Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan dan Minuman: Amalan dan Doa Pendinding Diri

Anggaran Masa Bacaan: 15 minit

Beberapa minggu lepas, saya telah melihat satu keadaan menyedihkan ketika merawat seorang pesakit. Perutnya tiba-tiba menjadi buncit. Atau kita panggil busung. Sampai saya pun terkejut bila tengok keadaan tu.

Sakitnya? Saya tak dapat nak bayangkan. Sebab pesakit tu sampai menggeletar badan dia tahan sakit. Zalim sungguhlah siapa yang sanggup sihir sampai macam tu sekali.

Mesti anda nak tau kan kenapa boleh jadi busung? Biasanya ada 2 sebablah iaitu:

  • Penyakit fizikal
  • Sihir

Dalam artikel ini saya lebih nak fokuskan kepada busung yang disebabkan oleh sihir. Jadi, busung yang berpunca dari penyakit fizikal ini saya sentuh secara ringkas sahaja.

Baca Artikel Penuh

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya? Menyingkap Realiti & Syariat

Anggaran Masa Bacaan: 12 minit

Selama saya merawat pesakit-pesakit gangguan jin dan sihir, banyak cerita-cerita yang saya dengar dari mereka tentang sesetengah perawat.

Cerita tentang apa?

Yelah, ada pesakit yang cerita pada saya ada perawat yang merawat mereka mengatakan yang mereka ini disihir dengan menggunakan rantai yang dibuang ke dalam sungai.

Ada juga perawat yang mengatakan barang sihir ditanam di bawah tangga rumah.

Dan ada juga pesakit yang bagitau pada saya, ada perawat yang siap boleh bagitau nama orang yang menyihir mereka.

Benda ini sebenarnya memberikan masalah pada saya. Masalah macam mana? Masalahnya apabila saya rawat, mereka ini takde pun tanda-tanda disihir, tapi mereka tak percaya cakap saya.

Mereka lebih percaya cakap perawat yang kononnya serba tahu ini. Dalam hati saya marah juga.

“Kalau dah percaya sangat cakap perawat tu, kenapa tak teruskan je berubat dengan perawat tersebut?”, saya berkata-kata dalam hati.

Disebabkan inilah saya mengambil keputusan menulis artikel ini dengan tujuan untuk menerangkan kepada masyarakat. Betul kah ada perawat yang boleh menceritakan secara detail tentang sihir yang dikenakan kepada seseorang?

Dan bagaimana pula kalau apa yang diceritakan oleh perawat itu tepat seperti yang berlaku kepada pesakit? Adakah itu bermaksud yang perawat ini diberikan kelebihan oleh Allah?

Persoalan-persoalan ini akan saya jawab dalam artikel ini dan inshaaAllah saya akan berikan pandangan saya bersama dengan dalil-dalil yang menyokongnya.

Mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari artikel ini.

Baca Artikel Penuh

Jus Qurbi: Cara Mengatasi Gangguan Jin Dengan Makanan Sunnah

Anggaran Masa Bacaan: 5 minit

Pernah tak anda rasa badan letih, lesu, atau susah nak fokus?

Kadang-kadang anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih rasa tak bertenaga.

Jangan buat tak endah je jika anda sedang mengalami simptom di atas.

Mungkin itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan diri anda sedang mengalami gangguan jin ataupun sihir.

Kalau anda tengah cari cara untuk merawat kesihatan dalaman dengan cara yang lebih alami, mungkin Jus Qurbi Ikhtiar Syifa boleh jadi salah satu pilihan.

Jus ini menggabungkan pelbagai bahan sunnah yang terkenal dengan khasiatnya, khas untuk membantu kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Baca artikel penuh

Memahami Gangguan Jin Saka dan Cara Menghadapinya

Anggaran Masa Bacaan: 14 minit

Apabila membicarakan topik tentang jin saka, dua keadaan ini pastinya akan timbul dalam masyarakat, iaitu ketakutan dan kekeliruan.

Keadaan ini disebabkan ramai yang mengatakan seseorang yang diganggu jin saka ini adalah kerana diwarisi oleh keturunannya yang ada ‘membela’ jin saka ini.

Betulkah apa yang diperkatakan?

Apakah sebenarnya jin saka ini?

Bagaimana ia boleh mengganggu kehidupan seseorang, dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya?

Di dalam artikel ini saya akan mengupas dengan mendalam tentang definisi jin saka, tanda-tanda gangguan yang dialami, dan kaedah rawatan yang selari dengan syariat Islam.

Dengan memahami konsep dan cara menghadapi gangguan jin saka, anda dapat mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadapi cabaran ini dengan lebih berkesan serta memperoleh panduan praktikal untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bebas dari gangguan mistik ini.

Baca Artikel Penuh

Sihir Pemisah vs. Masalah Rumahtangga: Bagaimana Membezakannya?

Anggaran Masa Bacaan: 48 minit

Sihir pemisah dan masalah rumahtangga sering kali menjadi punca utama keretakan dalam hubungan suami isteri.

Kedua-dua keadaan ini mungkin menunjukkan tanda-tanda yang serupa, namun cara mengatasinya memerlukan pendekatan yang berbeza.

Dalam masyarakat kita, apabila hubungan mula retak atau sering berlaku pertengkaran, ada yang terus beranggapan bahawa mereka menjadi mangsa sihir pemisah.

Namun, realitinya bukan semua masalah dalam rumahtangga berpunca daripada sihir.

Ada kalanya, masalah komunikasi, tekanan di dalam kehidupan, atau campur tangan pihak ketiga turut menyumbang kepada konflik tersebut.

Oleh kerana itu, saya telah menulis artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan antara sihir pemisah dan masalah rumahtangga yang biasa berlaku, serta memberikan panduan bagaimana untuk membezakannya dan mencari penyelesaian yang tepat dan berkesan.

Baca Artikel penuh
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!