Hukum Perubatan Islam Jarak Jauh
Ada yang bertanyakan pendapat saya tentang kaedah perubatan Islam jarak jauh. Adakah ianya dibolehkan? Adakah kaedah ini haram secara mutlak atau ada perbahasannya? InshaaAllah dalam artikel ini saya akan huraikan terlebih dahulu secara umum tentang isu-isu ini bersama dengan dalil yang berkaitan dengannya ataupun yang berkaitan dengan cara pelaksanaannya.
Dan diakhir tulisan ini nanti baru saya akan memberikan pandangan saya secara khusus. Dan selepas itu, terpulanglah pula kepada diri anda sendiri samada untuk bersetuju atau tidak berkaitan dengan kaedah rawatan secara jarak jauh ini.
Apakah Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Proses Ruqyah?
Muqaddimah ruqyah ialah proses atau langkah yang perlu dilakukan oleh perawat atau pun anda sendiri (sekiranya anda menggunakan kaedah ruqyah mandiri) sebelum satu-satu sesi pengubatan dijalankan.
Sekiranya anda akan melakukan pengubatan ruqyah ke atas orang lain, pastikan bahawa pesakit sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk diruqyah.
Selain itu, ada juga beberapa perkara lain, selain diri pesakit, yang perlu dilakukan sebelum memulakan pengubatan ini.
Ingat, jangan abaikan proses muqaddimah ruqyah ini kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada pesakit.
Continue reading “Apakah Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Proses Ruqyah?”Ayat-Ayat Ruqyah Yang Patut Anda Hafal
Sebelum saya tulis lebih lanjut tentang ayat-ayat ruqyah standard ini, saya ulang kembali apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah.
Secara ringkasnya ruqyah bermaksud jampi. Atau lebih terperinci ruqyah bermaksud mentera-mentera atau jampi serapah yang dibaca kebiasaannya untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.
Manakala ruqyah syar’iyyah pula bermaksud jampi-jampi atau mentera yang dibenarkan syarak yang digunakan untuk merawat penyakit.
Ayat-ayat al-Quran yang digunakan di dalam terapi ruqyah biasanya adalah ayat-ayat yang berkaitan tentang azab Allah, nikmat Allah, tentang sihir, jin dan juga syaitan.
Continue reading “Ayat-Ayat Ruqyah Yang Patut Anda Hafal”Bagaimana Melakukan Ruqyah Mandiri Dengan MP3 Ruqyah?
Saya sering mendapat pertanyaan samada dari komen di blog, emel, whatsapp dan sebagainya, di mana mereka meminta saya untuk merawat mereka dari jauh.
Ini kerana tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan dari saya.
Oleh kerana saya tidak melakukan kaedah rawatan jarak jauh, sebagai alternatif, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda kaedah bagaimana anda boleh melakukan terapi ruqyah pada diri sendiri (Ruqyah Mandiri) dengan menggunakan mp3 Ruqyah.
Tahukah anda bahawa kaedah ruqyah mandiri dengan menggunakan mp3 ini kadang-kadang lebih berkesan berbanding jika anda mengikuti program pengubatan ruqyah secara beramai-ramai.
Continue reading “Bagaimana Melakukan Ruqyah Mandiri Dengan MP3 Ruqyah?”Bolehkah Perawat Mengetahui Di mana Barang Sihir?
Di dalam artikel-artikel saya yang lepas, saya ada menulis satu artikel tentang bagaimana caranya sihir dihantar kepada mangsa.
Salah satu diantaranya ialah dengan cara ditanam barang-barang sihir itu. Bagaimana barang sihir itu berfungsi?
Barang-barang yang digunakan untuk tujuan menyihir itu akan ditanam ditempat-tempat yang dilalui oleh mangsa contohnya seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan dan sebagainya.
Sekarang anda dah tahu bagaimana cara sihir itu dihantar kepada mangsakan. Jadi, saya nak bincangkan satu persoalan di sini iaitu, adakah perawat tahu di mana barang-barang sihir tersebut di tanam?
Baca Selanjutnya