Jus Qurbi: Cara Mengatasi Gangguan Jin Dengan Makanan Sunnah

Anggaran Masa Bacaan: 5 minit

Dikemaskini pada 23/03/2025 oleh Ustaz Abdullah

Pernah tak anda rasa badan letih, lesu, atau susah nak fokus?

Kadang-kadang anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih rasa tak bertenaga.

Jangan buat tak endah je jika anda sedang mengalami simptom di atas.

Mungkin itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan diri anda sedang mengalami gangguan jin ataupun sihir.

Kalau anda tengah cari cara untuk merawat kesihatan dalaman dengan cara yang lebih alami, mungkin Jus Qurbi Ikhtiar Syifa boleh jadi salah satu pilihan.

Jus ini menggabungkan pelbagai bahan sunnah yang terkenal dengan khasiatnya, khas untuk membantu kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Apa Itu Jus Qurbi Ikhtiar Syifa?

Jus Qurbi Ikhtiar Syifa adalah minuman kesihatan berasaskan makanan sunnah yang telah diruqyah dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Ia dirumus khas untuk membantu mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir, serta untuk meningkatkan kesihatan dalaman secara menyeluruh.

Mengandungi kombinasi bahan semulajadi seperti madu, habbatus sauda, air zamzam, dan herba terpilih, jus ini bukan sekadar minuman kesihatan biasa.

Setiap ramuan yang digunakan bersandarkan kepada dalil dan amalan perubatan Islam, menjadikannya pilihan yang diyakini bagi mereka yang mencari ikhtiar penyembuhan secara alami.

Bukan itu sahaja! Ramai pengguna juga berkongsi bahawa setelah mengamalkan Jus Qurbi, mereka merasakan perubahan positif seperti tidur yang lebih lena, fikiran yang lebih tenang, dan tubuh yang lebih bertenaga.

Jika anda mencari ikhtiar ruqyah yang mudah diamalkan, Jus Qurbi boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Bahan Utama & Khasiatnya

Keistimewaan Jus Qurbi bukan hanya terletak pada kandungannya, tetapi juga proses pembuatannya. Jus ini telah diruqyah secara konsisten oleh perawat Islam dari Pusat Rawatan Islam Darussalam, menjadikannya lebih berkesan sebagai ikhtiar dalam menangani gangguan makhluk halus.

Satu perkara menarik pasal jus ni adalah gabungan bahan-bahan yang memang dah lama digunakan dalam perubatan Islam.

Antaranya:

  • Madu – Sumber tenaga semula jadi, bagus untuk imun badan dan kesihatan dalaman.
  • Habbatus Sauda – Dikenali sebagai ‘penawar segala penyakit’, membantu menguatkan daya tahan tubuh.
  • Buah Delima – Kaya dengan antioksidan, bantu melancarkan peredaran darah.
  • Kurma – Memberi tenaga segera dan baik untuk sistem penghadaman.
  • Minyak Zaitun – Mengandungi lemak sihat yang baik untuk jantung dan otak.

Keistimewaan tambahan:

  • Diruqyah secara konsisten oleh perawat Islam dari Pusat Rawatan Islam Darussalam. Jus ini bukan sahaja diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi, tetapi juga diruqyah dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Ikhtiar bagi mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir. Melalui kombinasi bahan-bahan sunnah yang bersandarkan kepada dalil serta bacaan ruqyah, jus ini sangat disarankan kepada mereka yang mengalami gangguan jin, sihir, atau rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Kombinasi ini bukan sekadar sedap diminum, tapi juga memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal dan spiritual.

Apa Kelebihan Jus Qurbi Ikhtiar Syifa?

  • Meningkatkan tenaga & mengurangkan keletihan. Kalau selalu rasa lesu dan tak bermaya, jus ni boleh bantu bagi tenaga tambahan secara semula jadi tanpa perlu bergantung pada kafein atau minuman tenaga sintetik.
  • Membantu tidur lebih lena. Ada masalah susah tidur atau selalu terjaga tengah malam? Jus ni boleh bantu menenangkan badan dan minda supaya lebih mudah lena dan bangun dengan rasa segar.
  • Menguatkan imun badan. Kombinasi bahan-bahan dalam jus ni memang terkenal dengan khasiat meningkatkan daya tahan tubuh. Bagus untuk elakkan mudah jatuh sakit.
  • Ikhtiar bagi gangguan jin dan sihir. Bacaan ruqyah dalam jus ini membantu sebagai ikhtiar bagi mereka yang mengalami gangguan makhluk halus, rasa berat badan tanpa sebab, atau sering mimpi buruk.
  • Rasa yang sedap & mudah diminum. Tak semua jus herba rasa sedap, tapi Jus Qurbi ni ada rasa manis semula jadi dari madu dan kurma, jadi senang nak minum tanpa rasa pahit atau kelat.

Ada Kekurangan Tak?

1. Kesan tidak serta-merta, perlu diamalkan secara berterusan.

Seperti mana-mana ikhtiar yang bersandarkan kepada sunnah, kesan terbaik datang dengan istiqamah.

Ini bukan sekadar minuman segera tetapi satu bentuk rawatan semulajadi yang bekerja secara perlahan-lahan untuk memulihkan tubuh dan jiwa secara menyeluruh.

Lagi konsisten anda amalkan, lagi kuat perlindungan dan kesan penyembuhannya.

Bayangkan badan anda seperti sebuah rumah yang perlu dibersihkan setiap hari.

Jika dibiarkan kotor terlalu lama, ia akan dipenuhi habuk dan serangga.

Begitu juga dengan tubuh dan hati anda. Jadi dengan mengamalkan jus ini secara berterusan akan membantu ‘membersihkan’ diri dari gangguan yang tidak diingini.

Ikhtiar yang terbaik memerlukan kesabaran dan istiqamah.

Jus ini bukan sekadar minuman biasa tetapi sebahagian daripada gaya hidup sihat dan perlindungan diri.

Hanya dengan amalan berterusan, barulah tubuh benar-benar bersedia melawan gangguan dari dalam dan luar.

2. Tak sesuai untuk pesakit tertentu

Dari pengalaman saya, Jus Qurbi ini saya sarankan kepada anda yang mengalami gangguan jin dan sihir.

Sebab apa?

Sebab apabila jin dah masuk dalam badan, ia akan bertapak di tempat-tempat tertentu.

Walaupun jin dah dikeluarkan, tapaknya masih ada.

Dengan mengamalkan Jus Qurbi ini, ia dapat membantu memusnahkan tapak jin dalam badan kerana ayat-ayat Al-Quran (ruqyah) yang telah dibacakan ke atasnya.

Oleh sebab itu, jus ini diformulasikan khusus untuk mereka yang mengalami gangguan.

Jika anda tidak mengalami gangguan jin atau keadaan kesihatan tertentu, badan anda mungkin tidak memerlukan ikhtiar yang sekuat ini.

Justeru, bagi individu seperti wanita hamil atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, disarankan mendapatkan nasihat pakar sebelum mengamalkannya.

Ini kerana kandungan jus ini cukup kuat dan bertindak secara mendalam untuk membersihkan tubuh dari kesan gangguan yang telah lama bersarang.

Pengalaman Pengguna & Testimoni

Berikut adalah feedback sebenar dari mereka yang telah mempunyai pengalaman mengamalkan Jus Qurbi ini.

Rating: 5 out of 5.

Alhmdulillah dah consume 1 botol,kesihatan makin baik,x dak lgi panas2 badan,panas muka,alhmdulillah dgn izinnya..

Rating: 5 out of 5.

Terbaik..alhamdulillah dah byk kali order dengan izin Allah ada perubahan dgn amalkn produk ustaz

Rating: 5 out of 5.

Hilang sakit2 dlm perut dan susah tdo malam..Recommended utk dicuba,insyaallah akn ada kesannya..Ikhtiar n tawakal kpd Allah Swt

Kesimpulan: Berbaloi ke Tak?

Kalau anda tengah cari alternatif yang berasaskan bahan sunnah untuk ikhtiar merawat gangguan jin dan sihir, Jus Qurbi Ikhtiar Syifa memang berbaloi untuk dicuba.

Ia bukan sekadar jus tenaga biasa, tapi penuh dengan manfaat dari bahan semula jadi yang terbukti baik untuk tubuh dan juga ikhtiar bagi mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir.

Jadi, kalau rasa badan cepat penat, kurang fokus, atau nak tingkatkan imuniti secara alami, bolehlah cuba Jus Qurbi ni. Ikhtiar dengan usaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Di Mana Boleh Dapatkan Jus Qurbi Ni?

Kalau anda rasa Jus Qurbi ni sesuai untuk anda dan nak jadikan ia sebagai ikhtiar dalam menghadapi gangguan jin dan sihir, anda boleh dapatkannya secara online.

Jus ini tersedia di Shopee, jadi anda boleh membelinya dengan mudah dan selamat terus dari rumah.

Kenapa Beli Di Dhopee?

  • Mudah & Cepat – Hanya beberapa klik, dan pesanan anda akan dihantar terus ke pintu rumah.
  • Jaminan Pembayaran Selamat – Pembayaran hanya akan diberikan kepada penjual selepas anda menerima barang.
  • Jaminan Pulangan Wang – Jika tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, anda boleh membuat permohonan pulangan wang melalui Shopee.

Klik butang di bawah untuk dapatkan di Shopee.

Follow saya di sosial media:
Jus Qurbi: Cara Mengatasi Gangguan Jin Dengan Makanan Sunnah

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!