Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Peruqyah Syar’iyyah?

ruqyah

Dikemaskini pada 21/10/2015 oleh Ustaz Abdullah

Beberapa kali saya menerima pertanyaan dari pesakit-pesakit saya yang bertanyakan di mana boleh dapatkan rawatan Islam yang benar-benar bertepatan dengan kaedah Islam.

Selain itu, saya juga sering mendengar ada beberapa orang pesakit saya yang tertipu dengan perawat-perawat yang mengaku kononnya menyediakan kaedah ruqyah menurut Islam, tetapi hakikatnya tidak.

Apabila saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan begini, saya sedar bahawa ini adalah satu masalah yang harus diselesaikan bersama, iaitu bagaimana untuk memudahkan masyarakat untuk menemui perawat-perawat Ruqyah Syar’iyyah dan sekaligus mendapatkan rawatan yang berlandaskan syarak.

Saya tak nafikan yang di Malaysia memang banyak sebenarnya pusat-pusat rawatan Islam, namun tidak dapat dinafikan juga kaedah rawatan yang mengandungi unsur-unsur syirik juga tidak kurang jumlahnya.

Tambahan pula, kebanyakan pengamal perubatan alternatif menggunakan istilah ruqyah dalam kaedah pengubatannya. Mereka ‘claim’ yang mereka mengamalkan kaedah pengubatan ruqyah syar’iyyah, yang berlandaskan syarak dan jauh dari kesyirikkan.

Keadaan ini menjadikan kaedah pengubatan ruqyah syar’iyyah yang sebenar sukar untuk dikenali.

Dalam masalah begini, apa yang saya perhatikan, ada 3 perkara berkaitan, iaitu:

  1. Boleh dikatakan hampir semua pesakit yang alami gangguan jin tidak ada keyakinan pada diri sendiri untuk melakukan terapi mandiri.
  2. Pesakit gangguan jin masih tidak mengenali dengan jelas bagaimana cara sebenarnya bentuk amalan atau kaedah ruqyah syar’iyyah.
  3. Sukar untuk menemui tempat mahupun perawat yang benar-benar mengamalkan kaedah ruqyah syar’iyyah yang benar-benar mengikut syarak.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda panduan bagaimana caranya untuk anda kenali dengan mudah perawat-perawat yang benar-benar mengamalkan kaedah rawatan yang berlandaskan tuntutan syarak (ruqyah syar’iyyah).

1) Peruqyah syar’iyyah tidak mengetahui persoalan ghaib. Ini perkara pokok paling utama kerana perkara ghaib berkaitan dengan persoalan aqidah. Perawat ruqyah syar’iyyah tidak dapat melihat, merasakan, mengenali gangguan dan kewujudan jin secara ‘fizik’. 

JADI BAGAIMANA MEREKA MENGETAHUI WUJUDNYA GANGGUAN JIN?

Jawapannya ialah mereka hanya mendiagnosis samada gangguan wujud atau tidak hanyalah melalui tanda-tanda dan gejala yang ada pada diri pesakit.

Yang dilakukan oleh perawat ialah mereka hanya menghafal setiap gejala dan reaksi pesakit ketika pesakit diruqyah. Itu sahaja. Perawat tidak dapat memberikan sebarang keputusan tanpa data-data ini, iaitu gejala dan reaksi.

Sebab itulah, saya pun secara peribadi, tidak akan memberikan sebarang keputusan sebelum merawat pesakit. Dan atas alasan ini jugalah saya tidak mengamalkan rawatan jarak jauh menggunakan gambar, nama, tarikh lahir dan sebagainya.

Kembali kepada perkara pokok yang saya sebutkan di atas. Perawat Islam yang sebenar tidak mengetahui langsung persoalan ghaib. Kerana alam jin termasuk dalam persoalan ghaib.

Sebab itulah juga, peruqyah syar’iyyah biasanya akan bertanya beberapa persoalan terlebih dahulu kepada pesakit sebelum sesi rawatan dimulakan. Kerana dari persoalan-persoalan ini akan memudahkan perawat untuk fokus di bahagian-bahagian manakah yang harus dimulakan rawatan.

Selain perkara di atas, peruqyah syar’iyyah juga tidak memberikan keputusan hasil dari rawatan dengan keyakinan 100%. Keputusan ini berkaitan dengan jenis gangguan jin, contohnya adakah gangguan tersebut jenis saka, atau sihir, atau santau dan sebagainya. 

Semua keputusan yang diberikan oleh perawat adalah berdasarkan kemungkinan semata-mata di mana kemungkinan-kemungkinan tersebut berdasarkan kes-kes pesakit yang lepas.

Peruqyah syar’iyyah juga tidak memberikan secara terperinci tentang apakah gangguan yang dialami pesakit, contohnya berapa jumlah jin yang ada dalam badan, jantina jin, dari mana asalnya jin tersebut, dan sebagainya. Semua ini mereka tidak dapat memberikan secara terperinci.

Kenapa? Jawapannya mudah. Kerana alam jin adalah perkara yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang mana hanya Allah s.w.t sahajalah Yang Maha Mengetahui segalanya.

2) Setelah kita mengetahui bagaimana cara peruqyah syar’iyyah mendiagnosis pesakit yang mengalami gangguan jin, sekarang saya akan kongsikan pula bagaimana memastikan cara meruqyahnya.

Cara meruqyah yang diamalkan oleh perawat-perawat Islam hanyalah sekadar membaca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang sahih dari Nabi s.a.w sahaja, yang mana disebut sebagai ayat-ayat ruqyah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Mungkin akan timbul persoalan.

Apa pula fungsi diagnosis? Tujuan diagnosis adalah untuk mengenalpasti di mana sumber atau tempat gangguan berlaku. Apabila ditemukan tempat wujudnya gangguan, proses seterusnya ialah dengan membaca al-Quran sebagai ikhtiar mengeluarkan gangguan tersebut.

Jika ada rawatan tambahan sekalipun, ianya mestilah tidak menyimpang dari kehendak al-Quran dan sunnah itu sendiri. Contohnya ketika dirawat, ditambah dengan usapan atau pukulan yang tidak kuat, mandi dengan air yang diruqyah atau digabungkan dengan penggunaan herba atau bahan semulajadi seperti limau atau daun bidara.

Kemudian, di dalam proses terapi pesakit, semua yang dilakukan oleh peruqyah syar’iyyah haruslah jelas kepada pesakit yang dirawat. Contohnya, ayat-ayat ruqyah yang dibaca haruslah jelas bacaannya dan dapat didengari oleh pesakit. 

Kalau peruqyah memberikan ayat-ayat untuk diamalkan, terangkan bagaimana dan mengapa disarankan begitu. Kesimpulan dalam point kedua ini ialah, apa sahaja yang dilakukan dan disarankan oleh peruqyah, haruslah pesakit jelas tentang amalan tersebut. Pesakit juga ada hak untuk bertanya sekiranya ada apa-apa yang tidak difahami selama proses rawatan berjalan. 

Dengan perkongsian dua point penting di atas, saya berharap selepas ini anda yang mengalami gangguan makhluk halus dapat mencari peruqyah syar’iyyah dengan yakin dan mudah, inshaa Allah.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Peruqyah Syar’iyyah?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!