Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Adakah Rawatan Dengan Limau Purut Bukan Termasuk Dalam Ruqyah Syar’iyyah?

Dikemaskini pada 13/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Saya pernah diajukan dengan persoalan seperti di bawah:

“Ustaz, boleh ke guna limau purut atau buat mandi bunga ni? Ada ke dalil yang kata boleh guna bahan-bahan tersebut?”

Jadi, pada pandangan saya, bila ada seorang yang bertanyakan soalan di atas, mesti ada orang lain juga yang nak tau tentang persoalan di atas.

Betul tak?

Jadi, saya pun ambil inisiatif untuk tulis artikel ini dengan tujuan untuk memberikan pencerahan tentang perkara tersebut.

Yang pertama sekali, sebelum nak terangkan dengan lebih mendalam, perkara utama yang perlu anda faham sekali ialah apakah yang dikatakan dengan kaedah ruqyah syar’iyyah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ruqyah Syar’iyyah?

Saya terangkan secara ringkas supaya anda senang nak faham.

Ruqyah syar’iyyah adalah kaedah menjampi yang dibenarkan oleh syarak. Atau dalam erti kata lain kaedah yang tidak bertentang dengan syarak.

Jangan salah faham ye. Ada orang salah faham tentang perkara ni. Bila dikatakan ruqyah syar’iyyah, mesti kena ada dalil.

Nak guna limau purut untuk rawat gangguan jin nak kena ada hadis, buat mandian bidara minta hadis. Habis semua minta hadis.

Kalau tidak ada dalil maka itu tidak dikatakan ruqyah syar’iyyah. Ini kefahaman yang salah.

Sebenarnya ada satu usul fiqh yang menyebut:

Maksudnya: “Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan pengharamannya (perkara tersebut)”

Walaupun kaedah usul fiqh di atas tidaklah terpakai dalam semua keadaan, tetapi di dalam pengamalan mandi limau purut ataupun mandi dengan daun bidara sebagai ikhtiar rawatan mereka yang diganggu jin atau sihir, maka ianya boleh digunapakai.

Maksudnya perbuatan pesakit mandi limau, mandi bunga, mandi daun bidara dan sebagainya, adalah dibolehkan kerana hukum asalnya adalah harus.

Walaupun tiada dalil daripada hadis.

Melainkan terdapatnya dalil yang menunjukkan haramnya perbuatan mandi tersebut, barulah hukumnya berubah menjadi haram.

Amalan Mandi Limau

Dari mana asalnya amalan mandi limau kepada pesakit yang mengalami gangguan jin atau sihir ni?

Sebenarnya kaedah ni didapati daripada pengalaman perawat-perawat samada yang terdahulu mahupun yang sekarang.

Ini kerana apabila pesakit yang mengalami gangguan jin dimandikan dengan limau yang telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran, ternyata dengan sebab mandian tersebut, ianya memberikan kesan pemulihan kepada pesakit dengan izin Allah.

Jadi, amalan mandi limau kepada pesakit gangguan jin bukanlah daripada amalan Nabi, tetapi ianya adalah daripada pengalaman perawat.

Jadi, tak salahkah teruskan amalan mandi limau dalam rawatan ruqyah ni? Sebab takde dalil pun.

Apa yang salahnya? Tidak ada yang salah dengan amalan tersebut. Ada dua sebab saya kata tak salah.

  1. Yang pertama sebab bahan yang digunakan adalah bahan yang suci dan semulajadi iaitu limau, daun bidara dan sebagainya.
  2. Yang keduanya bahan-bahan tersebut dijampi pula dengan ayat-ayat Al-Quran dan juga doa-doa yang sahih dari hadis Nabi s.a.w.

Melainkan jika nampak dengan jelas ada unsur-unsur syirik dan khurafat dalam amalan mandi limau tersebut, barulah hukumnya menjadi haram.

Ataupun kalau ada perawat yang bagitahu bahawa mandi limau ni ada diamalkan oleh Nabi, barulah kena minta hadis yang menyebut Nabi amalkan mandi limau.

Tetapi kalau perawat hanya menyatakan bahawa kaedah mandi limau ni adalah pengalaman perawat, maka hukumnya adalah harus.

Berdasarkan kepada kaedah usul fiqh yang saya sebutkan di atas.

Perbezaan Ruqyah Syar’iyyah & Perbomohan

Walaupun ada beberapa perbezaan yang ketara diantara cara rawatan ruqyah syar’iyyah dan juga kaedah perbomohan, tetapi saya nak terangkan satu je dalam artikel ni.

Perbezaan ketara tersebut ialah kaedah perubatan ruqyah syar’iyyah tidak meletakkan sebarang syarat selain tiga yang di bawah sahaja:

  1. Mestilah ruqyah tersebut dibacakan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan juga doa-doa yang dicontohkan oleh nabi s.a.w.
  2. Mestilah dibaca dengan bahasa Arab ataupun yang boleh difahami maknanya. Tidak boleh dibaca dengan lafaz-lafaz yang tak difahami maknanya.
  3. Mestilah meletakkan keyakinan di dalam hati bahawa yang menyembuhkan adalah dengan kehendak Allah semata-mata. Sedangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan juga peruqyah yang membacakan jampi hanyalah sebagai penyebab sahaja.

Tiga syarat ruqyah di atas bukanlah saya yang meletakkan sendiri.

Ianya telah disebut oleh Syeikh Muhammad bin Yusuf al-Jaurani di dalam buku “Al-Ruqyah Al-Syar’iyyah” dihalaman 89-90.

Dan telah banyak disebut oleh ulama-ulama muktabar yang lain.

Oleh itu, mandi dengan menggunakan limau ataupun dengan daun bidara dan sebagainya, bukanlah termasuk di dalam syarat ruqyah syar’iyyah.

Ianya adalah pilihan yang diberikan pada pesakit atas nasihat dari perawat sahaja.

Pesakit boleh memilih samada nak melakukan mandi limau atau tak.

Ianya sangat berbeza dengan kaedah perbomohan. Di mana kaedah perbomohan kadang-kadang dah lah minta sediakan barang yang pelik-pelik, lepas tu permintaan tu adalah syarat.

Kalau tak sediakan barang-barang pelik tu, kononnya susah nak sembuhlah.

Jin taknak keluarlah. Macam-macam alasan yang tak masuk akal.

Jadi, anda nampak bezanya kaedah ruqyah syar’iyyah dengan kaedah perbomohan.

Walaupun mungkin kedua-dua kaedah ni menggunakan limau, tetapi kaedah ruqyah syar’iyyah tidak meletakkan mandi limau sebagai syarat.

Sedangkan kaedah perbomohan meletakkan ianya sebagai syarat.

Kesimpulan

Selepas ini, sekiranya anda pergi mendapatkan rawatan dari mana-mana pusat rawatan, ataupun dengan perawat persendirian, jika mereka nak buat mandi limau, tanyakan pada mereka, adakah mandi limau itu syarat, ataupun pilihan kepada pesakit.

Boleh tak kalau tak mandi?

Jika perawat kata takpe sebab mandi limau tu bukan syarat, maka anda boleh teruskan rawatan. InshaaAllah tu kaedah ruqyah syar’iyyah.

Tapi kalau perawat kata mesti kena mandi sebab syarat dan memberikan alasan-alasan yang tak masuk akal, nasihat saya carilah perawat lain sebagai langkah berhati-hati supaya tak terjerumus dalam perbuatan syirik.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Adakah Rawatan Dengan Limau Purut Bukan Termasuk Dalam Ruqyah Syar’iyyah?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!