Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Boleh Lihat Jin? Apa Jawapan Al-Quran?

al-quran

Dikemaskini pada 27/10/2015 oleh Ustaz Abdullah

Tajuk di atas boleh jadi satu tajuk yang agak pelik dan aneh, kerana mengingatkan banyak sekali dalam kalangan masyarakat kita yang “syubhat”, yakni ragu-ragu dalam masalah ini.

Saya menggunakan istilah “syubhat” kerana ianya adalah satu masalah yang sangat halus, nipis sekali batasnya diantara halal dan haram, benar dan salah, atau syirik dan tidak syirik.

Untuk membahaskan isu ini, saya perlu berhati-hati agar ianya tidak menjadi polemik, permusuhan atau saling berhujah. Bukan ini tujuan saya menulis artikel ini.

Tetapi saya ingin membahas isu ini atas landasan ukhuwah, saling mengingatkan sebagai saudara sesama Islam, dan yang paling penting ialah agar keimanan dan akidah kita selamat dan terpelihara, inshaa Allah.

Oleh kerana itu saya akan membahaskan permasalahan ini berdasarkan pengalaman saya yang memang terlibat setiap hari dengan banyak pesakit dan juga sumber utama umat Islam iaitulah al-Quran. Anda tidak perlu bimbang jika terjadinya perbezaan penafsiran, kerana ayat-ayat yang akan saya sebutkan nanti akan menjelaskan masalah ini dengan mudah.

Maksudnya ayat-ayat al-Quran yang akan saya kongsikan nanti sangat mudah untuk difahami maksudnya dan tidak memerlukan huraian yang lebih terperinci.

Baik, kita mulakan sekarang.

Satu perkara yang saya yakin sudah disepakati oleh seluruh umat Islam di dunia ini ialah al-Quran merupakan sumber yang paling dipercayai kerana ianya adalah Kalamullah dan kesuciannya tetap terpelihara hinggalah Hari Kiamat.

Apabila kita membahaskan persoalan yang berkaitan dengan makhluk halus atau alam ghaib, ianya adalah satu perkara yang sangat susah untuk dibahas kerana tidak ada satu sumber pun yang mudah untuk kita percayai kebenarannya.

Selama ini, masalah ini hanyalah dikuasai oleh “sebahagian orang tertentu” yang dianggap dalam masyarakat sebagai golongan yang mempunyai kelebihan. Ini tak dapat dinafikan. Banyak sekali saya jumpa orang-orang yang dipertahankan kata-katanya tentang perkara ghaib kerana dianggap diberikan kelebihan oleh Allah.

Masyarakat kita pula tidak ada keinginan untuk mencari jawapan bagaimana al-Quran atau Nabi s.a.w berbicara tentang perkara ini. Akhirnya, apabila kita menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan persoalan makhluk halus atau alam ghaib, secara automatik kita akan merujuk kepada orang-orang yang dianggap mempunyai kelebihan ini.

Padahal, ini adalah masalah ghaib, di mana setiap orang boleh jadi salah apabila berbicara tentangnya, tidak ada seorang pun yang boleh diterima secara mutlak. Sehingga pendapat, dan “penglihatannya” belum tentu dapat diyakini kebenarannya.

Oleh kerana itulah, di sini saya menyeru marilah kita mencari penjelasan dari al-Quran tentang masalah-masalah ghaib ini kerana hanya al-Quran sahajalah sumber yang paling layak dan paling benar untuk kita percayai.

Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa potongan ayat yang menjelaskan tentang persoalan ghaib (mohon maaf kerana beberapa ayat saya potong tanpa mengubah erti setiap kata, tujuannya supaya anda terus fokus pada tema perbicangan yang sedang kita bahaskan. Jika anda ingin membaca lebih lengkap, sila rujuk pada al-Quran terjemah).

1) Al-Quran surah al-Baqarah. Ayat ini sudah sangat popular bagi kita. Ayat ini menjelaskan bahawa ciri-ciri orang yang beriman itu ialah percaya kepada perkara ghaib. Ayat ini sudah sangat jelas dan mudah untuk difahami. Tidak perlukan penjelasan yang lebih lagi.“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib” 

2) Al-Quran surah al-An’am: “Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak pula mengatakan kepadamu bahawa aku malaikat. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku…….,”

Point penting: Menurut ayat di atas, Nabi s.a.w sendiri tidak mengetahui perkara ghaib.

3) Al-Quran surah al-An’am: “Dan semua kunci-kunci yang ghaib ada pada-Nya. Tidak ada yang mengetahui selain Dia..”Perkara penting yang terdapat di dalam ayat ini ialah tidak ada sesiapa pun yang mengetahui soal ghaib selain dari Allah s.w.t.

4) Al-Quran surah al-‘Araf: “…sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihatnya..”Ayat ini berbicara ttg iblis dan pengikutnya. Informasi ayat ini sangat jelas bahwa iblis dan pengikutnya (iblis termasuk bangsa jin) dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka.

Jadi timbul persoalan di sini iaitu siapa sebenarnya yang mengetahui perkara ghaib dan dapat melihat bangsa jin? Adakah di situ ciri-ciri yang khusus? Jawapannya ada. Mari kita lihat apa jawapan yang diberikan oleh al-Quran.

5) Al-Quran surah al-Jin, ayat 26 dan 27.

Ayat 26: “Dia mengetahui yang ghaib, tetapi Dia tidak memperlihatkan kepada sesiapa pun tentang yang ghaib itu”

Ayat 27: “Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)”

Jadi apa kesimpulan yang anda dapat dari dua ayat dalam suar al-Jin yang saya kongsikan di atas?

Sangat jelas. Allah tidak memperlihatkan perkara-perkara ghaib kepada sesiapapun kecuali pada Rasul yang dikehendaki-Nya. Jadi, ciri-ciri orang yang dapat melihat perkara ghaib HANYALAH SEORANG RASUL. Misalnya Nabi Sulaiman, Nabi Khidir, dan lainnya.

Persoalan kedua. Bagaimana pula dengan sebahagian orang yang mengaku boleh melihat makhluk halus, boleh meramal atau mempunyai kelebihan melihat perkara-perkara ghaib? Kononnya terbuka hijab.

Pertama sekali saya harap kita semua sepakat terhadap penjelasan ayat-ayat al-Quran bahawa tidak ada manusia yang boleh melihat makhluk halus atau perkara-perkara ghaib, melainkan hanyalah seorang Rasul.

Ertinya, kalaulah seseorang itu normal, maka dia tidak boleh secara sengaja, dengan niat, melihat makhluk halus. Jika manusia biasa dapat melihat makhluk halus, maka ada sesuatu yang perlu diberikan perhatian di dalam dirinya.

Sampai pada kesimpulan ini, saya harap anda sepakat dengan saya. Tidak ada percanggahan.

Kedua, ada beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang itu boleh melihat makhluk halus. Ini adalah hasil dari pengalaman saya dan sahabat-sahabat dalam bidang rawatan Islam selama beberapa tahun aktif meruqyah pesakit. Keadaan itu adalah:

1) Jin / makhluk halus secara sengaja menampakkan diri mereka kepada manusia. Jika ini yang terjadi, maka tidak ada masalah di dalam diri kita. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, jin akan lebih suka menampakkan dirinya pada orang yang sudah ada jin dalam dirinya.

2) Manusia secara sengaja mempelajari cara-cara tertentu agar dapat melihat dan berinteraksi dengan makhluk halus. Mereka ini akan melakukan amalan-amalan tertentu dan dalam waktu-waktu tertentu sehingga dapat melihat makhluk halus dan berinteraksi dengannya.Soalan: Bagaimana dia dapat melihat jin tersebut? Jawapannya ialah ada jin yang telah membantunya. Walaupun kadang-kadang orang yang melakukan amalan tertentu itu tidak menyedari bahawa dirinya dibantu oleh makhluk jin.Persoalan lain yang munkin timbul ialah bagaimana pula kesan manusia yang bekerjasama dengan jin dan bagaimana al-Quran membahas tentang perkara ini? Berkaitan dengan masalah ini, inshaa Allah saya akan tulis dalam artikel seterusnya.

3) Orang yang boleh melihat makhluk halus tersebut dibantu oleh jin untuk boleh berinteraksi dengan jin, tanpa disedari oleh diri orang itu. Bahkan tanpa melakukan sebarang amalan pun. Mereka yang di dalam kategori ini aga berbeza sedikit dengan nombor 1 dan 2 yang saya sebutkan di atas.Bagaimana boleh jadi begini? Dari pengalaman saya di pusat rawatan, kes begini adalah disebabkan oleh ilmu kesaktian dan pusaka yang dimiliki keturunannya. Dalam budaya masyarakat Melayu dikenali sebagai jin saka. Dengan maksud lain, jin yang membantu orang ini adalah jin yang telah membantu keturunannya dulu.

Apa kesimpulannya?

Jika anda termasuk dalam golongan orang yang boleh melihat jin, saya sarankan:

1. Cubalah untuk jujur bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam diri anda. Ingatlah kembali beberapa ayat yang saya kongsikan di atas dan sekali lagi ikhlaslah bahawa kemampuan melihat makhluk halus bukanlah suatu anugerah, bukan kelebihan, dan bukanlah tanda-tanda iman.

Ada yang tak kena dalam diri anda. Dan kenyataan al-Quran adalah benar. Jujur dan kuatkan keyakinan ini. Kebolehan melihat makhluk halus bukanlah kelebihan tetapi adalah gangguan.

2. Lihatlah kembali tanda-tanda gangguan jin dalam diri seseorang.

3. Baca dan amalkanlah terapi ruqyah dengan sabar dan istiqamah.

4. Jika mampu, lakukan terapi mandiri atau sekiranya tidak, datanglah ke mana-mana pusat rawatan Islam yang terdekat.

Saya berharap semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada anda. 

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
Boleh Lihat Jin? Apa Jawapan Al-Quran?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!