Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Ayat Pendinding Diri Terbaik?

Dikemaskini pada 24/10/2020 oleh Ustaz Abdullah

Ramai yang selalu bertanyakan kepada saya, apakah doa atau pun ayat terbaik yang patutu diamalkan sebagai pendinding dari kejahatan sihir.

Jawapannya mudah.

Dan sebenarnya, ianya sudah pun ada di dalam Al-Quran.

Dan saya pun sangat yakin, sekiranya saya beritahu kepada anda, anda pun pasti sudah tahu tentang ayat-ayat tersebut.

Ayat-ayat yang saya maksudkan ialah ayat-ayat daripada Surah Al-Falaq dan An-Nas.

Kenapa saya katakan ianya yang terbaik?

Teruskan bacaan anda kerana saya akan kongsikan dengan anda dalam tulisan saya yang seterusnya.

Asbabun Nuzul

Kenapa saya katakan kedua-dua surah ini adalah yang terbaik untuk anda amalkan sebagai amalan pendinding dari sihir?

Yang pertama, sebab kedua-dua surah tersebut diturunkan pun adalah untuk menyembuhkan nabi s.a.w yang telah disihir oleh seorang lelaki Yahudi yang bernama Labid al-Asam.

Imam Jalaluddin al-Mahalli rahimahullah telah menyebutkan:

“Surah Al-Falaq ini Makiyyah atau Madaniyah, terdiri daripada lima ayat. Surah ini dan surah An-Nas turun berkenaan dengan sihir yang dilakukan oleh Labid bin Al-A’sham Al-Yahudi pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di tali busur, di situ ada sebelas ikatan. Allah memberitahukan tentang sihir tersebut dan menjelaskan tempatnya. Lalu dihadirkanlah ikatan tadi di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas diperintahkan membaca bacaan perlindungan (ta’awudz) dengan menyebut dua surah (surah Al-Falaq dan surah An-Naas). Ketika dibacakan satu ayat, dari kedua surah tadi, lepaslah satu ikatan, lalu terasa ringan, hingga terlepas seluruh ikatan. Lalu beliau berdiri dalam keadaan bersemangat setelah terlepas dari seluruh ikatan.” (Tafsir Al-Jalalain, hlm. 615)

Kalau kita fikirkan, sekiranya ada ayat ataupun surah-surah lain yang lebih besar keutamaannya berbanding kedua-dua surah ini, pasti Allah turunkan ayat atau surah tersebut sebagai sebab untuk menyembuhkan Rasulullah s.a.w.

Jadi, ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa Surah Al-Falaq dan An-Nas adalah ayat terbaik.

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

Wahai Ibnu Abbas, maukah kamu aku tunjukkan –atau maukah kamu aku beritahu- sesuatu yang paling baik digunakan untuk berlindung?” Ibnu Abbas menjawab, “Iya wahai Rasulullah.” Beliapun bersabda: “Qul a’udzu birabbil falaq dan Qul a’udzu birabbin nas, dua surat ini.” (HR. An Nasa’i; shahih)

Bagaimana Kedua Surah Ini Menghilangkan Sihir Nabi?

Untuk mengetahui bagaimana dengan izin Allah, kedua surah ini telah membatalkan sihir yang membelenggu diri Rasulullah, eloklah kita lihat secara ringkas kisah bagaimana Rasulullah disihir.

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah disihir oleh seorang lelaki Yahudi yang bernama Labid bin al-Asam. Barang yang digunakan ialah:

  • pelepah kurma.
  • sisa rambut Rasulullah yang melekat pada gigi-gigi sikat.
  • beberapa batang gigi sikat Rasulullah.
  • benang yang terdapat 11 ikatan yang ditusuk dengan jarum.

Kemudian barang-barang tersebut telah ditanam di dalam sebuah perigi yang telah ditinggalkan.

Apabila sihir ini berbekas pada diri Rasulullah s.a.w, kesannya ialah Baginda menjadi seakan-akan terlupa tentang sesuatu perkara, samada Baginda sudah melakukannya atau belum.

Contohnya Baginda beranggapan bahawa telah mendatangi isteri-isterinya, tetapi hakikatnya tidak.

Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w membaca kedua-dua surah tersebut di mana semuanya mengandungi 11 ayat. Setiap satu ayat yang dibaca telah memutuskan ikatan-ikatan pada diri Rasulullah.

Setelah selesai membaca kesemua 11 ayat tersebut, akhirnya Rasulullah merasakan diri Baginda telah bebas sepenuhnya dari sihir tersebut.

Kenapa Masih Tak Sembuh?

Ini juga keluhan yang selalu saya terima dari ramai orang. 

Jika surah Al-Falaq dan An-Nas adalah yang terbaik untuk merawat sihir, kenapa mereka yang mengamalkannya masih tidak sembuh daripada sihir yang dihadapi?

Ini pendapat saya.

Mereka yang membacanya tidak mengalami kesembuhan disebabkan mereka hanya membaca sahaja, tetapi tidak mahu memahami kehendak ayat-ayat tersebut.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh ayat-ayat tersebut?

InshaaAllah saya cuba kongsikan dengan anda apakah yang dikehendaki oleh kedua-dua surah ini berdasarkan pemahaman saya.

Tahukah anda bahawa kedua-dua surah ini juga dikenali dengan Al-Mu’awwizatain?

Kenapa dipanggil begitu?

Sebab kedua-dua surah ini dimulakan dengan ayat yang menyuruh kita untuk memohon perlindungan kepada Allah.

Cuba  perhatikan ayat pertama daripada surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Bukankah kedua-duanya dimulai dengan ayat supaya memohon perlindungan kepada Allah?

Inilah kehendak utamanya tetapi ramai yang abaikan.

Macam mana yag dikatakan dengan mengabaikan?

Cuba perhatikan pada diri anda.

Anda lebih banyak mengadu pada Allah, atau pada manusia/perawat?

Macam mana nak bezakan keduanya?

Yang membezakan keduanya adalah niat dan keyakinan .

Apabila mengadu pada Allah,  sedar dan yakin bahawa sihir yang  alami hanya mampu disembuhkan oleh Allah sahaja. Dan Allah juga yang mengizinkan ianya berlaku.

Bukan yang lain.

Jadi, berdoa bersungguh-sungguh pada Allah, melakukan segala perkara yang diwajibkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya.

Dan bertaubat kepada Allah dari segala dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Sebab anda sedar hanya dengan melakukan perkara di atas sahaja, anda akan dapat mendekatkan  kepada Allah, sekaligus mendapatkan perlindungan-Nya.

Dan apabila  berada dalam perlindungan-Nya, inshaaAllah Dia akan sembuhkan sihir anda.

Kemudian, apabila anda pergi berjumpa perawat untuk  mendapatkan rawatan daripada mereka, ketika itu  juga anda sedar bahawa rawatan yang anda lakukan itu adalah usaha dan ikhtiar semata-mata.

Anda juga sedar dan meyakini bahawa perawat tersebut sama sekali tidak mampu memberikan kesembuhan kepada anda. Perawat hanyalah alat (wasilah) untuk Allah berikan kesembuhan-Nya kepada .

Dan anda melakukan usaha rawatan tersebut kerana ianya juga adalah perintah agama. 

Setakat ini, anda nampak tak perbezaan apabila  mengadu pada Allah dan juga mengadu pada manusia/perawat?

Tapi apa yang banyak berlaku adalah sebaliknya.

Yang pertama, ramai yang masih belum jelas apa sebab mereka jumpa perawat?

Macam yang saya terangkan di atas.

Bila tak jelas, itu yang ramai beranggapan perawat boleh bantu untuk sembuhkan sihir.

Ada juga yang beranggapan ada sesetengah perawat kononnya diberikan kebolehan sehingga dapat berinteraksi dengan jin dalam badan.

Itu yang sanggup habiskan banyak duit semata-mata untuk dapatkan rawatan kononnya dari perawat yang terbaik.

Yang lebih parah lagi, ada yang sanggup habiskan duit berbelas sehingga berpuluh ribu kerana menyangka ada perawat yang boleh sembuhkan sihir walaupun terpaksa menggunakan cara yang bertentangan dengan syarak.

Tapi, dalam masa yang sama masih belum bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Masih belum memperbaiki diri dengan mendalami ilmu-ilmu agama. Sedangkan hanya dengan ilmu sahajalah kita dapat memperbaiki diri.

Amal ibadah wajib masih lagi tunggang-langgang. Aurat masih belum dijaga dengan sempurna.

Ibadah sunat lebih-lebih lagilah ditinggalkan. 

Jadi, kalau begilah gayanya, adakah anda rasa hanya dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas, terus Allah nak beri kesembuhan?

Mustahil kan.

Ramai yang belum sedar, mereka tak sembuh bukan kerana surah Al-Falaq dan An-Nas itu tak bagus. Tetapi adalah disebabkan diri sendiri. Diri sendiri yang masih menjadi penghalang kesembuhan.

Apakah Yang Sepatutnya Dilakukan?

Di sinilah terapi secara ruqyah mandiri memainkan peranan yang sangat penting. 

Bagi sesiapa yang dah belajar dan memahami ilmu terapi ruqyah mandiri, mereka akan sedar betapa ruqyah mandiri ini membantu proses untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Ini kerana untuk melakukan terapi ruqyah mandiri,  perlu tahu proses dan urutannya dan apakah amalan-amalan yang terlibat untuk menjayakan terapi tersebut.

Jadi, nasihat saya, selain daripada melakukan ruqyah dengan perawat, belajar dan praktikkan juga terapi secara ruqyah mandiri.

Saya harap, perkongsian saya dalam emel kali ini dapat membuka minda anda  dengan lebih luas lagi.

Supaya  sedar bahawa hakikatnya kesembuhan itu terhalang, bukanlah disebabkan kaedah tak bagus atau ayat tak cukup power, tetapi kesembuhan itu terhalang berpunca dari diri sendiri.

Bagaimana Pendapat Anda?

Dari keseluruhan artikel di atas, saya dah pun kongsikan tentang:

  • Amalan terbaik untuk merawat sihir.
  • Kenapa kedua surah tersebut sepatutnya anda amalkan.
  • Mengapa masih ramai dikalangan pesakit sihir yang masih belum sembuh dari sihir walaupun telah mengamalkan Surah Al-Falaq dan An-Nas.

Adakah anda bersetuju dengan perkongsian saya? Atau anda mempunyai pandangan anda sendiri? Kongsikan pandangan anda tersebut diruangan komen supaya saya dan pembaca lain dapat mengambil manfaat daripada pandangan anda tersebut.

Follow saya di sosial media:
Apakah Ayat Pendinding Diri Terbaik?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!