Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Histeria & Jenis-Jenisnya?

Dikemaskini pada 27/05/2020 oleh Ustaz Abdullah

Apakah histeria dan jenis-jenisnya? Tentu anda pernah dengar istilah ini kan.
Atau anda sendiri pernah menyaksikan keadaan tersebut.

Atau tidak mustahil juga, anda sendiri pernah mengalaminya, betul tak?

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan sedikit dengan anda pengalaman saya berhadapan dengan pesakit-pesakit yang histeria.

Histeria adalah satu keadaan di mana seseorang itu berada dalam keadaan yang tidak terkawal dan dalam keadaan ini apa sahaja yang tidak dijangka boleh berlaku kepada mereka yang mengalaminya.

Histeria boleh berlaku disebabkan dua faktor yang umum iaitu:

  • disebabkan gangguan jin.
  • bukan disebabkan gangguan jin.

Oleh kerana saya merupakan pengamal perubatan Islam, maka tulisan saya ini akan lebih fokus ke arah histeria yang berpunca dari gangguan jin.

Bukan kerana saya pakar. Tetapi saya berkongsi atas sebab sedikit pengalaman yang saya dapat dari bidang ini.

Histeria Yang Disebabkan Gangguan Jin

Oleh kerana ianya disebabkan gangguan jin, maka apabila seseorang yang berada dalam histeria sebegini, apa yang dilakukan olehnya bukanlah atas kerelaan dirinya sendiri, tetapi disebabkan oleh jin yang berada di dalam badannya.

Dari pemerhatian saya, histeria yang berpunca dari gangguan jin ini juga berlaku dalam dua keadaan, iaitu:

  • separuh sedar
  • tidak sedar sepenuhnya.

Sebelum saya menerangkan tentang histeria samada yang separuh sedar dan juga yang tidak sedar sepenuhnya, perlu anda ketahui di sini iaitu, gangguan-gangguan jin yang boleh menyebabkan histeria berlaku ialah:

  • semua jenis sihir.
  • semua jenis pendamping

Bagaimana yang dikatakan histeria dalam keadaan separuh sedar? Dalam keadaan ini, pesakit akan melakukan sesuatu diluar kawalannya.

Contohnya pesakit akan menjerit, ketawa, menangis, memaki hamun perawat dan sebagainya. Semua perkara yang saya sebutkan ini berlaku kepada pesakit dalam keadaan pesakit menyedarinya, tetapi dia tidak dapat mengawalnya. Ini kerana semuanya dilakukan oleh jin yang berada di dalam badannya.

Dalam keadaan histeria separuh sedar ini, apabila jin tersebut telah keluar, biasanya pesakit tidak akan pengsan. Ini kerana jin yang berada di dalam badan pesakit hanya dapat mengawal tubuh badan dan emosinya sahaja, tetapi tidak mindanya.

Untuk histeria yang tidak sedar sepenuhnya, jin telah menguasai sepenuhnya, iaitu tubuh badan, emosi dan juga minda pesakit. Sebab itu, jika jin berjaya dikeluarkan, pesakit akan pengsan dan apabila sedar, dia tidak menyedari apa yang berlaku ke atas dirinya.

Histeria Bukan Disebabkan Gangguan Jin

Oleh kerana saya bukanlah seorang yang ahli dalam bidang psikologi dan juga perubatan moden, maka tidak selayaknyalah untuk saya menulis secara detail masalah histeria yang ada hubungkait dengan masalah psikologi atau perubatan moden.

Jadi, untuk bahagian ini, saya hanya akan menulis secara asas sahaja.

Di dalam bidang psikiatri moden, istilah histeria sebenarnya sudah tidak digunakan. Sebab utamanya ialah, apabila digunakan istilah histeria, maka ianya tidak dapat memberikan maksud yang tepat.

Ini kerana, di dalam masyarakat umum, histeria dipercayai berlaku adalah disebabkan berpunca dari gangguan makhluk halus atau jin. Sedangkan dari pengalaman saya sendiri, tidak semua masalah histeria itu berpunca dari gangguan jin. Disebabkan kepercayaan begini yang telah sebati dalam masyarakat, semua simptom histeria termasuklah apa yang dipanggil sebagai skizofrenia, kemurungan atau bipolar diabaikan kerana masyarakat menganggap histeria berpunca dari gangguan jin.

Oleh kerana itu, histeria yang difahami di dalam bidang psikiatri ialah Conversion Disorder dan juga Dissociative Disorder sahaja. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih detail, anda boleh baca artikel bertajuk Histeria, Penyakit Mental & Kerasukan yang ditulis oleh Dr Zul Azlin.

Bagaimana Membezakan Antara Histeria Yang Disebabkan

Gangguan Jin & Bukan Gangguan Jin?

Setelah anda tahu bahawa histeria ada yang berpunca dari gangguan jin, dan ada yang tidak, persoalan seterusnya ialah bagaimana untuk membezakannya? Penting untuk dibezakan antara keduanya. Kerana lain jenis histerianya, lain pula cara rawatannya.

Ok, apa yang akan saya kongsikan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Disebabkan saya telah berada selama hampir 8 tahun di dalam biadang perubatan Islam, saya hampir pasti bahawa 80%  mereka yang mengalami gangguan jin, pasti akan mengalami gejala-gejala gangguan seperti dibawah:

  • susah tidur malam tanpa sebab.
  • sering terjaga tengah malam tanpa sebab.
  • sering bermimpi menakutkan.
  • sering bermimpi melihat makhluk halus.
  • sering bermimpi melihat binatang.
  • sering bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • sering bermimpi bayi.
  • sering bermimpi diancam benda tajam.
  • sering bermimpi berada di tempat kotor seperti tandas.
  • sering bermimpi berada dikawasan perkuburan.
  • selalu sakit kepala tanpa sebab terutamanya selepas asar atau menjelang maghrib.
  • selalu rasa berdebar-debar, takut, bimbang dan sebagainya.
  • selalu rasa berat dibahagian bahu.
  • selalu sakit belakang terutamanya dibahagian tulang belakang.
  • rasa malas untuk beribadah, membaca Al-Quran dan berzikir.
  • cepat marah tanpa sebab.
  • berubah menjadi seorang yang cepat pelupa.

Di atas adalah gejala-gejala yang biasa dialami oleh seseorang yang mengalami gangguan jin. Walaubagaimanapun, hanya dengan gejala-gejala di atas sahaja belum cukup pasti yang seseorang itu mengalami gangguan jin.

Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah langkah kedua, iaitu mendapatkan bantuan dari perawat yang berhampiran untuk melakukan scan ke atas diri anda. Biasanya jika benarlah adanya jin di dalam badan, apabila discan, mereka akan memberikan tindakbalas.

Dan ketika proses scan ini, ataupun dipanggil sebagai diagnosis, kemungkinan boleh berlakunya histeria. Jika berlaku histeria, itu menunjukkan bahawa histeria itu adalah berpunca dari gangguan jin.

Seperti yang saya terangkan di atas tadi, pesakit yang mengalami histeria apabila diruqyah, kemungkinan besar orang tersebut mengalami gangguan jenis sihir, ataupun pendamping. Pendamping itu pula, mungkin berpunca dari saka, atau pesakit ada mengambil apa-apa ilmu kebatinan.

Bagaimana pula mengenalpasti histeria yang bukan berpunca dari gangguan jin?

Mereka yang mengalami histeria yang bukan berpunca dari gangguan jin pula, kebarangkalian untuk mengalami gejala-gejala gangguan seperti yang saya sebutkan di atas, masih boleh berlaku. Sebab itu saya katakan, adanya gejala-gejala gangguan seperti di atas, tidak semestinya orang itu betul-betul ada gangguan.

Kerana, gejala-gejala tersebut masih boleh berlaku disebabkan faktor-faktor lain antaranya penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi, dan boleh jadi juga disebabkan mengalami stress atau deppression (kemurungan).

Tetapi, yang paling ketara ialah, mereka yang mengalami histeria tetapi bukan berpunca dari gangguan jin ialah, apabila discan mereka ini, tidak ada sebarang tindakbalas berlaku. Inilah apa yang berlaku kepada pesakit-pesakit yang pernah saya rawat.

Sebelum mendapatkan rawatan dari saya, mereka sudah beberapa kali mengalami histeria, tetapi apabila diruqyah, langsung tidak berlaku histeria, atau tindakbalas yang lain. Dalam keadaan ini, kena cuba dicari apa masalah yang dihadapi sebenarnya.

Mungkin pesakit itu mengalami stress yang melampau. Ataupun mungkin juga ada kaitan dengan penyakit-penyakit kronik contohnya seperti penyakit buah pinggang dan sebagainya. Tetapi, apa yang pasti ianya bukanlah berpunca dari gangguan jin.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Apakah Histeria & Jenis-Jenisnya?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!