10 Tanda Ini Menunjukkan Gangguan Jin Semakin Lemah

tanda gangguan jin
Anggaran Masa Bacaan: 2 minit

Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Mengetahui tanda-tanda gangguan jin di dalam diri seseorang semakin lemah adalah sangat perlu. Ini kerana dengan mengetahuinya, akan dapat menambahkan keyakinan di dalam diri bahawa pertolongan Allah sudah semakin hampir.

Dan begitu juga, dengan adanya tanda-tanda tersebut kita dapat mengetahui bahawa usaha rawatan yang kita lakukan selama ini semakin membuahkan hasil.

Di dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan kongsikan dengan anda tanda-tanda yang menunjukkan bahawa gangguan jin di dalam badan pesakit sudah semakin lemah.

Tanda-tandanya adalah seperti berikut:

Pertama: Apabila seseorang itu berada di dalam pengaruh jin, mereka akan merasa benci untuk pergi melakukan rawatan ruqyah. Ini kerana jin yang berada di dalam badan manusia tersebut mengetahui bahawa dengan usaha tersebut menandakan akan berakhirlah kemampuan jin untuk merasuki dan mengganggu manusia.

Kedua: Ketika dirawat, jin melalui mulut pesakit akan mencaci maki perawat kerana jin itu menyangka bahawa dia menjadi lemah disebabkan oleh perawat. Hakikat sebenarnya ialah jin tersebut menjadi lemah disebabkan oleh bantuan dari Allah dan Dialah yang menyembuhkan pesakit tersebut.

Ketiga: Ketika pesakit sudah sampai di rumah, atau di tempat rawatan, pesakit akan merasa berat atau letih sangat. Ada sesetengah pesakit, kakinya dirasakan seolah-olah terkunci dan tidak dapat bergerak. Ini disebabkan jin di dalam badan memegang kaki pesakit agar tidak dapat meneruskan rawatan.

Keempat: Ketika disebut nama perawat, pesakit tiba-tiba menjadi marah atau ketakutan. Ataupun pesakit akan mencaci maki perawat tersebut. Ini menandakan jin di dalam badan sudah semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan perawat.

Kelima: Begitu juga, apabila perawat datang ke rumah pesakit dengan tujuan untuk merawatnya, pesakit tiba-tiba menjadi marah dan memaki perawat.

Keenam: Pesakit tidak mahu membaca apa sahaja yang berkaitan dengan ruqyah syariyyah. Contohnya, apabila diberikan zikir-zikir amalan untuk pesakit amalkan, dia akan menolak untuk membacanya.

Ketujuh: Pesakit akan menutup telinganya apabia dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran ataupun ketika dilaungkan azan.

Kelapan: Ketika dirawat, jin akan cepat memberikan tindakbalas dan bercakap-cakap dengan perawat.

Kesembilan: Ketika pesakit diberikan minum dengan air yang sudah diruqyah, ataupun disapu dengan minyak atau wangian yang sudah diruqyah, jin terus memberikan tindakbalas.

Kesepuluh: Ketika membaca atau dibacakan ayat Al-Quran, khususnya surah Al-Baqarah, pesakit terus menangis tanpa sebab.

Adakah anda mengalami 10 tanda-tanda di atas? Alhamdulillah. Itu menandakan jin di dalam badan anda sudah semakin lemah.

Apa yang perlu dilakukan ialah, perawat haruslah meneruskan bacaan ayat-ayat ruqyah dengan tujuan untuk terus melemahkan jin yang ada di dalam tubuh badan pesakit.

Manakala pesakit pula, perlulah terus istiqamah meneruskan rawatan, memperbanyakkan doa dan bacaan Al-Quran, dan tetap dengan amalan-amalan zikir yang umum mahupun khusus agar akhirnya jin yang berada di dalam badan akan segera keluar dari tubuh badan anda, inshaaAllah.

Jangan pula apabila anda mengalami tanda-tanda di atas, anda menjadi takut dan tidak meneruskan usaha rawatan yang dilakukan. Akhirnya, jin akan terus berada di dalam badan dan mengganggu anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.


Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit? Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
10 Tanda Ini Menunjukkan Gangguan Jin Semakin Lemah
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!