Petanda Jelas Gangguan Jin Saka

Anggaran Masa Bacaan: 2 minit

Dikemaskini pada 04/10/2018 oleh Ustaz Abdullah

Diantara jenis gangguan yang banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu khususnya ialah gangguan jin saka. Walaupun gangguan jin saka ini dah popular dikalangan kita, tetapi saya masih ada menerima pertanyaan di mana ada yang masih tak tahu apa itu gangguan jin saka.

Dalam artikel yang agak ringkas kali ini, saya nak kongsikan dengan anda tentang apakah yang dmaksudkan dengan jin saka?

Apakah tanda tanda gangguan jin saka? Dan inshaaAllah saya akan kongsikan juga bagaimana merawat gangguan jin saka ini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Jin Saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Tanda Tanda Gangguan Jin Saka

Dari pengalaman saya, kalau anda kerap mengalami mimpi di bawah, itu tanda-tanda gangguan jin saka yang sangat jelas yang menunjukkan kemungkinan anda bakal atau sudah mewarisi jin saka.

  • Kerap bermimpi menerima sesuatu dari seseorang.
  • Kerap bermimpi menyusu atau mendukung bayi.

Dan biasanya selepas mengalami mimpi di atas dengan kerap, akan diikuti pula gejala di bawah:

  • Mudah nak marah walaupun itu bukan sikap semulajadi anda.
  • Kerap sendawa.
  • Anda mula merasakan seperti ada seseorang yang sentiasa bersama anda.

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, antara kaedah mudah dan simple yang boleh anda cuba ialah sentiasa mendengar bacaan ayat-ayat ruqyah.

Atau untuk kaedah yang lebih berkesan, saya mencadangkan kepada anda untuk mencuba teknik ruqyah mandiri dengan MP3 ruqyah. Jika anda ingin mengetahui teknik tersebut, sila klik di sini.

Tetapi JANGAN pasang ketika anda sedang memandu, ataupun ketika anda tinggal berseorangan.

Sebab dari pengalaman saya, biasanya orang yang ada saka, bila diruqyah ataupun mendengar bacaan ruqyah, akan meracau-racau.

Saya harap perkongsian ringkas ini memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya ada pertanyaan, boleh tuliskan pertanyaan anda dalam ruangan komen yang disediakan di bawah.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Petanda Jelas Gangguan Jin Saka
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!