Bagaimana Melakukan Ruqyah Mandiri Dengan MP3 Ruqyah?

ayat ruqyah
Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

Dikemaskini pada oleh Ustaz Abdullah

Saya sering mendapat pertanyaan samada dari komen di blog, emel, whatsapp dan sebagainya, di mana mereka meminta saya untuk merawat mereka dari jauh.

Ini kerana tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan dari saya.

Oleh kerana saya tidak melakukan kaedah rawatan jarak jauh, sebagai alternatif, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda kaedah bagaimana anda boleh melakukan terapi ruqyah pada diri sendiri (Ruqyah Mandiri) dengan menggunakan mp3 Ruqyah.

Tahukah anda bahawa kaedah ruqyah mandiri dengan menggunakan mp3 ini kadang-kadang lebih berkesan berbanding jika anda mengikuti program pengubatan ruqyah secara beramai-ramai.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini kerana, ketika ruqyah beramai-ramai dijalankan, peserta/pesakit tidak dapat memberikan fokus pada bacaan yang dibaca oleh peruqyah disebabkan kemungkinan ada ramai pesakit yang akan mengalami pelbagai tindak balas, contohnya seperti muntah, histeria dan sebagainya.

Jadi ruqyah mandiri di rumah dengan menggunakan mp3 ruqyah ini adalah satu alternatif yang berkesan untuk anda praktikkan.

Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk anda melakukan ruqyah dengan mp3 ruqyah.

  1. Ambil wudhu dengan sempurna sepertimana wudhu sebelum anda nak menunaikan solat.
  2. Lakukan solat sunat hajat dua rakaat.
  3. Selesai melakukan solat hajat, baca doa untuk melindungi tempat ruqyah, alat-alat yang akan digunakan ketika proses meruqyah, contohnya laptop, mp3 dan sebagainya. Ini kerana, ada pesakit yang menceritakan kepada saya apabila mereka pasang ayat-ayat ruqyah menggunakan laptop, tiba-tiba laptop jadi hang. Selesai berdoa, bacalah Ayatul Kursi sebanyak 7 kali.
  4. Duduklah dalam keadaan menghadap kiblat sambil membaca doa perlindungan, iaitu Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas dan Ayat Kursi sebanyak 7 kali. Niatkan bacaan tersebut untuk melindungi diri anda dari segala gangguan jin ketika berlakunyanya proses ruqyah mandiri. Apabila anda selesai membaca ayat-ayat perlindungan di atas, sapukan ke seluruh badan, bermula dari kepala hingga ke kaki. Lakukan sebanyak 3 kali.
  5. Kemudian dengarkan bacaan mp3 ruqyah hinggalah selesai bacaan ayat-ayat ruqyah tersebut.
  6. Jika berlakunya tindakbalas seperti sakit dan ngilu dibahagian-bahagian tertentu seperti di lengan, atau tangan anda berasa kesemutan, mual, muntah dan sebagainya, janganlah anda berasa risau. Jika hendak muntah, muntahkan semuanya. Jadi pastikan sebelum memulakan ruqyah mandiri ini, sediakan bekas untuk digunakan sekiranya anda muntah. Dan jika salah satu anggota badan anda berasa ngilu atau panas, maka tekankan tangan anda ditempat tersebut dan niatkan untuk menghancurkan penyakit atau jin yang ada di situ. Kemudian usap dan tarik sambil membaca takbir iaitu, Allahu Akbar. Anda juga boleh menggunakan teknik memukul dibahagian yang terasa ngilu atau panas tadi dengan niat untuk menghancurkan jin yang ada di situ dan juga menghancurkan semua penyakit-penyakit yang ada dibahagian badan yang sakit sambil membaca salah satu Surah-Surah Ruqyah.

Bagaimana Nak Dapatkan Mp3 Ruqyah?

Zaman teknologi sekarang, terutamanya zaman smartphone, untuk dapatkan mp3 ruqyah sangat mudah sebenarnya.

Sekiranya anda mempunyai smartphone (yang biasa-biasa pun dah ok), saya sarankan anda terus sahaja dengar mp3 bacaan ayat ruqyah dengan menggunakan aplikasi di bawah.

