Dikemaskini pada 26/09/2016 oleh Ustaz Abdullah
Bagaimanakah cara nak mengenalpasti seseorang yang terkena penyakit ain? Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda ciri-ciri orang yang terkena penyakit ain.
PADA ORANG DEWASA YANG SIHAT JASMANI
- Mengantuk dan selalu rasa nak tidur sahaja.
- Selalu rasa nak menggeliat, seperti orang yang bangun tidur. Walaupun orang tersebut bukannya baru bangun dari tidur.
- Rasa lemah dan berat di seluruh tubuh badan, ataupun disalah satu bahagian dari kedua betis.
- Banyak dan kerap berpeluh, terutamanya di bahagian kening dan punggung.
- Perut selalu rasa memulas yang berlarutan dan berlakunya cirit-birit tanpa sebab perubatan.
- Orang yang dipandang sering merasa mual dan akan muntah tanpa sebab.
- Banyak mengeluarkan air liur dan berkumpul di mulut.
- Kerap sendawa.
- Orang yang dipandang selalu akan berasa nak menangis tanpa sebab.
- Rasa dingin di bahagian hujung tubuh, terutamanya di bahagian tangan dan kaki.
- Rasa berdenyut-denyut di bahagian hujung tubuh tanpa sebab.
- Rasa gatal di seluruh tubuh atau sebahagian sahaja tanpa sebab perubatan.
- Denyutan jantung menjadi tidak teratur dan kadang-kadang berdegup dengan sangat kuat.
- Rasa panas di badan, seperti demam, dan kadang-kadang rasa panas tersebut hanya berlaku pada bahagian hujung tubuh sahaja.
- Mata berkelip dengan laju, sehingga tidak dapat tidur dalam jangka masa yang lama.
- Terasa seperti banyak mata yang sedang memerhatikannya, samada di dalam mimpi ataupun dalam keadaan sedar.
- Apabila mendengar ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat ruqyah, orang itu akan menguap dengan mengeluarkan air mata.
- Rasa sakit di bahagian bawah punggung dan rasa berat dikedua-dua bahu.
- Mudah rasa nak marah dan stress tanpa sebab.
- Sukar untuk memberikan tumpuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau dalam pembelajaran.
- Hilang selera makan.
- Selalu rasa sakit kepala.
- Insomnia, atau mengalami masalah susah atau tidak dapat tidur malam.
- Kerap berpeluh walaupun ketika tidak melakukan sebarang aktiviti.
- Tidak dapat mendiamkan diri, dan kadang-kala kaki rasa seperti bergerak sendiri.
- Mempunyai perasaan takut yang berlebihan, rasa sempit dan sedih di bahagian dada.
Artikel Berkaitan: Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya
PADA BAYI DAN KANAK-KANAK
- Kerap menangis dan sukar untuk berhenti menangis.Sayyidah Aishah r.aha berkata: “Suatu ketika Nabi masuk rumahnya kemudian mendengar seorang bayi sedang menangis. Baginda berkata: “Mengapa bayi anda menangis?”Mengapa kamu tidak bacakan ayat-ayat ruqyah supaya sembuh dari penyakit ain?” (Sahihul Jami’ 988 no 5662)
- Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
- Tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
- Keadaan tubuh yang kurus kering.
Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Jaafar memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab: “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa penyakit ain.” Kata beliau: “Kalau begitu bacakan ruqyah kepada mereka” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
Adakah Anda Terkena Penyakit Ain?
Ketahui RAHSIA bagaimana atasi sihir dengan mudah, berkesan dan praktikal dalam masa 7 hari. Klik di sini untuk ketahui rahsianya.
Kredit: http://www.kabarmakkah.com
ADA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]
(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: