Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan & Cara Atasinya?

Mengapakah jin suka mengganggu manusia? Jin mengganggu manusia adalah disebabkan permusuhan yang telah lama berlaku diantara keduanya.

Ya, permusuhan yang berlaku diantara Iblis dan juga Nabi Adam a.s. Bukankah Iblis itu sebenarnya adalah dari golongan jin. Dalil yang membuktikan bahawa Iblis dari golongan jin ialah firman Allah di dalam surah Al-Kahfi ayat 50:

“Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim”

Apabila Allah telah mengusir Iblis dan melaknatnya, maka dia telah bersumpah dihadapan Allah untuk menyesatkan sebanyak mungkin manusia untuk menjadi teman-temannya di dalam neraka. Sepertimana firman Allah di dalam surah Al-A’raf ayat 16-17:

“Iblis menjawab, ‘Karena Engkau telah menghukumku tersesat, maka saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”

Maka, dari sumpah Iblis inilah bermulanya episod jin akan terus-menerus mengganggu manusia sehinggalah ke hari kiamat.

Kemampuan Jin Masuk Ke Dalam Badan Manusia

Jin adalah makhluk Allah yang tak dapat dilihat oleh mata manusia. Tetapi walaupun kita tak dapat melihat mereka, apabila jin masuk ke dalam badan, orang yang dimasuki jin akan menzahirkan ciri-cirinya.

Diantara ciri orang yang ada jin dalam tubuhnya ialah akan berlakunya gejala histeria. Tapi dari pengalaman saya, sekiranya sampai ke tahap berlakunya histeria, ini menandakan gangguan jin adalah di tahap yang kronik.

Saya ada menulis satu artikel khas tentang histeria ini. Anda boleh bacanya di sini.

Persoalannya di sini ialah bagaimana jin mampu untuk masuk ke dalam tubuh manusia? Dan persoalan yang kedua ialah melalui jalan mana jin tersebut masuk?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa jin mempunyai kemampuan untuk untuk berubah bentuk sesuka hatinya. Ini kerana, Allah telah menganugerahkan kepada golongan jin kemampuan untuk mengecil dan membesar, bahkan menurut sebuah hadis, jin mampu berjalan di dalam urat darah manusia.

Dari Shofiyah binti Huyay, ia berkata, “Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang beri’tikaf, lalu aku mendatangi beliau. Aku mengunjunginya di malam hari. Aku pun bercakap-cakap dengannya. Kemudian aku ingin pulang dan beliau berdiri lalu mengantarku. Kala itu rumah Shofiyah di tempat Usamah bin Zaid. Tiba-tiba ada dua orang Anshar lewat. Ketika keduanya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka mempercepat langkah kakinya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan, “Pelan-pelanlah, sesungguhnya wanita itu adalah Shofiyah binti Huyay.” Keduanya berkata, “Subhanallah, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya setan itu menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175).

Jadi, dengan kelebihan ini, adalah sangat mudah bagi jin untuk masuk ke dalam badan manusia dengan tujuan untuk mengganggu manusia tersebut.

Persoalan seterusnya ialah melalui jalan mana pula jin masuk ke dalam tubuh badan manusia? Teruskan bacaan anda ke subtopik yang seterusnya.

Bagaimana Jin Masuk Ke Dalam Tubuh Badan Manusia

Dalam subtopik sebelum ini, saya telah menjelaskan tentang kemampuan jin untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia. Dalam subtopik ini pula, saya akan menjelaskan tentang bagaimana jin masuk ke dalam tubuh badan manusia.

Sebenarnya tidak ada yang dapat memberikan jawapan yang tepat melainkan Nabi s.a.w sendiri. Ini kerana persoalan yang berkaitan dengan jin adalah persoalan tentang perkara ghaib. Dan hanya Nabi sahaja yang dapat mengetahuinya kerana Baginda mendapat wahyu daripada Allah.

Jadi mari kita lihat hadis-hadis di bawah. Rasulullah telah memberitahu kepada kita bagaimana jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia.

1) Jin masuk melalui mulut.

Abu Said berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), karena setan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (H.R. Muslim)

2) Jin masuk melalui kuku.

Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya setan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang. (H.R. Ahmad)

3) Jin masuk melalui hidung.

Bahwa Nabi s.a.w.. bersabda: Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar) tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya. (H.R. Muslim).

4) Jin masuk melalui telinga.

Abdullah berkata, “Disebutkan di sisi Nabi bahwa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam). Lalu beliau bersabda, ‘Setan telah kencing di telinganya (H.R. Muslim)

Tanda-Tanda Jin Di Dalam Badan

Tubuh badan manusia telah diciptakan Allah dalam keadaan yang cukup sempurna. Pernahkah kita terfikir mengapa kita demam?

Saya tidaklah berniat nak menghuraikan secara terperinci tentang demam. Secara ringkasnya, menurut Wikipedia, demam adalah satu tindakbalas imunisasi yang cuba untuk menangani jangkitan bakteria atau virus.

Dalam erti kata lain, demam adalah satu signal yang menunjukkan di dalam badan kita ada bendasing yang menceroboh. Inilah kehebatan ciptaan Allah ke atas manusia.

Jadi, begitu juga apabila tubuh badan seseorang dimasuki jin. Walaupun jin tak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi sistem imunisasi badan kita dapat mengesan kehadiran jin di dalam badan.

Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, apabila tubuh badan seseorang itu telah dimasuki oleh jin, saya hampir pasti seseorang itu akan mengalami tanda-tanda atau apa yang disebut gejala gangguan jin.

Jadi apakah tanda-tanda ada makhluk halus dalam badan?

Dari pengalaman saya, tanda-tanda seseorang itu ada gangguan makhluk halus (jin) ialah:

  • susah untuk tidur malam tanpa sebab.
  • kerap terjaga di tengah malam tanpa sebab.
  • kerap mengalami mimpi yang menakutkan.
  • kerap bermimpi binatang seperti anjing, kucing, serigala dan sebagainya.
  • kerap bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • kerap bermimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • kerap bermimpi diancam benda tajam seperti pisau, kaca dan sebagainya.
  • kerap bermimpi berada di tempat yang kotor atau dikawasan perkuburan.
  • selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • sering rasa berdebar-debar tanpa sebab.
  • rasa seperti ada sesuatu bergerak-gerak di dalam badan.
  • sering rasa lesu, malas, tidak bersemangat tanpa sebab.
  • cepat rasa nak marah walaupun disebabkan perkara kecil.
  • rasa malas hendak melakukan ibadah terutamanya solat.
  • rasa malas untuk membaca Al-Quran dan berzikir.
  • Cepat lupa tanpa sebab.

Cara Keluarkan Jin Dari Badan

Nak keluarkan jin dari badan bukanlah semudah nak matikan virus atau bakteria yang menyebabkan kita demam. Virus dan bakteria boleh mati apabila pesakit diberikan antibiotik. Tetapi tidak kepada jin.

Dan satu perkara yang perlu anda tahu ialah, jin tidak boleh dibunuh atau dimatikan. Yang boleh dilakukan ialah mengeluarkan jin tersebut dari badan pesakit. Dan proses mengeluarkan jin ini yang susah.

Dari pemerhatian saya, saya dapati ada dua kesilapan besar yang dilakukan oleh pesakit untuk memahami proses mengeluarkan jin. Dua kesilapan tersebut ialah:

  1. Kesilapan pertama ialah ramai pesakit yang merasakan bahawa hanya dengan sekali rawatan jin boleh keluar semuanya dan gangguan jin tidak akan berulang.
  2. Kesilapan kedua ialah pesakit meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada perawat. Sedangkan sebenarnya peranan perawat hanyalah 30% sahaja dan selebihnya ialah tanggungjawab pesakit sendiri.

Mari saya jelaskan dengan lebih terperinci tentang dua perkara di atas.

Untuk kesilapan yang pertama, seperti yang saya katakan di atas, ramai pesakit menyangka bahawa jin boleh keluar hanya dengan sekali rawat sahaja. Ini tidak betul.

Apa yang perlu anda tahu ialah biasanya apabila seseorang diganggu jin, jumlah jin yang masuk ke dalam badan mesti lebih dari satu jin.

Sebab itulah apabila seseorang pesakit itu dirawat, dia akan rasa tahap gangguan di dalam badan semakin berkurangan, tetapi tidak sepenuhnya. Kerana masih ada jin yang belum keluar.

Sebab itulah jika anda mendapatkan rawatan gangguan jin, jangan berhenti setakat sekali rawatan sahaja. Pastikan anda melakukan rawatan susulan.

Berapa kali rawatan susulan perlu dilakukan?

Lakukanlah rawatan susulan sehingga semua gejala-gejala gangguan yang anda alami telah tiada.

Untuk kesilapan yang kedua pula, kebanyakan pesakit hanya bergantung sepenuhnya kepada perawat. Betul tugas perawat hanya membantu untuk mengeluarkan jin dari badan pesakit.

Tetapi menjadi tanggungjawab pesakit pula untuk menjaga diri agar jin tidak masuk kembali ke dalam badan. Apabila proses ini tak dijaga, itu yang menyebabkan berlakunya gangguan berulang.

Di sini saya kongsikan ayat-ayat ruqyah yang MESTI anda amalkan membacanya setiap hari. Dari pengalaman saya, ayat-ayat di atas sangat memberikan kesan kepada jin sehingga mampu menghalau jin yang berada di dalam badan dan menghalang jin dari masuk semula ke dalam badan anda.

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 )
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7. Surah Al-‘Imran ( ayat 18-19 )
8. Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 )
9. Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 )
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 )
11. Surah Thaha ( ayat 69 )
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 )
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

Saya juga menggalakkan supaya ayat-ayat di atas dibacakan pada air kosong dan anda amalkan meminum air tersebut setiap hari. InshaaAllah kaedah juga dapat memberikan kesan yang positif kepada diri anda.

Yang penting ialah anda mestilah melakukannya dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Hakikatnya bukan semua manusia boleh diganggu jin. Ini kerana jin juga adalah makhluk Allah dan sebagai makhluk, ia tidak terlepas dari sifat lemah.

Di dalam Al-Quran sendiri banyak ayat-ayat yang menjelaskan kepada kita bahawa sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

InshaaAllah apabila kita melakukan ini, jin tidak akan mampu sama sekali untuk mengganggu kita.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: