tafsir mimpi

Benarkah perawat boleh tafsir mimpi?


Saya selalu mendapat pertanyaan, samada dari pesakit, mahupun dari pembaca blog ini. Tak kurang juga saya menerima pertanyaan serupa melalui emel, whatsapp dan juga media sosial yang saya aktif.

Antara persoalan yang sering mereka tanyakan pada saya ialah tentang tafsir mimpi yang mereka alami. Biasanya mimpi buruklah. Jadi, di dalam artikel ini, saya nak berikan beberapa pencerahan berkenaan dengan persoalan mimpi ini.

Mimpi dan Mujizat Nabi Yusuf

Nabi Yusuf adalah termasuk dikalangan 25 orang Rasul yang wajib diimani oleh seluruh orang-orang beriman. Apa yang kita tahu tentang mukjizat Nabi Yusuf ialah baginda dikurniakan oleh Allah dengan raut wajahnya yang tersangat tampan.

Tetapi, dalam artikel ini, saya nak ceritakan tentang mukjizat Nabi Yusuf untuk mentafsirkan mimpi. Cerita ini bukanlah dongengan kerana ianya ada diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran yang mulia. Begini ceritanya.

Suatu hari Raja bermimpi di dalam tidurnya. Mimpi itu pula tersangatlah pelik sehingga menjadikan raja tersebut gelisah dan serba tak kena apabila mengingatkan akan mimpinya. Lalu baginda bertanyakan kepada semua ahli-ahli tafsir mimpi dikalangan menteri dan pembesarnya, tetapi tidak ada seorang pun yang mampu menghuraikan maksud disebalik mimpi tersebut.

Ayat al-Quran yang menceritakan tentang mimpi raja tersebut ialah di dalam Surah Yusuf, ayat 43 hingga 46. Terjemahannya seperti di bawah:

“Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi melihat: Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi”. (43) Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu”. (44) Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) “. (45) (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. (46)

Nak dijadikan cerita, berita mengenai mimpi sang raja yang tidak mampu ditafsir oleh sesiapa pun itu, akhirnya sampailah ke telinga seorang petugas memberi minum kepada raja. Lelaki ini dulu pernah tinggal bersama-sama dengan Nabi Yusuf di dalam penjara.

Dan Nabi Yusuf pernah mentafsirkan mimpi yang dialami oleh lelaki ini dan ternyata tafsir mimpi yang diceritakan oleh Nabi Yusuf adalah tepat di mana akhirnya lelaki itu dibebaskan dari penjara.

Lalu lelaki ini menceritakan kepada sang raja mengenai kemampuan (mukjizat) Nabi Yusuf untuk tafsir mimpi. Tidak kiralah apa sahaja mimpi. Kemudian raja pun mengutuskan lelaki tersebut untuk bertemu dengan Nabi Yusuf bertujuan meminta Baginda menjelaskan apakah tafsir mimpi yang dialami oleh sang raja.

Kemudian Nabi Yusuf pun mampu mentafsirkan mimpi sang raja. Ia menjelaskan kepada utusan itu, seperti yang difirmankan di dalam al-Quran, surah Yusuf ayat 47 hingga 49:

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47) Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48)“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (49)

Pengajaran Dari Kisah Nabi Yusuf

Saya hentikan kisah mukjizat Nabi Yusuf sampai di situ sahaja. Sebab itulah point penting yang saya nak sampaikan kepada anda. Berbalik kepada soalan yang sering saya terima berkaitan dengan apa maksud mimpi yang mereka alami dan apakah tafsirannya.

Saya jelaskan di sini bahawa sebagai seorang perawat, saya tidak ada kebolehan untuk mentafsirkan maksud mimpi-mimpi yang anda alami. Contohnya, ada yang memberitahu kepada saya yang mereka mengalami mimpi menyusui bayi, mimpi ular yang banyak, mimpi bersalin dan sebagainya.

Memang benar saya ada bertanyakan beberapa mimpi yang dialami oleh pesakit, tetapi itu hanyalah sekadar tanda, tidak lebih dari itu. Dan itu apa yang saya dapat hasil dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam selama enam tahun ini.

Nak kata saya boleh tafsir mimpi tersebut, itu saya tidak mampu.  Antara mimpi-mimpi yang menunjukkan kemungkinan seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus ialah:

  • mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • mimpi binatang buas atau berbisa.
  • mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • mimpi tempat kotor.
  • mimpi berada di kawasan perkuburan.

Itu adalah contoh mimpi-mimpinya. Selain itu, antara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa mimpi itu mungkin tanda gangguan ialah, mimpi yang dialami tersebut sama sahaja dan dialami sangat kerap. Contohnya dalam seminggu akan mengalami mimpi yang sama tiga atau empat kali.

Bagaimana pula kalau ada perawat yang bagitau boleh tafsir mimpi? Kalau tanya saya, saya tidak percaya. Bagi saya, jika ada yang mengaku begitu, hanya ada dua kemungkinan sahaja, iaitu yang pertama orang itu menipu. Atau yang kedua, orang itu sendiri memakai pendamping. Itu sahaja.

Jadi, selepas anda membaca artikel ini, saya harap anda dapat memahami apa yang ingin saya jelaskan di sini. Perawat tidak mampu untuk mentafsir mimpi, kerana ianya hanyalah mukjizat, contohnya dalam kisah Nabi Yusuf yang saya ceritakan di atas.

Sekiranya anda mempunyai masalah sihir yang sudah lama, dah banyak kali rawat tetapi masih belum sembuh, anda boleh mengetahui rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari di sini.

Jika anda mempunyai persoalan yang ingin diajukan kepada saya berkenaan dengan artikel di atas, sila tuliskan di ruangan komen di bawah.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Benarkah perawat boleh tafsir mimpi?

Ada pandangan? Kongsikannya.