  1. Dengar melalui aplikasi youtube di smartphone anda. Buka aplikasi dan buat carian ‘bacaan ayat ruqyah’. Cuma cara ini mungkin akan banyak menggunakan data internet anda.
  2. Download terus aplikasi mp3 ruqyah melalui Google Play atau di App store bagi pengguna iphone. Saya lebih mencadangkan anda guna cara ini sebab anda tidak menggunakan data internet apabila mendengar bacaan ayat-ayat ruqyah melalui aplikasi.

Catatan Penting

  • Pastikan anda mendengar bacaan mp3 ruqyah dengan menggunakan earphone untuk lebih terasa kesannya.
  • Pastikan anda tidak mendengar bacaan mp3 ruqyah ini semasa anda sedang memandu. Sebab ditakuti sekiranya anda memang ada gangguan jin, mungkin akan mendatangkan bahaya kepada diri anda dan pengguna yang lain.
  • Amalkan melakukan terapi ruqyah mandiri di atas sebanyak 2 kali sehari selama 40 hari atau sehingga anda merasakan anda telah sembuh dari masalah gangguan yang dialami selama ini.
  • Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, saya juga menggalakkan kepada anda melakukan mandian air ruqyah bersama dengan produk-produk rawatan Islam, contohnya seperti wangian kasturi ruqyah.
  • Jangan harap anda akan sembuh tanpa anda melakukan taubat dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan dosa-dosa anda yang lalu, terutamanya dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, meninggalkan solat dengan sengaja, melakukan kezaliman, dan tinggalkan juga apa sahaja perbuatan yang boleh menyebabkan dosa-dosa kecil. Mulalah bertaubat, bertaqwa dan bertawakallah kepada Allah.
  • Bagi pesakit wanita, mulakanlah dari sekarang untuk menutup aurat anda dengan sempurna. Amalkan pemakaian tudung yang syar’i, bukan tudung mengikut fesyen semata yang masih memperlihatkan susuk tubuh anda.
  • Sedapatnya elakkan dari mendengar muzik kerana muzik merupakan kesukaan syaitan.
  • Turunkan semua gambar makhluk yang bernyawa yang ada di dalam rumah anda kerana disitu tempat tinggal syaitan dan juga patung-patung yang dijadikan sebagai perhiasan.
  • Pertingkatkanah amal ibadah, solat tahajjud, dan bacalah al-Quran setiap hari.
  • Bagi lelaki, mulalah dari sekarang untuk melakukan solat secara berjemaah di masjid.
  • Bataskanlah pergaulan anda dengan orang yang kemungkinan akan membawa anda kepada dosa-dosa yang lalu. Tolaklah secara baik ajakan rakan-rakan anda sekiranya mereka mengajak anda melakukan perbuatan yang sia-sia, membuang masa, apatahlagi yang boleh mendatangkan dosa, walaupun dosa kecil. Dan mulalah mencari rakan yang baik.
  • Rajin-rajinkan untuk mengikuti kuliah pengajian keagamaan di masjid atau surau berhampiran anda.
  • Bersedekahlah setiap hari walaupun dalam jumlah yang kecil.
  • Dan terakhir selalulah memanjatkan doa kepada Allah kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang dapat menyembuhkan anda.

Kesimpulan

Kesembuhan hanyalah milik Allah yang mutlak. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar dengan cara yang sesuai seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jangan sekali-kali mendatangi bomoh, tukang sihir, tukang tilik dan peramal.

Semua perbuatan ini hanya akan menambahkan dosa anda dan akibatnya kesembuhan yang anda harapkan tidak dikabulkan Allah.

Ingatlah apabila Allah telah redha, inshaaAllah Dia akan menyembuhkan semua penyakit anda. Dan akhir sekali bertawakallah kepada Allah.

Semoga Allah permudahkan urusan anda, amin ya rabbal a’lamin.

Wangian Kasturi Ruqyah

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Bagaimana Melakukan Ruqyah Mandiri Dengan MP3 Ruqyah?
Jangan baca seorang. Kongsikan manfaat.

2 thoughts on “Bagaimana Melakukan Ruqyah Mandiri Dengan MP3 Ruqyah?

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: