Bagaimana Mendapatkan Cinta Allah & Jauhkan Gangguan Jin?


Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian,

Apa khabar? Saya doakan anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dikekalkan nikmat kesihatan itu. Terima kasih sebab masih lagi setia membaca artikel perkongsian saya di blog ini.

Pesakit saya selalu bertanya kepada saya:

“Ustaz, macam mana nak jauhkan gangguan jin ni dari saya ye?”

Soalan paling popular ditanya. Saya faham, benda ni fitrah. Bila dah sakit, tentulah kita nak kan kesembuhan, betul tak? Kalau saya sendiri pun, akan bertanyakan soalan yang sama.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 12 langkah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan cinta Allah

Yakinlah, apabila kita mendapat cinta Allah dan hampir dengan Allah, jin dan syaitan akan menjauhkan diri dari kita. 

LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN CINTA ALLAH

  1. Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan juga alasan.
  2. Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali mendekatinya apatahlagi melakukannya. Simpanlah rasa tidak sedap hati apabila anda melakukan sesuatu yang dimurkai Allah. Bila ada perasaan begini, anda tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup anda dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu. Tidak kiralah ketika anda melakukan ibadah atau saat anda memerlukan pertolongan.
  4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  5. Redha atas segala ketentuan Qada’ dan Qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  6. Kerahkan semua anggota badan untuk mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
  7. Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. AbuHurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim no. 7606). Apakah bekalan yang biasanya yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar samada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
  8. Renew. Maksudnya sentiasalah perbaharui rasa cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana semua tempat istirehat hanyalah di Akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
  9. Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
  10. Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
  11. Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cinta-Nya. Oleh sebab itu, pintalah kepada Allah cinta-Nya, dan laksanakan amalan yang disukai-Nya.
  12. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa sahaja yang dibenci-Nya.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Ada pertanyaan?