Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Qarin, Untuk Apa & Mengapa Ia Diciptakan?

bagaimana cara mengatasi gangguan jin qarin?

Pernah tak anda berasa malas untuk menunaikan solat berjemaah? Nak melangkah ke masjid pun kaki terasa berat. Nak baca Al-Quran pun terasa malas.

Pernak tak anda kadang-kadang berkhayal membayangkan maksiat, atau membayangkan perkara-perkara yang haram? Ataupun kadang-kadang datangnya rasa was-was di dalam hati anda.

Saya yakin mesti anda pernah alami semua yang saya sebutkan di atas kan.

Mengapa ianya berlaku?

Ketahuilah bahawa itulah bukti wujudnya qarin. Dan apa yang sedang anda alami itulah adalah berpunca dari bisikannya.

Apakah Qarin Sebenarnya?

Untuk lebih mengenali dengan lebih lanjut tentang qarin, saya bawakan hadis di bawah:

Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW?  Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” [Riwayat Muslim (2814)]

Berpandukan kepada hadis di atas, jelas bahawa qarin ini adalah segolongan jin yang Allah ciptakan mereka bertujuan untuk menjadi pendamping manusia.

Termasuklah juga kepada diri Rasulullah s.a.w sendiri adanya jin qarin yang berdamping dengan Baginda. Cuma bezanya jin qarin Rasulullah itu telah pun diIslamkan oleh Baginda.

Tapi berbeza dengan kita, jin qarin yang berdamping dengan kita semua akan sentiasa membisikkan supaya kita melakukan kemaksiatan, kejahatan dan dosa dan akan sentiasa membisikkan was-was ke dalam hati apabila kita ingin melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah.

Perbezaan Qarin Dan Khodam

Satu lagi golongan jin yang cukup dikenali oleh masyarakat Melayu khususnya adalah khodam. Khodam ini apa pula? Dari pemerhatian dan pembacaan saya, apa yang saya fahami khodam ini adalah segolongan jin yang diambil oleh manusia sebagai pembantunya.

Selain khodam, panggilan lain yang agak popular jugalah dikalangan orang kita ialah saka.

Di dalam agama Islam, mengambil golongan jin untuk dijadikan pembantu adalah dilarang. Ini berdasarkan kepada firman Allah di dalam surah Jin ayat 6 yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”

Memang betul sangat apa yang disebut dalam ayat di atas.

Diantara kejahatan yang dilakukan oleh jin-jin khodam ataupun saka ini ialah, mereka akan mengganggu keturunan tuannya yang asal. Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang diganggu jin saka ini ialah:

  • sukar mendapat jodoh.
  • mengalami masalah dalam hubungan suami/isteri.
  • sukar mendapat zuriat.
  • sikap berubah menjadi buruk contohnya bertukar menjadi seorang yang pemarah.
  • jadi malas nak beribadah dan sebagainya.

Jadi apa pula perbezaan diantara jin qarin dan juga khodam?

  1. Oleh kerana jin qarin ini adalah jin yang diutuskan oleh Allah kepada semua manusia, maka kita semua mempunyai pendamping dari golongan jin qarin ini. Berbeza dengan khodam yang diambil oleh manusia untuk menjadi pembantu mereka, tak semua dari kita mempunyai khodam.
  2. Jin qarin diutuskan oleh Allah hanya untuk berdamping dan tugasnya hanyalah membisikkan kejahatan dan was-was ke dalam hati manusia. Manakala jin khodam pula ada sesetengah keadaan di mana jin ini masuk ke dalam tubuh badan tuannya jika diarahkan berbuat begitu.
  3. Jin qarin tidak boleh dipisahkan dari manusia yang didampinginya kerana memang jin qarin ini diutuskan untuk berdamping dengan manusia. Sedangkan khodam boleh dipisahkan oleh mereka yang telah menjadi tuannya. Tetapi prosesnya tidak mudah. Sebab itu, janganlah sekali-kali cuba untuk menjadikan jin sebagai pembantu. Tak senang hidup anak cucu nanti.
  4. Anda tidak boleh mengurangkan atau menghalang gangguan jin qarin ini dengan cara melakukan ruqyah dengan perawat. Kaedah ini tidak membantu kerana jin qarin tidak berada di dalam badan manusia yang didampinginya. Cara terbaik untuk melawan gangguan jin qarin ialah dengan belajar dan mempraktikkan kaedah ruqyah mandiri.

Ini antara empat perkara yang dapat saya kongsikan tentang perbezaan diantara jin qarin dan khodam.

Cara Mengatasi Gangguan Jin Qarin

Seperti yang saya sebutkan di atas, gangguan daripada jin qarin ini adalah dalam bentuk bisikan yang menyuruh anda melakukan maksiat dan kejahatan, dan juga membisikkan was-was di dalam hati anda.

Percayalah, jika anda pergi berjumpa perawat dengan niat untuk merawat gangguan jin qarin ini, ianya tidak akan membantu. Bisikan-bisikan kejahatan dan was-was yang menyerang hati dan pemikiran anda akan terus berlaku.

Di bawah saya kongsikan beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi gangguan jin qarin.

1) Sentiasa berta’awuz kepada Allah

Ini perkara pertama yang paling penting sekali. Berta’awuz bermaksud sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan jin dan syaitan. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-A’raf ayat 200)

Jadi, apabila anda merasakan adanya bisikan yang menyuruh melakukan dosa, maka cepat-cepatlah ucapkan ta’awuz.

2) Sentiasalah Mendalami Ilmu Agama

Qarin bukan hanya membisikkan untuk melakukan dosa, bahkan dia akan membisikkan juga perkara yang akan menimbulkan was-was di dalam hati anda. Antaranya akan membisikan was-was dalam perkara ibadah sehinggalah kepada perkara yang melibatkan persoalan akidah.

Jadi, untuk melawan perasaan was-was ini, anda mestilah mempunyai ilmu yang yakin supaya dengan ilmu tersebut anda dapat menangkis bisikan-bisikan was-was tersebut.

3) Memperbanyakkan Membaca Al-Quran dan Zikrullah

Bila anda berkepalangan, bacalah Al-Quran. Bukan sekadar membaca, tetapi fahami juga maksud ayat yang dibaca. Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak, boleh gunakan masa yang sedikit itu dengan membaca surah-surah yang pendek yang difahami maknanya, ataupun perbanyakkan berzikir.

Ini kerana dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir, hati dan pemikiran anda tidak akan menjadi lalai. Hati dan pemikiran anda akan sibuk memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama.

Contohnya, apabila anda banyak membaca Al-Quran dan memahami maknanya, ketika itu hati dan fikiran anda akan tertumpu kepada apa yang disampaikan oleh Al-Quran. Jadi, jin qarin tidak mempunyai ruang untuk membisikkan perkara-perkara maksiat dan dosa kepada anda.

4) Perbanyakkan Ibadah-Ibadah Sunat

Dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat, iman anda akan menjadi semakin mantap. Bila iman semakin mantap, maka segala bisikan-bisikan yang datang dari jin qarin ini dengan sendirinya akan menjadi lemah dan mudah untuk anda atasi.

Bagaimana Dengan Anda?

Seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang saya kongsikan di atas, bahawa jin qarin ini ada pada semua manusia. Jadi, tentu anda juga pernah mengalami situasi di mana datangnya bisikan-bisikan yang mengajak kepada maksiat.

Ataupun bisikan-bisikan yang menimbulkan rasa was-was di dalam hati.

Bagaimana cara yang anda lakukan untuk mengatasi gangguan daripada jin qarin ini? Saya harap anda boleh kongsikan cara-cara yang anda lakukan dalam ruangan komen di bawah.

InshaaAllah ianya akan dapat memberikan manfaat kepada saya dan juga kepada pembaca-pembaca lain.

Follow saya di sosial media:
Apakah Qarin, Untuk Apa & Mengapa Ia Diciptakan?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!