4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar Kepada Mangsa

Anggaran Masa Bacaan: 4 minit

Dikemaskini pada 20/07/2023 oleh Ustaz Abdullah

Mengapa orang sanggup menghantar sihir? Mungkin ini antara soalan yang selalu anda tanyakan kepada diri anda, terutamanya jika anda adalah mangsanya.

Sebenarnya kita tidak perlu hairankan tentang perkara ini. Kerana iblis telah berjanji dihadapan Allah bahawa dia akan menggunakan pelbagai tipu helah dan godaan untuk menghasut manusia.

Jadi, mereka yang sanggup melakukan sihir ini adalah mereka yang telah termakan dengan tipu helah dan godaan syaitan.

Mereka yang sanggup menggunakan sihir sebenarnya adalah gambaran daripada hatinya yang telah rosak.

Rosak disebabkan hati-hati mereka ini dipenuhi dengan pelbagai penyakit seperti:

  • Dengki.
  • Sombong.
  • Takbur.
  • Riak.
  • Dendam

Penyakit yang merosakkan hati ini menyebabkan mereka mudah termakan dengan pujuk rayu dan tipu daya syaitan.

Mereka ditipu dengan janji palsu syaitan bahawa segala matlamat mereka akan tercapai dengan melakukan sihir.

Nak tahu RAHSIA bagaimana merawat sihir dengan teknik wangian kasturi? Saya dedahkan rahsianya di sini.

Cara Sihir Dihantar Kepada Mangsa

Terdapat berbagai cara sihir yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka.

Antara cara-caranya ialah:

1) Menanam barang-barang sihir

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini, orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya.

Barang-barang untuk tujuan menyihir ini mestilah ditanam di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, diselit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia ditabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya disapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

Sebab itu jika anda disihir dengan cara begini, selain dilakukan rawatan ruqyah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, sedapatnya barang-barang yang ditanam sedapatnya dicari dan dikeluarkan. Jika tidak, kemungkinan besar sihir itu akan terjadi semula. Perkara ini dapat dilihat dari kisah bagaimana Rasulullah sendiri yang pernah disihir melalui hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah taala:

Sesungguhnya Nabi  disihir sehingga dikhayalkan padanya bahawa baginda melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya. Dan baginda pada suatu hari berkata kepada Aisyah : “Telah datang padaku dua malaikat, salah satunya duduk dekat kepalaku dan yang lainnya dekat kakiku. Salah satu malaikat tersebut berkata kepada yang lainnya: “Apa penyakit lelaki ini (Rasulullah)?. Yang satunya menjawab terkena sihir”. “Siapa yang menyihirnya ?”. Satunya menjawab “Labid bin Al A’shom …” .

Selepas Rasulullah disembuhkan oleh Allah, baginda berdoa kepada Allah dalam perkara sihir tersebut. Maka Allah telah menunjukkan kepada Baginda di mana barang-barang sihir yang digunakan untuk menyihir Rasulullah. Lalu baginda pun mengeluarkan barang-barang tersebut iaitu disebuah perigi.

2) Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai.

Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

Sihir sebegini dipanggil sebagai pelalau, ataupun penghalang. Ia digunakan antara lain sebagai penghalang jodoh dan juga pemisah antara suami dan isteri.

Dalam zaman teknologi dan berkembangnya penggunaan media sosial, kita suka memuatnaik gambar-gambar kita ke laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain. Ini sebenarnya akan mendedahkan gambar-gambar tersebut untuk digunakan bagi tujuan sihir.

3) Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang ingin di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di qasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat ke dalam makanan dan minuman seseorang.

4) Memuja patung sebagai pengganti orang yang dizalimi

Pemujaan patung yang di puja dan diqasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dan sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Ini adalah antara empat cara menghantar sihir yang paling kerap digunakan. Ramai yang selalu bertanyakan kepada saya dengan soalan sebegini, “Ustaz, bagaimana nak elakkan dari sihir?” Jawapan saya ialah semua kita berisiko untuk disihir. Sebab itulah  Allah memerintahkan kepada kita supaya meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan manusia sepertimana di dalam surah al-Falaq, ayat 1 hingga 5:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)”

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak lagi cara-cara yang boleh dilakukan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsa. Saya hanya kongsikan empat daripadanya sahaja.

Apa yang penting, bukanlah untuk mengetahui bagaimana sihir dihantar, tetapi adalah bagaimana cara yang patut dilakukan untuk menghalang diri daripada disihir.

Cara yang pasti ialah kita sendiri mestilah mendekatkan diri kita kepada Allah kerana Dia sahaja yang mampu dan berkuasa untuk melindungi diri kita. Sebab itulah ruqyah mandiri sangat perlu anda jadikan amalan kerana matlamat ruqyah mandiri ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Jika anda ada sebarang persoalan, sila tuliskan soalan anda diruangan komen yang disediakan.

Follow saya di sosial media:
4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar Kepada Mangsa

76 thoughts on “4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar Kepada Mangsa

  1. Assalam..ustaz.sya mengalami sakit sejak 1998 terkena seperti lemah semangat byk sya mimpi yg mengeri shgga lemas.kini sya sihat tp pnykit yg pndai dtg rasa takut lps tu cemas dn lemas.rasa panas badan.sy terkena sihir ka ustaz?
    Soalan kdua sya..sebelah rumah sya suami isteri ada mengamalkan sihir/santau dari buku majapahit mereka amalkan untuk menganiaya org dekat dgn rumah mereka atau sesiapa yg mereka rapat.kami sekeluarga sering sakit2 ,bergaduh,rumah panas.apa pendapat ustaz?

    1. Waalaikumussalam, jika bermimpi dengan kerap, kemungkinan tanda anda mengalami gangguan jin.

  2. Salam ustaz .sy nk brtanya tentang mimpi, baru baru ni saya ada termimpi d mana sy membeli nasi bungkus di kedai. Semasa hendak menjamu selera ttiba saya terjumpa banyak jarum dlm nasi bungkus saya tadi. Takda maksud apa2 kot kalau mimpi mcm ni?

    1. Waalaikumussalam, jika mimpi tu kerap berlaku, perlu diberikan perhatian. Khuatir itu tanda anda mungkin diganggu jin. Atau mungkin sihir berada dalam badan.

  3. Salam ustaz. Kalau sebelum ini di atas ceiling rumah saya (di kawasan bilik tidur) kerap bau bangkai/ tahi & kencing biawak sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan sy sendiri selalu marah2 sbb bau busuk ni. Dan suami yg pjj bila dia balik mesti tak selesa. Sehinggalah terjadinya penceraian. Dan selepas tu tiada dah gangguan bau2 tu ustaz.. pada pendapat ustaz adakah ianya berkaitan dengan sihir?

    1. Waalaikumussalam, kemungkinan juga apa yang dialami puan tu tanda-tanda sihir.

    2. Assalammualaikum ustaz,
      Bagaimana jikalau sudah berubat dengan bomoh, selepas itu bomoh meminta menanam sesuatu di kubur islam dengan bertujuan. Adakah itu kurafat atau syirik?

      1. Waalaikumussalam, kaedah tersebut bertentangan dengan Islam. Kena dijauhkan.

  4. Salam ustaz, saya kerap berubat merawat sihir dan setelah pulih ia kembali semula.. apakah tindakan yang perlu saya lakukan, pandangan ustaz?

    1. Waalaikumussalam,

      Untuk mengelakkan dari terkena sihir semula, pesakit juga perlu melakukan amalan-amalan yang dapat menghidarkan diri dari sihir tersebut. Contohnya amalan zikir pagi dan petang, zikir sebelum tidur, sebelum makan, sebelum masuk tandas dan sebagainya.

      Rawatan hanya untuk mengeluarkan sihir sahaja. Untuk menghalangnya dari berulang, pesakit kena ada inisiatif macam yang saya sebutkan di atas.

  5. Asalmakim ustaz saya berusia 21 dan kene gangguan jin dan sekali dgn sihir…boleh ke berubat dgn ustaz..lazim nya berapa hari akan menunjukkan kesannya

    1. Waalaikumussalam,

      Boleh saya tahu apa gejala-gejala gangguan jin dan sihir yang saudara alami? InshaaAllah saya boleh bantu. Kesan daripada rawatan bergantung pada tahap gangguan dan bagaimana amalan yang dilakukan oleh pesakit.

  6. Assalamualaikum ustaz.ibu sy kerap tidak boleh bernyawa macam sesak nafas,pergi dekat bomoh dia kata kena sihir dengan anak patung.saya sedih ustaz lihat ibu saya dengan keadaan macam ni,nak berubat macam mane ustaz??

    1. Waalaikumussalam,

      Yang pertama sekali, perlu saya nasihatkan bahawa agama melarang kita pergi berjumpa dengan bomoh. Yang kedua untuk merawat ibu saudara bolehlah diikhtiarkan dengan amalan-amalan zikir sekiranya mampu.

      Jika tidak, saya mengesyorkan supaya saudara mendapatkan rawatan dari mana-mana pusat perubatan Islam yang menggunakan kaedah rawatan yang betul mengikut syarak.

  7. slm ustaz, sy shyma dr kl, ingin bertanya dr awl thn ni sy selalu kerap mimpi org menarik rmbut sy dan serkup mulut sy, selalu sy kene waktu jam 2 pagi dgn 4 pagi. selama 3 thn ddk dirumah tu x pernah lg kene, tp sejak awl thn ni sy kene, sbb sy br sahaja bercerai dgn bekas suami dr bulan 8 thn lps. da bnyk sy pergi berubat bnde yg sama dorang ckp. mlm biasanya sy akan dgr bunyi guli berlaga, lps tu bdk2 berlari dlm kul 11 lbh mlm. dan lg 1 ustaz ape setiap perbuatan sy sy rasa was2 tidak yakin. nk pakai bj pon mcm tu, dulu sy x mcm tu ustaz.

    1. Waalaikumussalam,

      Gejala-gejala yang saudari alami itu kemungkinan menunjukkan saudari mengalami gangguan jin. Antara cara yang boleh saudari lakukan untuk pastikan ialah cuba dengar bacaan ruqyah dan lihat apa tindakbalas yang berlaku.

      Sekiranya berlaku tindakbalas, sahlah yang saudari mengalami gejala gangguan jin.

      Tentang buni guli dan budak berlari itu kemungkinan juga menunjukkan yang rumah saudari mengalami gangguan jin.

  8. Assalamualaikum ustaz , saya sering berasa berdebar- debar , dah gelisah , angkara disihir akibat perbuatan khianat ,
    sblm nya ia terjadi slps asar sehingga maghrib ,
    makin lama stlh berubat makin melarat ,
    sya berasa xsenang duduk , rasa gelisah , mcm org xtentu hala , nk tidur mlm pon susah ,
    kdng2 saya meracau tidak tentu masa ,
    kdng-kadng pagi , kdng-kdg tengahari ,
    kata juru perubat , org yg mnyihir itu menhantar sihir nya stiap kali telah dibuang , apa pendapat ust , dan apa yang harus saya lakukan ?
    dan boleh ustaz jelas sedikit mengenai yasin tungal? Wallahua’lam ustaz

    1. Waalaikumussalam saudari,

      Boleh saya tahu, adakah saudari pergi berjumpa dengan perawat tersebut ataupun hanya melalui jarak jauh sahaja?

      Berkenaan dengan Yasin tunggal itu saya pun tidak pernah dengar tentangnya. Dari mana saudari dapat info?

      1. saya dh berjumpa ust-ust rawatan islam secara bersemuka , mereka kata penyihir itu menghantar sihir itu berkali-kali , walaupon saya dh jumpa mua’lij utk merawatnya ,

        mengenai yassin tunggal itu saya dengar dripada ustaz yg merawat saya, katanya utk membalas semula sihir itu kepada penyihir itu.
        Wallahua’lam

  9. Salam ustaz.

    Boleh saya tau.. apakah maksud atau ada benda yg tidak kena apabila ada bangkai tikus di tanpa kepala di atas kereta yg diletakkan di garaj rmh kami. Kebetulan jiran kami juga sudah 2 kali menemukan bangkai tikus seperti itu di depan rumah dan jiran jg ada terjumpa najis seperti najis manusia di beranda rumahnya.

    Harap ustaz boleh jawab jika ada ada yg tidak kena dengan keadaan ini. Terima kasih. Wassalam.

    1. Waalaikumussalam,

      Boleh jadi itu perbuatan sihir, dan boleh jadi itu perbuatan khianat untuk menakut-nakutkan puan sekeluarga. Sebabnya, biasanya kalau ada orang nak tanam sesuatu di rumah dengan tujuan untuk menyihir, mereka tidak akan letak barang sihir itu secara terang-terang macam tu. Barang tersebut biasanya akan diletakkan secara tersembunyi.

  10. assalammualaikum ustaz..
    saya kerap sangat bermimpi situasi diri saya sendiri yg mahu ke sesuatu tempat atau keluar rumah contohnya dimana didalam mimpi tu saya susah atau tak tahu nak pilih memakai baju apa.dah pakai,tukar pulak.kadang2 cari baju yg nak dipakai tapi tak jumpa.masa tu macam saya kalut sgt..tak ada spesifik warna baju dlm mimpi tu.kerap sangat mimpi tu..dah 5 6 kali..tak tahu nak pakai baju apa dan tercari2 baju..
    saya rasa tak sedap hati..
    pernah juga ada sekali saya mimpi nampak puntianak dan tetiba saya sendiri dirasuk..terjaga dari tidur istigfar terus..naik bulu roma..tapi tu sekali je lar..
    Ya saya tahu mimpi ada yg mainan tidur.tapi dah kerap sgt mimpi yg sama,tertanya2 juga..sebab saya rasa stress sangat tak dapat cari baju nak pakai.

    1. Waalaikumussalam puan, sebelum saya memberikan pandangan, saya nak tanya. Puan ada alami simptom-simptom di bawah tak?

      1. Susah tidur malam.
      2. Suka terjaga tengah malam.
      3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
      4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      5. Mimpi melihat makhluk halus.
      6. Mimpi diancam benda tajam.
      7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
      9. Selalu pening kepala.
      10. Rasa berdebar-debar.
      11. Cepat nak marah tanpa sebab.
      12. Cepat lupa.
      13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
      14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.

      1. 1,2 memang kerap..melainkan saya letih sgt.tapi kadang2 terjaga sebab panas..hehe
        3 mimpi dikejar ular dan tengok byk ular dekat 1 pulau
        5 mimpi kena rasuk tu la
        9,11,13 mungkin sebab ambil cucuk perancang.tapi dah stop cucuk 4 bulan dah.simptom tu dah hilang.melainkan marah tu memang ada juga sebab saya jenis cepat marah gak dari muda2 lagi.
        14 tak sakit tulang.tapi sakit badan.tu pun jadi kerap sakit lepas bersalin.

        dulu ustaz,saya kerap mimpi orang dibalut kain kafan.maksud saya jenazah orang.tapi dah tak ada..
        ada juga dekat rumah mentua saya pernah terjaga dan jadi seram sejuk.

        adakah mimpi2 ni bermaksud saya kena kacau??sebab nenek suami saya ada juga benda2 macam tu..tak tau betul ke saka atau tak.ada yang kata menuntut untuk pikat suami.
        saya tak kisah pun benda2 macam tu.sebab itu antara dia dan Allah.saya sentiasa fikir positif je.

        saya ada juga pasang surah ruqyah dekat dalam rumah.kerap juga lar..tapi rasa okay je. cuma saya nak tau kenapa mimpi pakai baju tu jadi kerap sgt..jadi stress dah..
        terima kasih ustaz sebab respon.

        1. Oh..ustaz..lupa nak bagitau..dalam mimpi saya dok cari nak pakai baju tu,bukan saya seorang je ada disitu..maksudnya ada org lain mcm adik beradik,suami,org lain..kiranya mereka tengok saya tanpa baju..macam tentang aib je…hurmm

  11. Assalamualakum. Baru2 ini rmh saya telah dimasuki oleh 4 ekor lebah bewarna hitam pd waktu hampir tgh mlm. Saya telah membunuh lebah2 tersebut dgn menggunakan racun serangga. Soalnya adakah lebah2 tersebut merupakan perantara sihir? Harap dpt pencerahan. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam,

      Saya tak dapat nak tahu samada lebah tersebut adalah perantaraan sihir atau tidak. Boleh saya tahu dengan lebih tepat bila lebah tersebut masuk ke dalam ruamh puan?

      1. Askm. Berkenaan 4 ekor lebah hitam yg masuk ke dlm rmh : sy x pasti waktu yg tepat bila kesemua lebah tersebut memasuki rmh. Kami hanya menyedarinya dlm sekitar hampir2 jam 12 tgh mlm. So apa pdpt ustaz? T kasih.

  12. Assalamualaikum Ustaz, Jika terjumpa tulang di dalam kawasan rumah, rupanya seperti tulang ayam tetapi saiz nya dua kali ganda lebih besar dari tulang ayam. adakah ini tanda org cuba menghantar sesuatu kepada kami sekeluarga?

  13. Assalamualaikum ustaz – saya seorang juruterbang dan duda hidup merantau dari muda… 2 tahun lepas secara tiba tiba saya berhenti kerja dan semenjak itu saya hanya duduk di rumah dan tidak bergaul dgn masyarakat.. Perut saya selalu kembung hampir setiap bulan dan semangat saya untuk bekerja tiada lagi .. Pergi ke hospital,pakar doktor kata hanya gastrik .. Saya berubat banyak tempat kerana dipaksa oleh kawan kawan yg pelik dgn perubahan ketara saya.. Saya sering bermimpi jatuh bangunan tinggi dan nasi yg saya masak cepat basi .. Saya juga sering sakit sendi seluruh badan dan pinggang .. Akhirnya saya berubat dgn seorang Prof di Darul shifa .. Dan saya langsung tidak boleh mengucap kalimah syahadat.. Walaupun sekarang rasa agak pulih tetapi masih tidak dapat tidur malam.. Saya risau kemungkinan saya belum sembuh sepenuh nya.. Adakah ini sihir yg dihantar atau jin kafir yg memang telah ada dlm tubuh badan saya.

    1. Waalaikumussalam encik,

      Dari cerita encik, gejala encik seakan-akan gejala disihir. Maksud encik sekarang tu dah semakin pulih bagaimana? Kalau kata ianya sihir, bermaksud ianya dihantar. Saya menasihatkan agar encik teruskan membuat rawatan walaupun dirasakan dah semakin ok. Sebab takut gangguan berulang.

      1. Terima kasih ustaz – maksud saya smakin pulih sebab saya dah bole ke masjid dan kluar umah ,, saya ada mengajak org yg saya menyihir berubat sama malangnya dia menolak mentah mentah – saya risau smangat saya masih belom pulih lagi, , insyaalah saya akan berusaha lg untuk berubat supaya gangguan itu hilang ,,

      2. Assamuaikum ustaz – maksud sya sudah berasa pulih kerana skaranag ini sya sudah dapat berjemaah di masjid – tiada lagi kembung perut dan saya perhatikan nasi yg saya masak tidak cepat basi lg seperti dulu.. Semangat saya utk bekerja sudah timbul kembali .. Cuma yg masih risaukan saya takut disihir kembali kerana masalah saya sebenarnya agak complicated sedikit.. Sekarang ni memang saya amalkan ayat pendinding diri selepas setiap kali solat .. Cuma hati saya masih was was kemungkinan si penghantar sihir itu tau saya dah pergi berubat ..

  14. Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya sebab setiap lepas azar jantung dan perut saya tidak nyaman rasa perut seperti mual dan jantung seperti sakit. Adakah itu tanda sihir atau jin

    1. Waalaikumussalam,

      Mengikut pengalaman saya, sesuatu gejala gangguan akan berlaku dengan lebih ketara apabila selepas asar atau menjelangnya maghrib. Selain dari itu, ada gejala-gejala lain? Contohnya seperti susah tidur malam, atau sering terjaga tengah malam tanpa sebab, mimpi menakutkan dan sebagainya.

  15. Assalamualaikum ustaz nama sy Bahrin alaqsar. Bbrp bulan lepas sy telah tekena sihir siam. Dan sy dah mndapatkan rawTan rukiah di darul syifa. Alhamdulilah saya dah pulih dr segi fizikal dan mental. Tp skg ada dua pekara masih menghantui sy . Semasa sy sakit tempoh hari. Sy nampak seperti calitan minyak hitam di blakang kerusi kereta sy. Tetapi di dunia yg nyata nya sy mcari calitan tu takde. Pekara kedua bila sy memasuki bilik sy .sy merasakan ada ssuatu x kena. Seolah panas melampau. Dah 6 bulan sy tidak tidur di bilik. Ini kerana bila sy tidur dibilik sy akn jd mcm org histeria bila tdo. Sy belum memanggil ustaz utk mmbuat rawatan rmh. Jd skg betul ke perasaan sy menyatakan di kereta dan bilik sy ada benda?

    1. Waalaimukussalam,

      Maaf saya nak bertanya. Saya tak faham apa maksud encik “di dunia nyata, saya mencari calitan itu takde”. Adakah bermaksud ketika encik nampak calitan hitam dibelakang kerusi kereta itu, encik bermimpi?

  16. Assalammuailaikum Ustaz, Nama Saya Muhammad Haziq Dan saya tinggal di Perak, Seri Manjung. Sejak kebalakangan ni Ustaz saya dan keluarga saya dengar orang alih perabot di siling dan selalu dengar guli jatuh. Pada Hari Raya 2016, Kakak saya pernah terdengar seseolah orang berjalan di siling. Dan “makhluk” itu menghentakkan kakinya di siling tersebut.Saya dan ibu saya juga pernah messenger seseorang sendawa di DALAM bilik air berulang-ulang kali semasa saya Mandi. Adik saya yang berumur 8 tahun juga pernah ternampak ‘makhluk’ yg bewarna putih terbang di pintu pagar rumah kami. Ibu saya juga pernah mengemas bilik Kakak saya dan ternampak jarum di bawah Katil Kakak saya. Ibu saya pun meletakkan jarum tersebut di DALAM beg jahitnya. Saya juga pernah terjumpa jarum yg sama di atas Bantal saya , lalu saya meletakkan jarum tersebut di DALAM beg jahit ibu saya. Baru pagi tadi ayah saya mencuci kipas dan terjumpa jarum di atas kipas tersebut dan kami hairan… Kerana Sudah tiga kali kami terjumpa jarum yg sama itu. Ini membuatkan seseolah jarum tersebut hidup… Adakah ini berkemungkinan kami disihir Ustaz? Itu saja yg saya hendak katakan. Saya berharap Ustaz membalas komen saya ini.
    Sekian.

    1. Waalaikumussalam,

      Dari apa yang diceritakan, tanda-tanda tu menunjukkan macam dalam rumah ada gangguan. Haziq dan keluarga pernah tak mendapatkan rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam?

      1. assalamualaikum ustaz..saya sering bermimpi bayi perempuan saya hilang..kemudian muncul wajah seseorg yang sama..dah berulang kali mimpi yang sama muncul..rumah kediaman kami dah di pagar secara rawatan islam..selepas dipagar,malam hari yang sama rumah saya berbau busuk sangat2..bau macam hanyir bangkai..suami saya pula sering sakit2..kami jarang balik rumah sebab bila duduk rumah rasa bosan dan badan jadi miang miang..bayi saya pula suka pandang atas kemudian ketawa..apa pendapat ustaz

        1. Waalaikumussalam puan,

          Pada pandangan saya, kemungkinan pada puan dan suami ada gangguan makhluk halus. Pada rumah juga mungkin ada gangguan. Ada pasang bacaan ruqyah tak dalam rumah?

  17. Assalamualaikum ustaz. Duit di rumah saya selalu hilang. Simpan di tempat yang susah diambil pun tetap hilang contohnya bawah bantal ketika sedang tidur malam. Adakah ini angkara jin atau toyol ? Habis kacau bilau keluarga saya sebab saling tuduh menuduh. Boleh ustaz terangkan cara nak mengelak dari berlakuknya gangguan seperti ini? Terima kasih ustaz.

    1. Waalaikumussalam,

      Ada tak tanda-tanda di bawah:

      1) Makanan cepat basi.
      2) Dengar macam bunyi guli jatuh.
      3) Dengar macam bunyi perabot ditarik.
      4) Perasan ada kelibat dalam rumah.
      5) Rasa meremang bulu roma bila tinggal di dalam rumah

      Jika ada tanda-tanda di atas, mungkin di dalam rumah memang ada gangguan. Dan kemungkinan masalah duit hilang itu berpunca dari gangguan. Saya cadangkan pasangkan bacaan ruqyah selama sebulan dan lihat samada masalah duit hilang tu masih berlaku atau tidak.

  18. Assalamualaikum ustaz…
    Tumpang tanya, saya buka kedai makan dah hampir 4 tahun, dulu maju ,memang ramai yang datang. Lately Ni, dah makin berkurangan ,kadang2 smpai 2-3 org je yg dtg .Saya taknak tuduh menuduh sebarangan .Lagipon rezeki tu dtg dari Allah .Baru2 ni customer Saya tanya Saya “bukak ke kedai” padahal mmg Saya bukak kedai ..smpai ad y ckp tak nmpak kedai ..Saya dah buntu ..dah merata Saya berubat .Adakah Saya terkena sihir ustaz?

    1. Waalaikumussalam, sayan nak tanya cik ada tak tanda-tanda di bawah ni:

      1. Susah tidur malam.
      2. Suka terjaga tengah malam.
      3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
      4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      5. Mimpi melihat makhluk halus.
      6. Mimpi diancam benda tajam.
      7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
      9. Selalu pening kepala.
      10. Rasa berdebar-debar.
      11. Cepat nak marah tanpa sebab.
      12. Cepat lupa.
      13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
      14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.

  19. assalamualaikum ustaz ..tumpang bertanya ..baru2 ni saya berasa seakan pelik kerana 4-5hari bturut2 saya menjumpai benda diletak di celah dinding depan rumah saya ..pada hari pertama dan kedua saya menjumpai air ddalam plastik yg berisi limau nipis dpotong dihujung limau dan tidak dperahkan seperti utk buat minuman ..hari yg seterusnya saya menjumpai telur ayam yg agak pelik seperti ada tulisan dpermukaannya ..setelah dibuang pasti esoknya ada lagi dletakkan dtempat yg sama diluar rumah saya ..adakah benda2 ini ada kaitan dengan sihir ..?harap ustaz dapat memberi penjelasan ..terima kasih ustaz

    1. Waalaikumussalam,

      Saya nak tanya, selepas berlaku keadaan yang encik ceritakan di atas, ada tak tanda-tanda di bawah:

      1) Makanan cepat basi.
      2) Dengar bunyi guli jatuh.
      3) Dengar seperti perabot dalam rumah ditarik (berubah tempat).
      4) Perasan seperti ada kelibat atau lembaga dalam rumah.
      5) Rasa meremang bula roma bila duduk dalam rumah.

  20. Assalamualaikum, ustaz, sy nak bertanya, saya memang ada msalah rahim, kena senggugut yang kuat sepanjng datang bulan, n lagi satu say kerap mimpi bayi, jatuh dr tmpat tinggi, monyet ular, dan kuat berangan, badan satu selalu kena maslah berangin, dan terakhir sekali saya baru nie ada mimpi ada orang pakaikan saya cincin di jari hantu, adakah itu semua tanda saka?

    1. Assalamualaikum puan, terima kasih sebab menghantar pertanyaan kepada saya.Apakah puan sudah membuat pemeriksaan untuk masalah senggugut yang puan alami?

      Untuk mimpi-mimpi yang puan alami tu,sebaiknya buat rawatan ruqyah dulu untuk pastikan apakah ianya berpunca dari gangguan makhluk halus atau tidak.Puan tinggal di mana?

  21. Assalamualaikum ustaz. Saya Nak tanya. Suami Sy Br berkahwin dlm 2 bln yg lalu.sebelum nie rumah tangga kami tiada masalah. Tapi semenjak saya tahu dia berkahwin lain. Rumahtangga kami jadi huru hara. Disebabkan saya x dpt menerima perbuatan suami saya. Saya jadi sangat pemarah.tapi yang pelik suami saya bersikap biasa sahaja. Dan dia kerap balik kerumah isteri baru dia.hati saya sakit. Tapi dia x peduli pun dgn semua tu.pada suatu hari tergerak hati saya untuk bukak beg kerja suami. Dan alangkah terkejutnyer. Bila saya terjumpa gambar saya sebanyak 2 keping. Saya ada bertanyakan kepada suami saya tentang gambar tu. Suami saya cakap . Dia saja2 simpan gambar saya untuk buat kenangan.tapi saya musykil.adakah suami saya ingin menyihir saya melalui gambar. Tolong bagi penjelasan. SBB Kalau pasal sihir saya susah Nak percaya. Tq.

    1. Waalaikumussalam,berkenaan dengan perasaan yang puan rasa tu,saya rasa itu adalah rasa yang biasa dialami kepada wanita yang suaminya berkahwin lain.Suami puan kahwin tu ikut prosuder Malaysia atau di luar negara?

      Berkenaan dengan gambar tu pulak,memang tak dinafikan yang sihir boleh dihantar kepada mangsa dengan menggunakan gambar.Tetapi itu tak boleh nak dijadikan bukti kukuh untuk mengatakan yang suami pun menyihir puan.

      Jalan terbaik,puan boleh dapatkan rawatan terlebih dahulu.

  22. assalamualaikum ustaz,,,sya nk tny kenapa sya kerap jumpa rambut dalam makanan,,,boleh di kata kan sebulan 4 5 kali jumpa rambut,,,

    1. Waalaikumussalam,

      Sebelum tu saya nak tanya, ada tak tanda-tanda di bawah:

      1. Susah tidur malam.
      2. Suka terjaga tengah malam.
      3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
      4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      5. Mimpi melihat makhluk halus.
      6. Mimpi diancam benda tajam.
      7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
      9. Selalu pening kepala.
      10. Rasa berdebar-debar.
      11. Cepat nak marah tanpa sebab.
      12. Cepat lupa.
      13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
      14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.

