Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir

al-quran

Dikemaskini pada 11/10/2015 oleh Ustaz Abdullah

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian,

Apa khabar? Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca artikel-artikel yang saya kongsikan di blog ini.

Sepanjang saya merawat pesakit-pesakit gangguan jin dengan menggunakan al-Quran, saya sering diajukan persoalan seperti di bawah:

“Ustaz, betulke ada orang boleh tahu siapa yang hantar sihir kat kita?”

“Ustaz, saya berubat kat satu tempat ni, keluar paku, kaca dan macam-macam benda dari badan saya. Betulke rawatan macam tu ustaz?”

Itu dua contoh soalan yang saya selalu kena jawab. Tetapi saya taknak jawab secara terus soalan di atas. Saya taknak kata rawatan tu tak betul. Terserah pada kita samada nak percaya apakah rawatan sebegitu benar-benar bertepatan dengan syarak atau tidak.

Tapi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan empat perkara paling asas, bagaimana nak membezakan dintara mukjizat, karamah dan juga sihir.

Selepas dah habis anda baca, saya harap pandangan anda lebih jelas lagi jika soalan-soalan seperti di atas pernah terlintas difikiran anda.

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, tukang sihir, bomoh atau seumpama dengan mereka ini, suka dan selalu mempamerkan kehebatan mereka untuk tatapan umum.

Contohnya:

  • kebal dari bakaran api.
  • kebal dari tikaman senjata tajam.
  • tidur atas paku tajam.
  • makan serpihan kaca
  • dan sebagainya lagi.

Media sekarang, terutamanya television pula selalu memaparkan acara-acara begitu, Sampai ada yang dijadikan rancangan untuk ditayangkan kepada penonton.

Benda macam itu dianggap sebagai budaya dan kesenian sesuatu kaum atau bangsa. Bagi kita orang Islam yang tengok adegan-adegan begitu pula, merasa kagum dengan kehebatan mereka. 

Kita merasa kagum kerana kehebatan mereka sama seperti mukjizat Nabi Ibrahim di mana baginda tak terbakar apabila dilempar ke dalam api.

Kerana kekaguman itu juga kita mungkin terpukau hingga tak dapat membezakan antara mukjizat dan sihir. Oleh kerana mukjizat dan sihir sama, di mana kedua-duanya menyalahi adat, jadi kita kena tahu bagaimana membezakan keduanya.

Perkara penting yang menjadi kaedah untuk membezakan mukjizat dan sihir ialah. 

1) Mukjizat itu datangnya dari Allah sebagai membenarkan dakwah Rasul dan menunjukkan kemuliaannya. Sedangkan sihir itu adalah datangnya dari amalan-amalan syaitan.Ini kerana tukang-tukang sihir dan bomoh tidak akan dapat menzahirkan kehebatan-kehebatan yang mengkagumkan melainkan selepas mereka melakukan persembahan tertentu kepada jin, contohnya:

  • menyembelih untuk jin.
  • memberi makan atau menjamu.
  • dan sebagainya (kebiasaannya amalan-amalan yang berbentuk dosa dan kesyirikan).

Sebab itulah di dalam al-Quran Allah menyatakan dengan jelas bahawa tukang sihir atau bomoh ini melakukan kekufuran kepada Allah.

Allah berfirman di dalam al-Quran, yang bermaksud:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut…”(hingga akhir ayat) – Surah al-Baqarah, ayat 102.

2) Perbezaan kedua diantara mukjizat dan sihir ialah mukjizat mengandungi tentangan yang bersifat umum kepada golongan yang menentang Rasul tersebut.

Maksudnya, sesiapa sahaja yang merasakan dia mampu untuk melawan mukjizat yang ditunjukkan oleh Rasul tersebut, mereka dialu-alukan untuk melakukannya. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Isra, ayat 88, yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri” 

Berbeza dengan sihir, tukang sihir tidak akan berani untuk membuka tentangan secara terbuka. Ini kerana mereka sedar, akan ada orang lain mempunyai sihir yang lebih kuat yang mampu untuk kalahkan mereka. Tambah pula kalau yang menentang mereka itu menggunakan ayat suci al-Quran dan juga zikir.

3) Mukjizat dikurniakan tanpa perlu melalui proses pembelajaran atau latihan kaedah-kaedah tertentu. Lihat mukjizat Nabi Musa di mana tongkat baginda bertukar menjadi ular dan membelah Laut Merah. Adakah baginda belajar untuk berbuat demikian?

Jawapannya tidak. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t kerana ianya adalah mukjizat. Begitulah juga mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi-Nabi lain.

Berbeza dengan sihir di mana ianya ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Syaratnya, asalkan mereka sanggup untuk menjual agamanya. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102:

“…akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”

4) Sihir boleh dikalahkan, samada dengan sihir yang lebih kuat atau pun dengan bacaan ayat-ayat al-Quran. Tetapi berbeza dengan mukjizat. Ianya tidak akan mampu dikalahkan sama sekali. 

Allah merakamkan peristiwa kekalahan ahli sihir Firaun di zaman Nabi Musa. Kisah tersebut Allah sebut dalam al-Quran, surah al-A’raf, ayat 117 hingga 119.

“Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”

Ok, saya dah kongsikan empat perkara pokok yang boleh kita gunakan untuk membezakan antara mukjizat dan sihir. Jadi, lepas ni kalau anda pergi buat rawatan, tukang rawat tu bagitahu yang bukan-bukan, saya harap anda dah tau nak percaya atau tidak.

KARAMAH PULAK MACAM MANA?

Karamah ni apa? Karamah adalah kejadian-kejadian luar biasa yang dimiliki oleh orang-orang soleh, biasanya dikalangan wali-wali Allah.

Satu persamaan diantara mukjizat dengan karamah ialah kedua-duanya datangnya dari Allah. Cuma ada sedikit perbezaan. Contoh perbezaannya ialah karamah yang dimiliki oleh para wali Allah ini tidaklah diiringi dengan pengakuan kenabian.

Contoh karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh ialah Ashabul Kahfi. Kisah Ashabul Kahfi ada diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran, iaitu surah al-Kahfi, ayat 25. Mereka adalah segolongan pemuda yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka dari pemerintah yang zalim.

Akhirnya mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun. Maksud ayat 25 dari surah al-Kahfi:

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”

Inshaa Allah tentang karamah ini saya akan kongsikan lebih lanjut lagi dalam artikel saya yang akan datang. Bila tu tak tahu lagi 🙂

Doakan saya diberikan kelapangan oleh Allah untuk terus menulis dan berkongsi dengan anda di blog ini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Follow saya di sosial media:
4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!