Dikemaskini pada 22/08/2019 oleh Ustaz Abdullah
Muqaddimah ruqyah ialah proses atau langkah yang perlu dilakukan oleh perawat atau pun anda sendiri (sekiranya anda menggunakan kaedah ruqyah mandiri) sebelum satu-satu sesi pengubatan dijalankan.
Sekiranya anda akan melakukan pengubatan ruqyah ke atas orang lain, pastikan bahawa pesakit sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk diruqyah.
Selain itu, ada juga beberapa perkara lain, selain diri pesakit, yang perlu dilakukan sebelum memulakan pengubatan ini.
Ingat, jangan abaikan proses muqaddimah ruqyah ini kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada pesakit.
Keadaan Tempat
Perkara-perkara penting yang harus diberikan perhatian di dalam perlaksanaan Ruqyah Syar’iyyah adalah keadaan tempat, jasmani dan rohani pesakit, dan juga amalan peruqyah itu sendiri.
Persiapan Tempat
- Pastikan tempat untuk melakukan pengubatan ruqyah berada dalam keadaan bersih, sejuk dan tenang. Ini supaya getaran suara bacaan al-Quran meresap ke dalam hati pesakit. Jika proses pengubatan dilakukan di rumah, pastikan television dan bunyi-bunyi musik dimatikan.
- Membersihkan tempat untuk melakukan ruqyah, contohnya di rumah dari semua benda-benda khurafat, contohnya seperti tangkal, wafak, penangkal sihir, patung dan lukisan-lukisan bernyawa termasuk gambar.
- Bacakan ayat kursi sebagai ikhtiar untuk membentengi tempat ruqyah, dan memohon perlindungan daripada Allah serta gunakan pewangi ditempat ruqyah.
Persiapan Pesakit
Salah satu penyebab mengapa proses ruqyah syar’iyyah tidak berkesan ialah kerana pesakit berada dalam keadaan tidak bersiap sedia samada dari segi jasmani dan rohani pesakit.
Dalam proses meruqyah, keadaan rohani dan jasmani pesakit saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Di bawah ini adalah perkara-perkara yang perlu anda berikan perhatian sebelum memulakan pengubatan ruqyah kepada pesakit:
- Persiapkan jiwa pesakit. Bimbing jiwanya agar menjadi kuat dengan melepaskan semua bentuk dendam dan kekecewaan yang dihadapi di masa lalunya.
- Galakkan kepada pesakit untuk berwuduk kerana ianya akan memberikan manfaat dan dapat membuatkan jasmani serta rohani pesakit menjadi tenang dan tenteram.
- Ingatkan pesakit supaya membebaskan dirinya dan juga kediaman dari benda-benda khurafat yang dianggap mempunyai keramat, dan juga azimat-azimat penangkal serta kembalilah kepada Allah.
- Ajak pesakit supaya bertaubat kepada Allah dengan cara perbanyakkan beristighfar dan juga melakukan solat taubat. Ajar pesakit supaya membaca doa untuk diri sendiri berdoa memohon perlindungan dan kekuatan kepada Allah.
- Nasihat dan ingatkan pesakit untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang sambil mendengar dengan khusyuk bacaan ayat ruqyah ketika sesi pengubatan berjalan. Jika pesakit mengetahui ayat yang sedang dibacakan, pesakit boleh ikut sekali bacaanya.
Persiapan Perawat
Selain dari pesakit, perawat sendiri juga perlu mempersiapkan diri sebelum memulakan pengubatan ke atas orang lain. Caraya ialah:
- Berwudhuk
- Jika tahap gangguan pesakit berada ditahap yang kuat, lakukan solat sunat mutlak 2 rakaat untuk meminta perlindungan kepada Allah.
- Baca doa-doa pembenteng diri untuk membenteng diri sendiri dan bentengi tempat pengubatan dengan bacaan ayat kursi.
- Mempersiapkan peralatan untuk meruqyah. Contohnya limau ataupun daun bidara untuk tujuan memandikan pesakit.
- Mengesan penyakit, dan cuba membuat perbezaan samada masalah yang dialami pesakit ialah gangguan jin atau gangguan akibat penyakit fizikal.
Memulakan Proses Meruqyah
Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesi pengubatan atau melakukan ruqyah mandiri.
Anda harus mempersiapkan tempat, keadaan rohani dan jasmani serta memperhatikan adab-adab dalam berdoa atau adab bagaimana saat kita meminta kepada Allah.
Semua benda-benda yang mengandungi kesyirikan harus dimusnahkan terlebih dahulu.
Di bawah ini adalah panduan untuk memulakan pengubatan ruqyah mandiri atau untuk meruqyah orang lain (jika keadaan pesakit kritikal, contohnya pesakit dah meracau-racau, memadailah anda lakukan point yang ketiga sahaja.
1. Berwudhu untuk mensucikan jasmani dan rohani kita, untuk lebih sempurna mandilah agar hati sejuk dan lembut.
2. Lakukan Solat Mutlak samada 2 atau 4 rakaat untuk memohon pertolongan kepada Allah baik di sujud terakhir atau selepas solat.
3. Mengucapkan Ta’awudz, Basmallah, Beristighfar dan Shalawat Nabi.
- Taawudz boleh dibaca dengan membaca salah satu daripada cara di bawah: “Audzubillahiminassayitoonirrajiim”, atau “Audzubikalimatillahi tammati minkulli syariima kholak” atau ‘Audzubillahikalimatillahit tammah, mingkulli syaitonin wahammah, wamingkulli ‘ainu lammah” atau “’Audzubillahisami’il aliimi minassayitooniraajiim”
- Basmallah, memulai doa dengan menyebut Asma-Nya yang Maha Agung.
- Istighfar, boleh dibaca dengan menyebut “Astaghfirullahal adziim, alladi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih” atau “Laa ilaaha illa anta, subhanaka inni kungtum minadzalimiin”. Atau boleh juga digantikan dengan melaksanakan solat sunat taubat, jika belum pernah bertaubat dari kesyirikan.
- Selawat anda boleh bacakan seperti biasa iaitu, “Allahuma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad”
4. Memohon kekuatan kepada Allah, boleh dilakukan dengan membaca salah satu doa di bawah:
- La Hawla walaa Quwwata Illa Billahil aliyhil Adziim.
- Hasbunallah wanikmal wakiil nikmal maula wanikman nasiir.
- Bismilahiladi layadhuru maasmihi sayiung fil ardhi wala fissama wahua samiun aliim.
5. Dan akhir sekali bolehlah memulakan proses meruqyah pesakit ataupun melakukan ruqyah mandiri.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Follow saya di sosial media: