Bagaimana Mengatasi & Membuang Barang-Barang Sihir?

Bagaimana untuk mengatasi dan membuang barang-barang sihir?
Anggaran Masa Bacaan: 2 minit

Dikemaskini pada 10/06/2019 oleh Ustaz Abdullah

Pernahkah berlaku di tempat kerja anda ada individu-individu yang tidak dikenali meletakkan barang-barang yang bertujuan untuk menghantar sihir? Contohnya kemenyan, kain pelbagai warna, beras kunyit dan sebagainya. Bila keadaan seperti ini berlaku, sudah tentu akan mengundang ketakutan kepada kita kalau-kalau mungkin ada yang berniat jahat nak menyihir.

Melalui pengalaman rawatan, memang menjadi tabiat masyarakat kita jika ada rakan sekerja yang dinaikkan pangkat atas kecemerlangan prestasinya dalam melakukan tugas, pasti ada yang iri hati. Apabila iri hati, mulalah nak melakukan sesuatu yang dilarang agama, contohnya sihir.

Tetapi dalam artikel ini, saya nak menjelaskan beberapa perkara berkaitan sihir. Ada satu perkara yang perlu difahami tentang sihir ialah ianya dilakukan secara tersembunyi supaya tiada siapa yang mengetahui kerja sihir tersebut.

Kita ambil contoh di atas. Katakanlah memang benar anda selalu terjumpa barang-barang sihir samada di meja tempat anda kerja, ataupun di depan pintu bilik bos anda, atau di depan pintu rumah sekalipun, adakah tentu ianya perbuatan sihir. Mungkinkah ianya hanya ‘perang psikologi’ untuk menyerang anda?

Mengapa saya katakan demikian? Seperti yang saya terangkan di atas, bahawa perbuatan sihir adalah perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi agar perbuatan tersebut tidak diketahui oleh orang lain. Biasanya barang-barang sihir akan ditanam, samada di dalam tanah, di dalam konkrit, diletakkan di atas siling. Ianya tidak akan diletakkan secara terang-terangan serta mudah dilihat orang.

Sihir dilakukan dengan menggunakan jampi mentera, kerana dengan jampi tersebut sipenghantar sihir akan dapat berhubung dengan makhluk halus yang dijadikan perantara untuk menjalankan kerja jahat mereka. Kesimpulannya, sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.

Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.

Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.

Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.

Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.

Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.

Keempat, jadikanlah panduan Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.

Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.

Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua’lam.

Wangian Kasturi Ruqyah

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mengatasi & Membuang Barang-Barang Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!