan selalu sakit di bahagian pinggang.
  • rasa lesu, malas dan tidak bersemangat.
  • rasa berat sangat untuk melakukan ibadah sedangkan sebelum ini tidak ada masalah.

Itulah tanda-tanda orang yang ada gangguan. Ringkasnya, jika anda mengalami pendarahan yang banyak melalui faraj, dan di dalam masa yang sama anda juga mengalami simptom-simptom gangguan di atas, kemungkinan besar anda mungkin mangsa sihir pendarahan.

Jangan pandang ringan ye. Baik, apa yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami keadaan yang saya sebutkan di atas?

Yang pertama pastikan anda perbaiki semula amalan-amalan wajib anda, terutamanya solat. Dan bagi wanita tolong jaga aurat anda baik-baik. Kalau perlu, dalami lagi ilmu berkaitan amalan-amalan wajib ini.

Yang kedua, perbanyakkan amalan-amalan sunat. Contohnya solat sunat, berpuasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Dan paling saya galakkan ialah, amalkan membaca ayat-ayat ruqyah. Bagi anda yang tidak mengetahui apakah ayat-ayat ruqyah, anda bolehlah . Ia adalah senarai ayat-ayat yang saya amalkan ketika saya merawat pesakit. Amal secara konsisten, dan anda lihatlah kesannya.

Yang ketiga, dan bagi saya ia sangat penting. Anda mestilah mendapatkan rawatan dari mana-mana pusat perubatan Islam untuk merawat dan mengeluarkan jin-jin sihir yang ada di dalam badan anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan, mungkin disebabkan anda tinggal jauh dari mana-mana pusat perubatan Islam, atau mungkin masa bertugas anda yang padat, saya mengesyorkan kepada anda untuk mengamalkan memakai wangian kasturi. Ini kerana dengan kaedah yang betul, rawatan dengan wangian kasturi juga mampu membantu dengan izin Allah. Klik di sini untuk mengetahui bagaimana cara merawat gangguan sihir dengan wangian kasturi.

Ingatlah bahawa sihir adalah satu amalan dengan tujuan jahat yang telah diakui kewujudannya oleh al-Quran sendiri. Bahkan ianya adalah amalan yang sudah diamalkan sebelum dari kedatangan Rasulullah lagi, iaitu sejak zaman Nabi musa AS. Oleh itu, dekatkan diri kita dengan Allah, dan selalulah memohon pertolongan dan perlindungan kepada Allah dari kejahatan tukang-tukang sihir.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!