  23. Asaalamualaikum, ustaz sye nk tnye berkenaan dgn 1 botol kecil yang mengandungi cecair berwarna putih serta dgn seutas rambut di premis perniagaan saya. Apabila disiasat pada ustazah tempatan, saya diberitahu ia adalah sebotol minyak siam yang berkegunaan untuk menyekat rezeki. Boleh ustaz bg ap2 cara utk sya cegah masalah ini.

  24. Assalamualaikum Ustaz..

    Semalam anak-anak saya telah menjumpai bungkusan plastik yang di dalamnya ada pisang dibelah dua, rambut dengan batu-batu kecik. Bungkusan tu digantung di pagar rumah saya. Suami sudah pon membuang bungkusan tu. Sejak suami beristeri dua, macam2 susah yang dia dapat sampai hampir meragut nyawanya contohnya lori terbalik lori terbabas , anak-anak selalu bergaduh dengan ayahnya. Adakah keluarga kami terkena sihir?

    1. Waalaikumussalam puan.

      Saya nak tanya, ada tak ahli keluarga puan yang alami tanda-tanda di bawah:

      1. Susah tidur malam.
      2. Suka terjaga tengah malam.
      3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
      4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      5. Mimpi melihat makhluk halus.
      6. Mimpi diancam benda tajam.
      7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
      9. Selalu pening kepala.
      10. Rasa berdebar-debar.
      11. Cepat nak marah tanpa sebab.
      12. Cepat lupa.
      13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
      14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.

  25. Salam ustaz.. Sy ade meminta pertolongn seorg ustz.. Tp ustz tu meminta sy sediakan paku dan benang hitam..dan waktu mlm utk buat krja tu.serta duit 350.. APakah itu syirik ustz..lalu sy tbca blog ustz.. Sy xjd truskan niat sy..

    1. Waalaikumussalam, alhamdulillah bermanfaat juga blog saya ni. Dapat membantu mengelakkan masyarakat Islam dari menggunakan kaedah rawatan yang bertentangan dengan syarak.

      Nasihat saya tinggalkan kaedah rawatan begini.

  26. Assalam ustaz..sy nak tanya pendapat ustaz..sy keliru sama ada gangguan sihir @ perasaan shj..setiap kali suami sy pulang lewat (atas urusan bisnes tetapi tidak la kerap,dalam 2 minggu sekali.kadang2 seminggu sekali), sy selalu terdengar suara bayi menangis @ org bercakap d luar rumah..ketika suami sy tiada d rumah shj..rumah sy ade jiran sebelah shj iaitu ipar sy (sy kurang baik sebab masalah keluarga pihak suami.biras sy org sabah)..rumah yg lain jarak..lately anak lelaki sy kerap mengigau malam..kadang2 bangun malam & menangis teresak2..bila sy cerita pada suami tentang semua ni, dia cakap mungkin perasaan sy & anak penat bersekolah..ok la..sy terima..tapi pada malam semalam..sy tidur d ruang tengah rumah dengan anak perempuan sy..yg lain tidur d bilik masing2..dalam jam 2.30pagi, sy terdengar bunyi kuat cawan ditendang & pecah..ketika itu sy baru tidur..sy bangun bersama anak & check d dapur..tiada apa2..pagi ketika sedang siapkan anak2 utk ke sekolah, suami cerita subuh tadi dia nampak tingkap depan rumah terbuka luas..luas sangat seolah2 d buka oleh seseorg..mug diatas lantai..sy x jangka nak check ruang hadapan rumah malam tadi..pelik..mug tu berat ustaz..cawan kaca berisi air & ditengah meja..then tingkap walau dtiup angin dari lojik akal x kan terbuka luas macam tu sekali sebab frame tingkap besi (sy pakai tingkap tolak dari dalam & selak tingkap patah)..suami cakap mungkin perompak..sy terfikir jugak..sedangkan kalau perompak, kenapa x bukak tingkap belakang..sy memang x selak tingkap dapur (tingkap sliding)..kawasan belakang rumah sy sawah & gelap gelita..lampu belakang rosak..agak mudah bagi perompak kalau nak selidik pon..kawasan depan rumah diterangi lampu..sy x tahu nak bertanya siapa..takot d tuduh buat cerita..sy confuse ustaz..terima kasih

    1. Assalamualaikum puan,

      Benda-benda yang puan dengar tu, ada tak orang lain juga yang dengar? Kalau tiada saya khuatirkan puan yang ada gangguan jin dalam badan. Saya mencadangkan untuk puan pergi mendapatkan rawatan.

      Untuk dirumah saya cadangkan puan pasangkan bacaan ayat-ayat ruqyah dengan menggunakan cd atau sebagainya.

      1. Wsalam ustaz..kadang anak sy yg sulung akan terdengar sama..tragedi bunyi cawan tu sy dgn anak perempuan bangun sama..bagi makluman uztaz..sebelum malam kejadian,rumah sy didatangi belalang hijau..tengah malam..d ruang tamu rumah..& ketika malam anak keluar mengaji @ ketika rumah sunyi, sy kerap nampak kelibat d dalam rumah..terima kasih ustaz..

  27. Assalam ustaz, sy d jiran x berbaik d dia ada hntr sesuatu pd sy spye sy sakit.. Tp sy dh berubt.. Satu hr (4.12.15) suami jiran lalu dpn rmh sy anak tgh main kt luar.. Dia ada buat sesuatu pd anak2 sy tp sy x pasti ape yg dia buat sbb anak pompuan sy umo 3 thn pggl sy d tunjuk suami jiran guna isyarat tgn pastu sy keluar suami jiran ada kt tangga dia berenti d toleh kt sy mcm org bsalah.. Sjk tu anak lelaki sy salu ckp tkt hantu.. Mlm dia gelisah x blh tido..pas sy amik air penawar tkg ubt ckp ada benda ikut anak lelaki sy. Umo ank lelaki sy 5 thn.. Skrg dia tido gigi asik berlaga2 saja.. Sebelum ni tiada gigi berlaga.. Sy sering terpikir apa yg lelaki tersebut buat pada anak2 sy..

    1. Waalaikumussalam puan,

      Untuk mengatasi masalah anak puan, cuba dulu pasangkan ayat-ayat ruqyah setiap malam untuk anak dengar. Lihat keadaan dia, ada perubahan atau tidak. Jika tiada perubahan, saya mencadangkan agar puan bawa anak pergi berjumpa perawat untuk dapatkan rawatan.

  28. Assalamualaikum Ustaz,

    Ustaz saya dapati diri saya malas dalam buat apa sahaja dan saya merasa benci pada pasangan saya tanpa sebab.

    1. Waalaikumussalam, dah pernah dapatkan rawatan dari mana-mana pusat perubatan Islam?

  29. Assalammualaikum ustaz saya sharifah bt ghazali saya rasa macam saya kena sihir ke gangguan ke sayapun tak tau juga ingin bertanya pada ustaz… kadang-kadang saya ternampak kelibat orang di luar pintu sliding rumah … macam ada orang lalu tapi tak ada orang, Bilik tidur saya selalu berbau pandan, kadang-kadang baunya terlalu kuat kadang-kadang perlahan, kadang ambil masa sampai seminggu, ada masa dua tiga hari aje…. tapi bulan puasani tak ada baupun… tapi belik anak saya tak adapun bau pandan. Saya selalu rasa mengantuk dan saya boleh tidur dari pagi sampai petang ……

    Lagi satu ustaz telinga saya sering terdengar bunyi …. macam dalam hutan, bunyi macam cengkerik ke… pergi manapun bunyi ni ada pergi masjidpun ada bunyi juga….. …..

    Anak saya Aida Syamimi sering sakit dibahu boleh dikatakan setiap hari minta saya picitkan bahunya katanya sakit dan lenguh …… rasa macam pelik pula ustaz , saya mohon bantuan ustaz…. saya rasa rumah saya sesuatu yang tak kena saya nak beli minyak wangi yang ustaz jual tu tenggah offer tapi macammana nak belinya….

    1. Waalaikumussalam puan,

      Rumah ada gangguan, ini tanda-tandanya:

      1. Makanan cepat basi.
      2. Selalu terdengar macam bunyi guli jatuh.
      3. Dengar macam bunyi perabot berubah tempat.
      4. Perasan kelibat.
      5. Rasa seram sejuk (meremang) bila dalam rumah.

      Dan tanda ini akan dapat dirasai oleh ahli keluarga yang lain.Dalam kes puan, kalau puan kata hanya puan sahaja yang rasa benda-benda pelik dalam rumah tu,saya khuatir puan yang ada gangguan.Sebab pada puan pun ada tanda-tanda gangguan.

      Anak puan tu pun saya khuatir ada gangguan juga.Sebabnya kalau bahu selalu rasa sakit atau berat,itu adalah tanda gangguan.Berkenaan dengan minyak wangi tu,kalau puan berminat boleh whatsapp saya di nombor 013-4479610.

      1. Ustaz, anak saya lelakipun nampak kelibat macam lembaga, tu bakan saya aje cuma yang bau pandantu bautu di bilik saya aje…. bila ustaz free saya minta pertolongan ustaz untuk membuat rawatan. tq ustaz.

      2. Assalamualaikum ustaz .
        Sy mualaf sdh bkawin dan m’punyai seorang anak .. smjak mlahirkan .. sy sering sakit kpala,pingang dan belakang ( sy m’angap ia akibat tidak menjaga pantang) ttpi yg mghairankan sy .. sy juga selalu bermimpi buruk terutama ular , melihat diri sndiri di dlm mimpi dan sering di tindih ketika tido shingga ketawa dan menangis ketika tido . (2-3 kali seminggu) sjk 1bulan yg lepas sy suda xda pernah di tindih ketika tido (bpindah smentara) ttpi sering mendegar seperti keluhan org … dan semalam sy tido d rumah kakak sy (sementara) sy telah bmimpi di patuk ular besar bwarna kuning tp sy bunuh ular tu . Tak sangka pula ada ular lain yg bwarna hijau lagi ..sy pindah randah kerana menyewa dan blm punya ruma sendiri ..

        1. Waalaikumussalam puan,

          Saya mencadangkan puan supaya dapatkan rawatan dari mana-mana pusat perubatan Islam yang berhampiran. InshaaAllah mereka boleh membantu puan untuk mengesan apakah yang puan alami itu berpunca dari gangguan. Jika tidak berjumpa, puan boleh hubungi saya di nombor 0134479610.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!