Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

7 Cara Melepaskan Ikatan Syaitan

syaitan

Dikemaskini pada 23/05/2017 oleh Ustaz Abdullah

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menegaskan perkara tersebut.

Iblis, sejak dia telah dilaknat oleh Allah akibat kesombongan dirinya sendiri, maka sejak itu dia terus berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk menyesatkan, memesongkan atau paling kurang, menjauhkan manusia itu dari Tuhannya, yakni Allah SWT.

Diantara strategi syaitan untuk menjayakan agendanya ialah ketika manusia itu sedang tidur. Apabila manusia tidur, syaitan akan datang dan mengikat manusia dengan ikatan. Bukan satu, tetapi tiga ikatan.

Sekiranya tidak dibuka ikatan ini, maka ianya akan memberikan kesan buruk pada jiwa dan semangat anda. Khususnya semangat untuk beribadah.

Bila manusia dah malas untuk beribadahlah, maka manusia itu akan jauh dari Allah. Bila dah jauh, maka semakin mudahlah tugas syaitan untuk mengheret manusia ke dalam neraka bersamanya.

Bagaimana cara untuk melepaskan ikatan tersebut? InshaaAllah saya akan kongsikan dalam artikel kali ini.

1) Berwuduk sebelum tidur. Ianya telah disebut di dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Barra’ bin ‘Azaib:

“Apabila kamu datang ke tempat pembaringan maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk sembahyang” (Hadis riwayat Bukhari 247 dan Muslim 2710)

2) Solat witir sebelum tidur. Sebagaimana ada hadis dari Abu Hurairah tentang wasiat Nabi SAW kepadanya. Abu Hurairah berkata:

“Kekasihku iaitu Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku dengan tiga wasiat: 1) Berpuasa tiga hari setiap bulan. 2) Mengerjakan dua rakaat solat sunat dhuha. 3) Mengerjakan solat witir sebelum tidur” (Hadis riwayat Bukhari 1981)

3) Himpunkan kedua-dua tapak tangan anda dan kemudian bacakan pada keduanya Al-Mu’awwizat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas).

Lalu hembuskanlah kepada kedua tapak tangan anda dan sapukan ke seluruh tubuh anda. Bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki.

Amalan ini ada ditegaskan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah di dalam Sahih Bukhari:

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 5017)

4) Bacalah dua ayat yang terakhir dari Surah Al-Baqarah. Ianya telah dijelaskan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari hadis Abu Mas’ud al-Ansari, dia memberitahu sebagai berikut; telah bersabda Rasulullah SAW:

Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (HR. Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 808)

5) Baca ayat kursi dengan penuh penghayatan dan pemahaman yang baik maka amalan ini akan dapat memelihara diri anda daripada gangguan syaitan hingga ke pagi, sebagaimana telah ditegaskan oleh hadis Abu Hurairah riwayat Bukhari, Hadis Abu Ayyub dalam riwayat Tirmidzi dan hadis Ubay bin Kaab riwayat Ibnu Hibban.

Di sini saya bawakan hadis dari Abu Hurairah RA beliau berkata:

“Rasulullah SAW menugaskan aku menjaga harta zakat Ramadhan kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun aku merebutnya kembali, lalu aku katakan, “Aku pasti akan mengadukan kamu kepada Rasulullah SAW“. Lalu Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan suatu hadits berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi berkata, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi“. Maka Nabi SAW bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan“. (HR. Bukhari no. 3275)

6) Bertasbih sebanyak tiga puluh kali, bertahmid tiga puluh tiga kali dan bertakbir tiga puluh tiga kali. Amalan ini ada ditegaskan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari hadis Saidina Ali RA.

7) Tidur dalam keadaan berbaring ke sebelah kanan. Caranya ialah anda letakkan tapak tangan anda ke pipi sebelah kanan dan tidurlah mengadap ke sebelah kanan. Sebab cara tidur begini adalah cara tidur yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Semoga dengan tujuh amalan yang saya kongsikan dalam artikel ini dapat sama-sama kita amalkan. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan ibadah kepada-Nya dan menyelamatkan kita dari gangguan syaitan.

Sumber rujukan:

  1. Cara Melepaskan Diri Dari Tiga Ikatan Syaitan
  2. Keutamaan Membaca Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Waktu Malam
  3. Bila Solat Witir Dianjurkan Sebelum Tidur
  4. Adab Islami Sebelum Tidur
Follow saya di sosial media:
7 Cara Melepaskan Ikatan Syaitan
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!