Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Mengenal Tanda Sihir, Kerasukan Atau Penyakit Ain (Bah. 2)

Dikemaskini pada 19/08/2014 oleh Ustaz Abdullah

tanda sihirBagi anda yang baru sampai ke blog ini, artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini. Saya galakkan anda baca dulu artikel sebelum ini di sini.

Dalam artikel sebelum ini, saya kongsikan tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang terkena sihir, kerasukan atau penyakit ain, sebelum dibacakan ayat-ayat ruqyah padanya. Dan dalam artikel kali ini, saya akan kongsi pula tanda-tanda ketika dibacakan ruqyah.

Tanda-tanda yang akan dialami adalah seperti di bawah:

  • Pengsan atau berpeluh dingin.
  • Sesak nafas.
  • Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat di luar kesedarannya.
  • Memekik dengan suara kuat (meracau).
  • Perut menjadi kembung.
  • Suara mengalami perubahan atau keluar suara aneh yang tidak seperti biasanya.
  • Urat leher tiba-tiba membengkak.
  • Mengantuk yang teramat sangat atau tidur secara tiba-tiba.
  • Tertawa atau menangis tanpa sebab-sebab tertentu.
  • Merasa pening, kepala terasa sakit, hendak muntah atau mengeluarkan objek-objek tidak seperti biasanya samada dari segi bentuk mahupun warnanya.
  • Rasa pening teramat sangat.
  • Merasa berat pada bahagian anggota badan, merasa lenguh, suhu badan panas atau sejuk secara tiba-tiba.
  • Merasa ada sesuatu yang menarik anggota badan.
  • Merasa sakit seluruh tubuh.
  • Anggota tubuh bergerak atau menggeletar di luar kawalan.
  • Banyak mengeluarkan kahak.
  • Penglihatan tiba-tiba menjadi rabun.
  • Bercakap dalam keadaan tidak sedar.
  • Banyak keluar peluh terutamanya di kawasan tulang belakang.
  • Air mata kerap berjatuhan atau hingus mengalir.
  • Kerap menguap atau tidak selesa duduk di suatu tempat.
  • Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di tubuh atau warna kulit menjadi merah.
  • Merasa berat ketika membaca atau tidak ada minat untuk meneruskan bacaan ruqyah syar’iah.
  • Menggigil secara mengejut dan boleh dirasakan hampir di seluruh tubuh.
  • Kerap tidak sedarkan diri atau suara pernafasan terdengar kuat tidak seperti biasa.
  • Wajah berubah menjadi hitam, namun ketika setelah selesai bacaan ruqyah, wajahnya kembali bersinar.
  • Tercium bau yang teramat busuk yang keluar dari dalam perut menerusi mulut.
  • Denyutan jantung yang begitu cepat disertai getaran pada dada yang tidak menentu.
  • Kerap memejamkan mata atau sukar untuk dipejamkan.

Jika anda ada mengalami tanda-tanda di atas, boleh hubungi saya untuk mendapatkan rawatan. Inshaa Allah saya akan cuba membantu.

Follow saya di sosial media:

Bagaimana Mengenal Tanda Sihir, Kerasukan Atau Penyakit Ain (Bah. 2)
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!