Bagaimana Melakukan Persiapan Sebelum Meruqyah?

ruqyah

Muqaddimah ruqyah ialah prosuder-prosuder yang perlu dilakukan oleh seseorang perawat atau pun diri kita sendiri (sekiranya melakukan ruqyah mandiri) sebelum memulakan proses meruqyah.

Sebelum memulakan ruqyah, pastikan bahawa pesakit sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk diruqyah. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain, selain diri pesakit, yang perlu dilakukan sebelum memulakan terapi ini.

Ingat, jangan abaikan Muqaddimah ruqyah ini kerana ia juga menjadi faktor penyebab kesembuhan diri pesakit.

Keadaan Tempat

Perkara-perkara penting yang harus diberikan perhatian di dalam perlaksanaan Ruqyah Syar’iyyah adalah keadaan tempat, jasmani dan rohani pesakit, dan juga amalan peruqyah itu sendiri.

Persiapan Tempat

  • Pastikan tempat untuk melakukan proses meruqyah berada dalam keadaan bersih, sejuk dan tenang. Ini supaya getaran suara bacaan al-Quran meresap ke dalam hati pesakit. Jika di rumah, pastikan television dan bunyi-bunyi musik dimatikan.
  • Membersihkan tempat untuk melakukan ruqyah, contohnya di rumah dari semua benda-benda khurafat, contohnya seperti tangkal, wafak, penangkal sihir, patung dan lukisan-lukisan bernyawa termasuk gambar.
  • Bacakan ayat kursi sebagai ikhtiar untuk membentengi tempat ruqyah, dan memohon perlindungan daripada Allah serta gunakan pewangi ditempat ruqyah.

Persiapan Pesakit

Salah satu penyebab mengapa proses ruqyah syar’iyyah tidak berkesan ialah kerana pesakit berada dalam keadaan tidak bersiap sedia samada dari segi jasmani dan rohani pesakit. Dalam proses meruqyah, keadaan rohani dan jasmani pesakit saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Di bawah ini adalah perkara-perkara yang perlu anda berikan perhatian sebelum memulakan terapi ruqyah kepada pesakit:

  • Persiapkan jiwa pesakit. Bimbing jiwanya agar menjadi kuat dengan melepaskan semua bentuk dendam dan kekecewaan yang dihadapi di masa lalunya.
  • Galakkan kepada pesakit untuk berwuduk kerana ianya akan dapat membuatkan jasmani dan rohani pesakit menjadi tenang dan tenteram.
  • Ingatkan pesakit supa membebaskan dirinya dan juga kediaman dari benda-benda khurafat yang dianggap mempunyai keramat, dan juga azimat-azimat penangkal serta kembalilah kepada Allah.
  • Ajak pesakit supaya bertaubat kepada Allah dengan cara perbanyakkan beristighfar dan juga melakukan solat taubat.Ajar pesakit untuk berdoa memohon perlindungan dan kekuatan kepada Allah.
  • Nasihat dan ingatkan pesakit untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang sambil mendengar dengan khusyuk bacaan ayat ruqyah. Jika pesakit mengetahui yang sedang dibacakan, pesakit boleh ikut sekali bacaanya.

Persiapan Perawat

Selain dari pesakit, perawat sendiri juga perlu mempersiapam diri sebelum memulakan proses ruqyah. Caraya ialah:

  • Berwudhuk
  • Jika tahap gangguan pesakit berada ditahap yang kuat, lakukan solat sunat mutlak 2 takaat untuk meminta perlindungan kepada Allah.
  • Baca doa-doa pembenteng diri dan bentengi tempat meruqyah dengan bacaan ayat kursi.
  • Mempersiapkan peralatan untuk meruqyah. Contohnya limau ataupun daun bidara untuk tujuan memandikan pesakit.
  • Mengesan penyakit, dan buat cuba membuat perbezaan samada masalah yang dialami pesakit ialah gangguan jin atau gangguan akibat penyakit fizikal.

Memuakan Proses Meruqyah

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan ruqyah atau melakukan ruqyah mandiri.  Anda harus mmpersiapkan tempat, keadaan rohani dan jasmani  serta memperhatikan adab-adab dalam berdo’a atau adab bagaimana saat kita meminta kepada Allah. Semua benda-benda yang mengandungi kesyirikan harus dimusnahkan terlebih dahulu.

Di bawah ini adalah tatacara untuk memulai Ruqyah Mandiri atau Meruqyah orang lain (jika keadaan pesakit kritikal, contohnya pesakit dah meracau-racau, memadailah anda lakukan point yang ketiga sahaja.

1. Berwudhu untuk mensucikan jasmani dan rohani kita, untuk lebih sempurna mandilah agar hati sejuk dan lembut.
2. Lakukan Solat Mutlak samada 2 atau 4 rakaat untuk memohon pertolongan kepada Allah baik di sujud terakhir atau selepas solat.
3. Mengucapkan Ta’awudz, Basmallah, Beristighfar dan Shalawat Nabi.

  • Taawudz boleh dibaca dengan membaca salah satu daripada cara di bawah:  “Audzubillahiminassayitoonirrajiim”, atau “Audzubikalimatillahi tammati minkulli syariima kholak” atau ‘Audzubillahikalimatillahit tammah, mingkulli syaitonin wahammah, wamingkulli ‘ainu lammah” atau “’Audzubillahisami’il aliimi minassayitooniraajiim” 
  • Basmallah, memulai doa dengan menyebut Asma-Nya yang Maha Agung.
  • Istighfar, boleh dibaca dengan menyebut “Astaghfirullahal adziim, alladi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih” atau “Laa ilaaha illa anta, subhanaka inni kungtum minadzalimiin”. Atau boleh juga digantikan dengan melaksanakan solat sunat taubat, jika belum pernah bertaubat dari kesyirikan.
  • Selawat anda boleh bacakan seperti biasa iaitu,  “Allahuma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad”

4. Memohon kekuatan kepada Allah, boleh dilakukan dengan membaca salah satu doa di bawah:

  • La Hawla walaa Quwwata Illa Billahil aliyhil Adziim.
  • Hasbunallah wanikmal wakiil nikmal maula wanikman nasiir.
  • Bismilahiladi layadhuru maasmihi sayiung fil ardhi wala fissama wahua samiun aliim.

5. Dan akhir sekali bolehlah memulakan proses meruqyah pesakit ataupun melakukan ruqyah mandiri.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Ada pertanyaan?