Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah
Kita sedia maklum bahawa di Bumi ini, bukan kita sahaja yang mendiaminya. Masih ada segolongan makhluk berakal seperti kita yang lebih awal mendiaminya, iaitu golongan jin.
Kehidupan jin sebenarnya sama seperti kita manusia. Oleh itu, dikalangan mereka ada juga kalangan jin Islam yang beriman kepada Allah dan juga jin kafir. Persoalannya, adakah jin Islam dimasukkan ke dalam syurga, sepertimana kita?
Allah s.w.t telah berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata” (Surah al-Ahqaf ayat 29 hingga 32)
Dalam ayat-ayat di atas, Allah Azza wa Jalla menjelaskan bahawa Dia mengarahkan (menghadapkan) sejumlah jin yang berjumlah kurang dari sepuluh. Jin-jin itu mendengarkan bacaan al-Quran yang sedang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. Masing-masing dari jin itu saling meminta yang lainnya untuk menyemak bacaan Nabi s.a.w itu dengan baik. Selesai menyemak bacaan Nabi s.a.w , mereka bertolak pulang untuk memperingatkan kaum mereka. Untuk menyampaikan kepada kaum mereka, bahawa mereka baru saja mendengarkan satu kitab suci yang diturunkan setelah Musa Alaihissallam, yang memberikan petunjuk menuju al-haqq dan menuju jalan yang lurus.
Dalam dakwahnya itu, mereka berkata: “terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah”, iaitu Rasulullah s.a.w “dan berimanlah kepadanya” agar kalian memperoleh maghfirah (ampunan) dan selamat dari siksa yang pedih. Barangsiapa tidak menyambut seruan dakwah ini, ia tidak akan akan mengalahkan Allah Azza wa Jalla . Allah Azza wa Jalla akan menyeksanya atas penolakannya terhadap dakwah tersebut. Tidak ada yang akan dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah Azza wa Jalla . Sungguhnya ia berada dalam kesesatan yang nyata.
Dalam ayat ini terkandung satu petunjuk dalil, bahawa Nabi Muhammad s.a.w diutus juga kepada bangsa jin. Dalil yang menunjukkan hal tersebut, ialah ayat yang terdapat dalam Surat ar-Rahman yang berisi khithab kepada jin dan manusia, dan firman Allâh Azza wa Jalla di dalam surat tersebut :
“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Yang berulang 31 kali. Ada dua persoalan berkait dengan ayat-ayat ini.
Pertama. Tidak ada rasul dari kalangan jin, tetapi yang ada adalah nudzur (para pemberi peringatan). Tidak ada dalil yang menunjukkan keberadaan rasul dari kalangan jin.
Sedangkan firman Allah Azza wa Jalla dalam surat al-An’am dan surat al-Ar’af iaitu firman-Nya:
“Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku” (Surah al-An’am ayat 130. Lihat juga surah al-A’raf ayat 35)
Perkataan “Rusulun” dalam ayat di atas tidaklah menunjukkan keberadaan rasul dari kalangan jin, akan tetapi rasul-rasul yang diutus untuk dua golongan sekaligus, iaitu golongan manusia dan jin.
Pada ayat-ayat di atas juga terdapatnya dalil terhadap perkara tersebut, kerana jin mengatakan:
“Sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa”.
Jin-jin itu tidak menyebutkan kitab yang diturunkan kepada salah seorang dari kalangan mereka, dan juga seorang rasul khusus yang diutus kepada mereka. Mereka hanya menyebutkan Nabi Musa Alaihissallam dan kitabnya (Taurat). Dan setelah kitab Musa, diturunkan kitab Zabur dan Injil. Jin-jin itu pun tidak menyebut dua kitab tersebut, padahal turun setelah Taurat, karena keduanya menyempurnakan kitab Taurat dan memuat sejumlah hukum-hukum Taurat.
Kedua. Apakah pahala yang akan diberikan kepada jin atas keimanannya adalah maghfirah dan keselamatan dari siksa yang pedih saja (seperti diungkap ayat al-Ahqaf/46 : 31 di atas), ataukah selain itu mereka juga masuk surga ?
Sebahagian Ulama berpendapat, balasan yang diperolehi oleh golongan jin adalah ampunan dosa-dosa mereka dan perlindungan dari siksa yang pedih saja, sebagaimana ditunjukkan oleh tekstual ayat-ayat di atas.
Sementara Jumhur Ulama berpendapat, dan pendapat mereka itulah yang benar bahawa balasan jin-jin yang beriman adalah selamat dari siksa api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Hal ini berdasarkan firman Allâh Azza wa Jalla:
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Rabb-nya ada dua surga” (Surah ar-Rahman ayat 46).
Ayat di atas ditujukan kepada golongan jin dan manusia, sebab khithab (arah pembicaraan ayat ini) tertuju kepada dua golongan, manusia dan jin dalam firman Allâh Azza wa Jalla :
“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Tidak ada kontradiksi ayat-ayat di dalam surah al-Ahqaf dan ayat yang terdapat dalam Surah ar-Rahman. Sebab, yang terdapat dalam surah al-Ahqaf itu menyebutkan sebahagian balasan yang mereka peroleh. Sementara kandungan yang terdapat dalam Surat ar-Rahman menunjukkan balasan baik yang lain bagi mereka, iaitu masuk syurga.
Imam Ibnu Katsir menguatkan pendapat kedua, bahawa jin Islam yang beriman akan mendapat balasan masuk Syurga melalui beberapa sisi pendalilan. Beliau berkata secara ringkas, “Yang benar, jin-jin Mukmin, seperti kaum Mukminin, akan masuk syurga sebagaimana disampaikan oleh sejumlah Ulama Salaf. Di antara mereka berdalil dengan firman Allâh berikut :
“Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin” (Surah ar-Rahman ayat 56)
Namun dalam berdalil dengan menggunakan ayat ini masih boleh menimbulkan tanda tanya. Yang lebih baik dari berdalil dengan dalil tersebut, adalah dalil dengan firman Allâh Azza wa Jalla :
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Rabb-nya ada dua surga” (Surah ar-Rahman ayat 46)
Melalui ayat ini, Allah Azza wa Jalla menyebutkan anugerah yang diberikan-Nya kepada bangsa manusia dan jin, dengan menjadikan syurga sebagai balasan bagi mereka yang berbuat baik. Tidak mungkin Allah Azza wa Jalla menyebutkan nikmat bagi mereka yang tidak mungkin mereka perolehi. Begitu pula, Allah Azza wa Jalla membalas jin kafir dengan neraka di mana ini merupakan satu bentuk keadilan, maka dibalasnya jin-jin Islam yang beriman dengan balasan syurga yang merupakan petunjuk limpahan anugerah dari Allah Azza wa Jalla.
Dalil lain yang menunjukkan jin mukmin akan masuk surga, ialah keumuman firman Allah Azza wa Jalla.
“Sesungguhnya yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal” (Surah al-Kahfi ayat 107)
Apa yang diungkapkan Ulama bahawa balasan keimanan jin adalah digugurkannya dosa-dosa mereka dan dihindarkan dari siksa yang pedih. Hal ini secara automatik bermakna mereka masuk syurga. Sebab, di akhirat, tidak ada kecuali syurga dan neraka saja. Siapa saja yang dilindungi dari neraka, bererti ia masuk surga, itu pasti. Tidak ada nas yang tegas ataupun zahir dari Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya s.a.w yang menunjukkan jin yang Mukmin tidak masuk syurga, meskipun telah diselamatkan dari neraka. Seandainya ada dalil yang shahih, pastilah kami akan berpendapat dengan mengikutinya. Wallâhu a’lam.
BEBERAPA PELAJARAN DARI AYAT
1.Penetapan adanya alam jin. Oleh kerana itu, pengingkaran terhadap keberadaan jin seperti pengingkaran terhadap malaikat, hukumnya kufur.
2. Kewajipan berkeadaan sopan ketika membaca al-Quran dan mendengarkannya.
3. Kewajipan menyampaikan ajaran dari Rasulullah s.a.w. Disebutkan dalam hadis, “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.
4. Berpaling dari agama Allah Azza wa Jalla akan menyebabkan jauh dari taufik dan rahmat.
Sumber artikel: Al-Manhaj
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
ADA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.