Gangguan Jin: Mengapa Anda Tidak Sembuh Walau Di Ruqyah?

ruqyah
Anggaran Masa Bacaan: 4 minit

Dikemaskini pada 16/12/2015 oleh Ustaz Abdullah

Sepanjang lima tahun saya terlibat dalam bidang rawatan ruqyah untuk gangguan jin, ramai juga pesakit saya yang datang berulang kali untuk mendapatkan rawatan susulan dari saya.

Ada sesetengah dari mereka, yang saya perasan walaupun sudah berulang kali diruqyah, tetapi gejala-gejala yang menunjukkan gangguan jin masih tidak berkurang. Apa yang tidak kena?

Mungkin perkara yang sama juga berlaku kepada anda. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda sebab-sebab yang menghalang gangguan jin yang anda alami dari sembuh. Mana tahu, selepas membaca artikel ini dan anda melakukan apa yang saya sarankan, inshaa Allah gangguan jin yang anda hadapi sembuh dengan izin Allah.

UJIAN ATAU TEGURAN?

Di dalam hidup kita ini, tidak dapat dinafikan, semua orang akan dilanda musibah dalam hidupnya. Sedar atau tidak, gangguan jin ini juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang dikenakan ke atas kita. Kita ketepikan dulu persoalan mengapa gangguan jin yang kita hadapi tak sembuh-sembuh walaupun berulang kali kita melakukan terapi ruqyah.

Apa yang lebih penting untuk kita fikirkan ialah apakah musibah berupa gangguan jin ini merupakan satu ujian atau teguran dari Allah kepada kita?

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana nak tahu perbezaan antara ujian dan juga teguran?

Mudah sebenarnya untuk kita membezakan diantara ujian dan juga musibah. Ujian ini biasanya diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh dan benar-benar bertaqwa kepada Allah. Dan ujian yang diberikan oleh Allah itu pula akan menjadikan iman mereka semakin bertambah.

Manakala musibah pula biasanya ditimpakan kepada mereka yang cara hidupnya jauh dari kehidupan beragama. Jadi, musibah yang Allah turunkan kepadanya adalah sebagai teguran, untuk memperingatkan bahawa dia semakin jauh dari Allah.

Ada musibah yang bila Allah turunkan pada seseorang akan dapat menyedarkannya, dan ada sesetengahnya pula tidak memberikan apa-apa kesan kepada manusia tersebut.

Baik, kita kembali kepada persoalan asal. Mengapa gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh?

Untuk memudahkan anda memahami jawapan saya, saya bawakan satu kisah tentang pesakit saya. Kisah ini dari pengalaman saya sendiri merawat pesakit tersebut.

Kisah ini berkaitan dengan seorang pesakit saya di mana saya memang mengenalinya. Beliau seorang pemuda yang hampir mencapai usia 20 an. Sebelum terkena gangguan jin, kehidupan beliau agak liar. Tak perlulah saya ceritakan liar yang macam mana.

Tapi selepas beliau terkena gangguan jin, dan berubat dengan saya, alhamdulillah beliau berubah dengan izin Allah. Bagi saya berubah 100%. Sekarang ini pun saya kerap berjumpa dengan beliau. Rajin solat berjemaah di masjid, menjadi anak yang taat dan dengar cakap ibu dan ayah. Dan sekarang sedang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang syariah.

Dan yang paling mengejutkan ialah, apabila beliau berubah sedemikian rupa, gangguan jin yang beliau alami juga sembuh. Ibunya rajin datang ke tempat saya merawat. Saya selalu bertanyakan tentang anaknya yang satu ini. Ibunya mengatakan memang anaknya dah tiada gangguan jin, dan sikapnya pun dah berubah.

Bahkan paling mengejutkan saya, ibunya rasa bersyukur apabila Allah menurunkan musibah berupa gangguan jin kepada anaknya. Kerana dengan sebab gangguan tersebutlah, anaknya akhirnya berubah dengan izin Allah.

Jadi dari kisah di atas, apa yang dapat anda fahamkan?

Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.

Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Satu lagi sebabnya ialah kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak berlapang dada dan redha dengan apa yang timpakan ke atas kita. Contohnya, apabila Allah timpakan kepada kita musibah berupa gangguan jin, kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak redha dan rasa marah dengan takdir.

Jadi, mari kita muhasabah semula diri kita. Mungkin ada perkara-perkara yang kita belum ubah yang menghalang kita untuk mendapat kesembuhan dari Allah. Semoga dengan perubahan yang kita lakukan nanti, Allah akan menyembuhkan gangguan jin yan ada di dalam diri, inshaa Allah.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
Gangguan Jin: Mengapa Anda Tidak Sembuh Walau Di Ruqyah?

16 thoughts on “Gangguan Jin: Mengapa Anda Tidak Sembuh Walau Di Ruqyah?

  1. Assalamualaikum ustaz, saya sering merasa pening2,resah bedebar debar,cepat marah dan ketakutan yg tanpa sebab,saya sudah membuat pemeriksaan kesihatan semuanya ok sahaja. Adakah itu tanda2 saya diganggi oleh jin?apakan saranan ustaz?

    1. Waalaikumussalam Zamri,

      Dari gejala yang anda ceritakan itu, menunjukkan gejala-gejala orang yang ada gangguan. Tambahan pula, pemeriksaan kesihatan mengesahkan yang anda berada dalam keadaan sihat.

      Saranan saya, langkah awal ialah cuba dengar becaan ayat-ayat ruqyah melalui mp3, cd ataupun melalui internet seperti di Youtube. Sekiranya anda mengalami tindakbalas seperti mengantuk, berpeluh-peluh, sendawa dan sebagainya, itu merupakan petanda jelas yang anda memang mengalami gangguan jin.

      Silalah dapatkan bantuan dari perawat Islam yang berhampiran dengan tempat anda.

  2. Anak saya sekarang dah 38 hari di ICU…semua ujian MRI,CT Scan,EEG..tak nampak yg signifikan…Ramai Ustaz saya dah minta bantuan..namun sawannya tak berhenti dan makin kerap sehari dua ini…apa saranan ustaz…katanya gangguan dah ke saraf

    1. Assalamualaikum tuan, adakah anak tuan boleh diberikan air padanya. Sekiranya boleh, berilah dia air yang telah dijampi dengan ayat-ayat ruqyah. Selain itu, pasang juga bacaan ruqyah untuk dia dengar.

  3. assalamualaikum ustaz abdullah idris..sy nak oder minyak kasturi tu xboleh la..page cakap inactive..dah sold out ke ustaz?maaf menggangu..

    1. Waalaikumussalam,

      Boleh bagi no whatsapp untuk saya hantarkan butiran tempahan. Nombor whatsapp saya 013-4479610.

  4. Biasa juga saya dengar kes-kes gangguan berulang atau tak sembuh-sembuh ni. Mungkin sebagai golongan yang diuji, kita kena lebih banyak menilai cara kehidupan kita kembali

    1. Tuan Sabree,

      Saya tak nafikan,ada sesetengah kes-kes gangguan ni Allah nak bagi teguran. Ada yang sedar dengan teguran tu dan ada yang tak.

  5. Assalamualaikum ustaz. Bagaimana hendak berubat. Cepat hilang kawan. Tak lekat perkerja.

    1. Waalaikumussalam encik Ismayus,

      Masalah yang encik ceritakan di atas boleh juga berlaku disebabkan sihir, dan boleh juga bukan. Untuk memastikannya, perlulah encik discan terlebih dahulu dengan ayat-ayat ruqyah. Perhatian, pastikan encik tak gunakan kaedah rawatan jarak jauh.

      Ataupun, saya juga mencadangkan encik untuk mencuba kaedah terapi dengan wangian kasturi. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah:
      http://facebook.com/KasturiTerapiRuqyah

  6. Saya alami ganguan ni sudah 7 tahun..saya dijauhkan dari anak2 dan isteri saya..org tua yg kenakan saya menggunakan khadam jin dan syaitan..tahun depan 21/1/2016,isteri saya nk tuntut cerai di makamah Syariah Singapura..saya tidak putus asa,saya tetap tk putus doa agar isteri saya sedar..smua kluarga saya tk percaya yg saya di ganggu dgn sihir org tua tu..saya diuji,tetap saya sabar..krn janji Allah pd saya adalah benar..

    1. Assalamualaikum encik Hairul,

      Siapa orang tua yang encik maksudkan?

    2. assalamualaikum buat pengetahuan sahabat jgn sesakali menyebut atau meberi tahu nama penyihir kerana itulah tujuan syaitan menghancurkn dan memecah belahkan manusia.. abaikan sahaja, jika bukan dgn izin Allah s.w.t kita tidak terkena sihir anggap sahajalah kifaraf.. dan sambil itu kita mencari jalan penyelesaian utk mengelak atau menghindarkn sihir.. sekarangpun hubungan sy dgn bakal isteri sudah goyah dan yang pertama telah bercerai

      1. Saya setuju dengan Muhammad Zaid.Saya juga pernah ketika merawat pesakit,jin yang berada dalam badan pesakit tersebut nama sifulan kononnya yang menyihir.Jika kita percaya,termasuklah kita dalam tipu daya syaitan.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!