Dikemaskini pada 10/06/2018 oleh Ustaz Abdullah
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah yang bersesuaian dengan fitrah dan naluri manusia. Oleh kerana itulah, hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sesuai untuk diamalkan pada setiap zaman, tempat dan waktu.
Membalas kejahatan yang dilakukan kepada kita dengan pembalasan yang setimpal adalah suatu tuntutan naluri dan fitrah manusia.
Tanyalah pada sesiapapun, sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang dibunuh atau dilukai, sudah tentu kita juga inginkan hukuman yang sama kepada pelakunya. Inilah hukuman qisas yang ada di dalam ajaran Islam.
Sihir pula adalah satu kezaliman yang berlaku dikalangan masyarakat kita. Ianya dilakukan oleh tukang sihir dengan mendapatkan bantuan daripada jin yang menjadi penolongnya.
Sekiranya anda ingin membalas perbuatan jahat sihir tersebut, menyerang tukang sihir adalah lebih berkesan daripada menyerang jin yang menyihir kerana jin hanyalah perantaraan tukang sihir.
Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk mengembalikan semula perbuatan jahat sihir kepada tukang sihir.
Tehnik Ruqyah:
- Berbincang dan ajak semua ahli keluarga yang terlibat untuk bersama-sama bersatu menyerang semula tukang sihir.
- Setiap dari ahli keluarga yang terlibat, lakukan Muqaddimah Ruqyah. Cara melakukan Muqaddimah Ruqyah ini anda boleh baca di sini.
- Lakukan solat secara berjemaah dengan waktu yang paling hampir untuk anda menyerang semula tukang sihir dengan tujuan untuk berdoa bersama.
- Lakukan solat sunat mutlak sebanyak 4 rakaat, dan di sujud terakhir berdoa kepada Allah dan mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah agar sihir-sihir dan semua penyakitnya kembali kepada penyihir atau mereka yang dengki kepada anda.
- Awali doa dengan kata “Ya hayyu ya Qayyum birohmatika astagiz”, lalu mulai doa dalam sujud.
- Selepas memberikan salam, bacakan surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas dan Ayat Kursi bersama-sama 3 atau 7 kali bersama-sama.
- Kemudian bacakan surah An Nahl 126 satu kali dan bacakan surah al Fiil sebanyak 3, 7 atau 11 atau berapa saja secara bersama-sama dan bangun niat untuk menghancurkan mereka.
- Berdoalah dengan yakin bahwa Allah akan mengabulkan doa orang teraniaya.
Bagaimana Nak Elakkan Sihir?
Saya rasa anda pun dah sedia maklum akibat dan kesan buruk dari sihir. Tahukah anda bahawa jalan terbaik ialah anda patut protect diri anda sebelum anda terkena sihir.
Bukannya dah kena sihir baru mencari jalan penyelesaian untuk merawat sihir tersebut.
Sekali anda sudah terkena sihir, dan jin sudah masuk ke dalam badan anda, risiko untuk anda terkena lagi sihir adalah sangat mudah.
Kalau anda nak tahu cara yang lebih mudah dan praktikal untuk elakkan sihir, saya ada satu teknik mendinding diri dari sihir dengan terapi kasturi.
Berkesankah? Kenapa saya berani rekemen?
Saya berani rekemen kerana cara ini saya galakkan kepada pesakit saya untuk amalkan dan semeangnya ada kesan positif.
Anda juga boleh membaca testimoni-testimoni pengguna yang telah gunakan wangian ini dalam website di atas.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk mendaftarkan emel anda.
Follow saya di sosial media: