Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?

baraimana cara untuk kenali barang sihir
Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Dikemaskini pada 15/06/2021 oleh Ustaz Abdullah

Tentu anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mengenali barang sihir? Tapi sebelum itu, penting sangatkah untuk cari barang sihir kalau nak rawat sihir?

Saya tidak menafikan bahawa mencari dan memusnahkan barang sihir adalah sangat berkesan sekiranya anda mahu merawat sihir.

Mengapa?

Kerana kaedah tersebut adalah kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mematikan sihir yang telah dihantar kepada Baginda.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda semua perkara yang berkaitan dengan barang sihir,

Dan…

Saya juga akan kongsikan bagaimanakah cara yang boleh diikhtiarkan untuk mencari barang sihir tersebut. Semoga apa yang saya kongsikan di dalam artikel ini memberikan manfaat kepada anda.

Topik yang akan saya kongsikan di dalam artikel ini:

Apakah Barang Sihir?

Bila disebut barang sihir, pasti anda sudah sedia maklum bahawa barang sihir adalah barang yang digunakan dengan tujuan untuk menyihir seseorang.

Oleh kerana itu biasanya barang sihir yang digunakan adalah barang peribadi kepunyaan mangsa.

Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang mengisahkan tentang bagaimana cara Baginda disihir.

Di dalam hadis tersebut menjelaskan bahawa barang sihir yang digunakan untuk menyihir Rasulullah SAW ialah sikat dan juga helaian rambut Nabi yang melekat pada sikat.

Contoh barang sihir yang biasa digunakan ialah:

  • rambut.
  • kuku.
  • gambar.
  • baju dalam.
  • darah.

Oleh kerana barang sihir adalah satu elemen penting untuk melakukan sihir, maka nasihat saya berhati-hatilah dengan barang peribadi yang saya sebutkan seperti contoh di atas.

Anda tak tahu siapa yang mempunyai perasaan dengki, dendam, iri hati dan sebagainya kepada anda.

Oleh itu…

Selalulah berdoa kepada Allah agar Dia sentiasa melindungi anda dari kejahatan tukang sihir dan juga manusia-manusia yang mempunyai perasaan dengki.

Baiklah…

Persoalan seterusnya ialah:

Mengapa barang sihir sangat penting untuk melakukan sihir ke atas seseorang?

Teruskan membaca kerana saya jelaskan dalam topik yang seterusnya.

Mengapa Perlunya Barang Sihir?

Adakah semua sihir memerlukan kepada barang sihir?

Jawapannya adalah tidak. Sihir yang bagaimana pula yang tidak memerlukan kepada barang sihir?

Jawapannya ialah:

  • apabila tukang sihir dan juga orang yang hendak disihir berada secara berhadapan.
  • sihir yang dilakukan adalah sihir dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.

Contohnya?

Ok, contohnya adalah di dalam peristiwa di mana ketika Nabi Musa AS berlawan sihir dengan tukang sihir Firaun.

Anda boleh baca kisahnya di dalam Surah Al-‘Araf ayat ayat 115-122.

Ayat tersebut bermaksud:

Mereka berkata: Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)? Nabi Musa menjawab: Campakkanlah kamu (dahulu)! Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya). Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

Kalau anda perhatikan dalam ayat di atas, tukang sihir firaun dan orang yang telah disihir mereka (orang ramai yang menyaksikan pertandingan tersebut) berada secara berdepan.

Dan…

Tempoh tukang sihir Firaun menyihir mereka juga adalah dalam tempoh waktu yang tidak lama, hanyalah dalam waktu pertandingan itu sahaja.

Sehingga perbuatan sihir itu telah memukau pandangan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat ialah ular, walaupun hakikat sebenarnya ialah tongkat dan juga tali.

Dalam tempoh yang singkat itu, mereka semua telah disihir dengan sihir pandangan.

Jadi kalau dalam keadaan begini, tukang sihir tidak berhajat kepada barang sihir.

Jadi sihir yang bagaimana perlukan kepada barang sihir?

Tukang sihir perlukan barang sihir apabila sihir ang hendak dilakukan dalam situasi di bawah:

  • apabila tukang sihir hendak mengawal dan menzalimi mangsa sihir dari jarak jauh.
  • sihir yang hendak dilakukan itu akan dilakukan dalam tempoh yang lama.

Kenapa situasi di atas memerlukan kepada barang sihir?

Kerana…

Pada barang sihir dan juga jin sihir akan diikat dengan buhul. Buhul ialah tali ghaib.

Bagaimana tukang sihir boleh adakan tali ghaib ini?

Ialah dari mentera sihir.

Setelah tukang sihir mengikat buhul pada barang sihir dan juga jin sihir, maka jin sihir akan masuk ke dalam badan orang yang hendak disihir.

Kemudian jin sihir akan berada dibahagian tertentu di dalam tubuh mangsa sihir mengikut kepada kehendak tukang sihir.

Dan…

Barang sihir pula akan digunakan oleh tukang sihir sebagai alat kawalan jauh untuk menyakiti mangsa.

Sebab itulah mencari dan memusnahkan barang sihir adalah kaedah terbaik untuk mematikan sihir di dalam badan seseorang.

Kerana apabila barang sihir dapat dimusnahkan, secara tidak langsung buhul (tali ghaib) juga dapat dimusnahkan.

Kesannya…

Tukang sihir tak dapatlah nak menyakiti anda dari jarak jauh.

Jadi anda dah faham sekarangkan?

Dalam topik seterusnya, saya akan kongsikan beberapa cara yang digunakan tukang sihir dengan barang sihir untuk menyakiti anda. Teruskan membaca.

Cara Barang Sihir Digunakan

Dalam topik sebelum ini saya dah jelaskan kepada anda tentang:

  • sihir yang menggunakan barang sihir dan juga sihir yang tidak memerlukan barang sihir.
  • mengapa perlunya barang sihir kepada tukang sihir.

Saya harap anda jelas.

Dalam topik ini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa cara tukang sihir menggunakan barang sihir.

Cara tukang sihir menggunakan barang sihir ialah bergantung kepada bagaimana mangsa hendak disihir.

Saya berikan beberapa contoh:

  1. Cara Diikat

Cara ini digunakan untuk:

  • mengikat anggota badan tertentu mereka yang disihir. Contohnya, tukang sihir hendak mengikat kemaluan seorang suami supaya tidak dapat bersama dengan isterinya. Dalam kes ini, jin sihir akan duduk dikemaluan suami. Biasanya ini kita panggil sebagai sihir pemisah.

2. Cara Dihayun

Cara ini dilakukan dengan cara tukang sihir akan membalut barang sihir tadi dengan kain, diikat dan digantung ditempat yang menjadi laluan angin.

  • cara ini dilakukan bertujuan untuk menjadikan mangsa sentiasa dalam keadaan tidak bermaya, letih dan rasa terhuyung-hayang.

3. Pasung

Pada pandangan saya, cara inilah paling bahaya sekali.

Sebab biasanya cara ini dilakukan apabila tukang sihir berniat untuk menyeksa mangsa sehingga mati. Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan tukang sihir.

Cara ini dilakukan dengan cara:

  • mencampurkan barang sihir dengan tanah (biasanya tanah kubur) dan dibentuk menjadi patung. Dengan patung itulah tukang sihir akan menyeksa mangsa mengikut kemahuan nafsunya. Allahuakbar. Saya yang menulis ini pun takut apabila membayangkan kesakitannya.

Sebenarnya pelbagai cara yang tukang sihir boleh lakukan dengan barang sihir tersebut. Tetapi secara umumnya, itulah tiga cara yang dapat saya kongsikan dengan anda.

Topik ang seterusnya adalah topik yang penting.

Kerana…

Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk mencari barang sihir. Teruskan membaca ye.

Bagaimana Mencari Barang Sihir?

InshaaAllah saya tidak akan menulis dengan panjang lebar dalam topik ini.

Sebelum saya kongsikan dengan anda bagaimanakah cara untuk mencari barang sihir, ada dua perkara penting yang saya nak anda faham terlebih dahulu.

Yang pertama…

Usaha mencari barang sihir bukanlah usaha yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan munajat yang tinggi kepada Allah.

Sebab itulah saya selalu menasihati pesakit sihir yang saya rawat banyak kali.

Apabila telah terbukti disihir, jangan pandang ringan terhadap amalan ruqyah mandiri. Kerana matlamat amalan ruqyah mandiri adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.suatu Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?

Yang kedua…

Apabila saya mengatakan bahawa mencari barang sihir bukanlah mudah, antara sebabnya ialah:

  • bukan semua barang sihir ditanam, dan ada sesetengahnya berada dalam genggaman tukang sihir. Kalau dalam kes ini, hampir mustahil untuk anda dapat balik barang sihir tersebut.
  • jika anda jumpa barang sihir, tidak semestinya itu adalah barang sihir yang digunakan. Bagaimana nak tahu barang sihir yang sebenar saya akan kupas dalam topik yang seterusnya inshaaAllah.

Kesimpulannya ialah mencari barang sihir bukan mudah.

Baik, saya akan kongsikan cara mudah untuk mencari barang sihir.

Caranya ialah:

  • Bawa pesakit sihir berjalan dikawasan yang dirasakan disembunyikan atau ditanam barang sihir. Contohnya disekeliling rumah.
  • Suruh pesakit membaca Al-Muawwizatain secara berulang-ulangkali (sambil berjalan).
  • Sekiranya pesakit tiba-tiba rasa sakit, rasa panas, atau menggigil apabila sampai dikawasan tertentu, maka anda cubalah cari dikawasan itu. Mungkin disitulah barang sihi tersebut ditanam.

Jika masih belum dijumpai juga, ulangi cara yang sama dan lakukan ditempat lain pula sehinggalah barang sihir tersebut dijumpai.

Kalau barang sihir dapat dijumpai, bagaimana cara memusnahkannya?

Saya jelaskan dalam topik seterusnya.

Bagaimana Cara Memusnahkan Barang Sihir?

Ada yang saya dengar, nak musnahkan barang sihir adalah dengan bakar barang tersebut.

Betulkah?

Disebabkan Nabi ada tunjukkan caranya, maka adalah lebih utama untuk kita ikut cara Nabi.

Hadis di bawah menjelaskan.

“Aku (yakni ‘Aisyah) bertanya; “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahajan benda itu?”. Baginda menjawab; “Jangan! Allah telah menyembuhkan aku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu Baginda menyuruh agar ditimbus barang-barang sihir dalam telaga itu.

Hadis di atas panjang. Saya hanya menulis potongan hadis yang menceritakan tentang Nabi menanam barang sihir sahaja. Anda boleh membaca hadis panjang tersebut di sini.

Jadi, berdasarkan hadis di atas cara memusnahkan barang sihir yang dilakukan oleh Nabi ialah dengan menanam barang sihir tersebut.

Jadi, cara yang boleh anda lakukan ialah:

  1. Keluarkan barang sihir yang dijumpai.
  2. Leraikan barang-barang tersebut.
  3. Kemudian anda letakkan barang sihir tadi di dalam lubang yang lain.
  4. Kemudian anda siramkan barang sihir tadi dengan campuran air, lada hitam dan juga garam kasar yang telah diruqyah.
  5. Akhir sekali anda kambus lubang yang diletakkan barang sihir tersebut sambil membaca ayat kursi. Tujuannya agar Allah menghalang barang sihir tersebut daripada diambil semula, inshaaAllah.

Alhamdulillah.

Anda telah membaca sehingga ke perenggan ini. Anda berada pada topik terakhir.

Dalam topik terakhir ini, saya jelaskan bagaimana cara nak pastikan barang sihir yang dijumpai, memang barang sihir yang digunakan untuk menyihir anda.

Tak susah pun sebenarnya.

Nak tahu?

Mari kita ke topik terakhir.

Bagaimana Nak Tahu Barang Sihir Yang Betul?

Alhamdulillah, anda telah pun membaca semua topik di dalam artikel ini.

Mungkin anda tak sabar nak usaha mencari barang sihir.

Tapi…

Kalau anda dapat menjumpai barang sihir tersebut, macam mana pula anda nak yakin, itu memang barang sihir yang digunakan untuk menyihir anda.

Pernah tak anda terfikir soalan ini?

Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa tak susah sebenarnya.

Caranya ialah…

Jika benarlah barang yang dijumpai itu adalah barang sihir, maka kesan sihir yang berlaku ke atas diri anda akan hilang dengan izin Allah.

Faham tak?

Ok, saya bagi contoh.

Katakanlah anda telah disihir dengan sihir pemisah. Kesan yang anda alami akibat sihir itu ialah, apabila hendak bersama dengan pasangan anda, tiba-tiba kemaluan anda tidak dapat berfungsi dengan normal.

Jadi, jika benar barang yang dijumpai itu adalah barang sihir, apabila anda telah memusnahkan barang tersebut, inshaaAllah kemaluan anda akan berfungsi dengan normal semula.

Tetapi…

Jika sebaliknya, itu bermaksud barang yang anda jumpai dan musnahkan itu, bukanlah barang sihir yang sebenarnya.

Bagaimana Dengan Anda?

Alhamdulillah, banyak topik yang telah saya kongsikan dengan anda.

Jadi…

Saya nak baca pandangan anda pula.

Dalam semua topik di atas, yang mana satu anda rasa paling membantu?

Boleh kongsikan pandangan anda diruangan komen di bawah ye. Saya nak baca.

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!