Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Cara Tarik Dan Keluarkan Jin Dari Badan

tanda tanda jin dalam badan

Dikemaskini pada 19/03/2020 oleh Ustaz Abdullah

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah. Apabila menyebut istilah ghaib, maka kita faham di sini bahawa jin adalah makhluk Allah yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia.

Ini sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Al-A’raf ayat 27 yang bermaksud:

“Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”

Ini suatu ayat yang jelas dan dapat difahami dengan mudah oleh kita semua. Prinsipnya mudah. Manusia tak dapat melihat jin.

Sebab apa?

Sebab alam jin dan alam manusia tidak sama. Sama seperti alam Malaikat, tak sama dengan alam manusia.

Pernah tak anda dengar ada sesiapa yang mengaku nampak Malaikat? Mungkin ada, tapi sangat jarang.

Bolehkah Manusia Melihat Jin?

Macam yang saya sebut di atas, prinsip asalnya jin tak dapat dilihat oleh manusia. Sebab keduanya berada di alam yang berbeza.

Tapi tak mustahil ada beberapa keadaan manusia boleh melihat jin.

Yang pertama bila jin menyamar. Mungkin menyamar sebagai binatang, bahkan mungkin manusia sendiri.

Ini tak mustahil sebab ia pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w.

Dalam kisah yang pertama ialah peristiwa ketika sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah diperintahkan oleh Nabi untuk menjaga zakat fitrah.

Diringkaskan cerita, syaitan datang selama 3 malam berturut-turut dalam bentuk penyamaran manusia untuk mencuri zakat fitrah yang dijaga oleh Abu Hurairah.

Sehingga Abu Hurairah dapat menangkap syaitan tersebut dan ia mengajar kepada Abu Hurairah tentang kelebihan ayat kursi.

Akhirnya Nabi memberitahu kepada Abu Hurairah bahawa yang datang selama 3 malam dan mengajarkan kelebihan ayat kursi itu adalah syaitan.

Hadis yang panjang ini anda boleh lihat dalam kitab Shahih Bukhari hadis nombor 2311.

Dalam peristiwa yang kedua pula adalah ketika Iblis menyamar sebagai salah seorang sahabat Nabi bernama Suraqah bin Malik.

Dua kali Iblis datang dalam bentuk Suraqah bin Malik, iaitu yang pertama ketika kaum Musyrikin Mekah bermesyuarat untuk perang Badar.

Dan kedua ketika berlakunya perang Badar dan kaum Musyrikin Mekah hampir-hampir hendak kalah.

Jadi, berdasarkan kepada dua kisah di atas, tidak dapat ditolak bahawa jin dapat menyerupai manusia.

Dan ketika dalam bentuk penyamaran, manusia dapat melihat jin tersebut. Tetapi manusia tidak dapat melihat jin dalam bentuknya yang asli.

Tanda-Tanda Jin Dalam Badan Manusia

Walaupun jin tidak dapat dilihat oleh manusia dalam bentuknya yang asal, tetapi apabila jin berada di dalam tubuh seseorang, orang tersebut akan mengalami tanda-tanda.

Jadi, berpandukan kepada tanda-tanda inilah dapat diketahui samada orang itu mengalami gangguan jin atau tidak.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Tanda-tanda seseorang yang ada jin di dalam tubuhnya ialah:

  • Susah tidur malam tanpa sebab.
  • Sering terjaga ditengah malam tanpa sebab.
  • Selalu mimpi menakutkan.
  • Selalu mimpi melihat makhluk halus.
  • Selalu mimpi binatang.
  • Selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • Selalu mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • Selalu mimpi ditempat kotor atau kawasan kubur.
  • Selalu mimpi diancam benda tajam.
  • Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • Selalu rasa berdebar-debar, takut, bimbang, gelisah tanpa sebab.
  • Selalu rasa sakit dibahagian belakang terutamanya ditulang belakang.
  • Cepat rasa nak marah tanpa sebab atau disebabkan perkara kecil.
  • Rasa berat untuk melakukan ibadah terutamanya solat fardhu.
  • Rasa malas nak berzikir terutamanya membaca Al-Quran.
  • Cepat lupa tanpa sebab.

Dan dari pengalaman saya juga, tanda yang paling biasa akan dialami oleh pesakit ialah tanda yang berkaitan dengan tidur dan juga mimpi.

Jadi jika adalah tanda-tanda di atas pada diri anda, kemungkinan besar anda sedang mengalami gangguan jin.

Teknik Menarik Jin

Sepanjang pengalaman saya merawat, selepas selesai proses meruqyah, biasanya akan ada dibahagian-bahagian tubuh badan pesakit yang berasa seperti panas, sejuk, rasa kesemutan, dan terasa seperti ada benda-benda yang bergerak.

Dari apa yang saya perhatikan, tempat yang paing kerap akan mengalami rasa begitu ialah dibahagian pergelangan tangan, pergelangan kaki, tapak tangan dan juga kaki.

Sekiranya anda selalu mengamalkan terapi dengan teknik ruqyah mandiri, ataupun anda sendiri merawat pesakit, berhati-hati jika ada tanda-tanda sebegitu.

Ini kerana, rasa sebegitu menunjukkan yang masih ada lagi saki-baki jin yang tinggal di dalam badan anda. Jadi, apa yang patut dilakukan?

Di sinilah anda perlu melakukan teknik menarik jin keluar yang akan saya kongsikan di bawah.

Tekniknya adalah:

  • Bacakan Surah al-Mukminun ayat 115.
  • Kemudian tiup pada tapak tangan anda. Boleh juga sambil membaca Surah al-Mukminun di atas, genggam tangan anda dan selepas baca tiupkan pada tangan yang digenggam itu.
  • Kemudian tarik keluar melalui hujung jari tangan atau kaki sambil membaca “La Haula walaa quwata illa billahil aliyhil adziim”.

Lakukan tiga langkah di atas berulang-ulang kali sehingga rasa sakit di tubuh badan anda hilang.

Untuk lebih faham, boleh tonton video tutorial yang saya sediakan di bawah.

Saya nasihatkan sekali lagi, jangan dipandang remeh sisa-sisa sakit pada tubuh badan anda kerana ianya menunjukkan masih ada jin dalam badan.

Walaupun tidak banyak, tetapi ianya boleh menjadi faktor gangguan kembali berulang. Kerana jin yang sedikit itu akan menjadi pintu masuknya lebih banyak jin ke dalam tubuh badan anda dengan mudah.

Kesimpulan

Untuk mengusir jin di dalam tubuh bukanlah satu perkara yang mudah. Apatahlagi kalau dah lama.

Perlu dilakukan secara konsisten dan bersungguh-sungguh tidak kira samada anda menggunakan kaedah ruqyah mandiri ataupun anda berubat dengan perawat.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Cara Tarik Dan Keluarkan Jin Dari Badan
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!