Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

8 Teknik Berkesan Mentadabbur Al-Quran (Bah. 1)

al-quran

Dikemaskini pada 03/05/2017 oleh Ustaz Abdullah

Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada kita, bukanlah sekadar untuk dibaca semata-mata. Tetapi lebih dari itu, Al-Quran diturunkan untuk memperhatikan ayat-ayatnya, memahami isi kandungannya, dan mengamalkan segala tuntutan dan kehendaknya.

Tetapi sebagai orang-orang biasa, keterbatasan kita di dalam Bahasa Arab dan juga Ilmu Tafsir, membuatkan kita tidak mampu untuk memahami dalam erti kata sebenarnya apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Al-Quran.

Sedangkan itulah yang dikehendaki oleh Allah SWT. Ini berdasarkan firman-Nya:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya”– (Surah An-Nisa ayat 82)

Selain itu, Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah Sad, ayat 29:

“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu ( dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”

Jadi dalam artikel kali ini, ingin saya kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk mentadabbur Al-Quran dengan berkesan, khususnya untuk anda yang tidak memahami Bahasa Arab dan juga menguasai Ilmu Tafsir.

Pengertian Tadabbur Atau Mentadabbur Al-Quran

Menurut Ibnu Katsir, pengertian tadabbur ialah memahami makna yang terkandung di dalam Al-Quran, dan memikirkan apa yang ayat-ayat Al-Quran itu tunjukkan, apa yang terkandung di dalamnya, serta apa yang menjadikan makna-makna Al-Quran itu begitu sempurna, dari segala isyarat dan peringatan yang tidak nampak di dalam lafal Al-Quran, serta pengambilan manfaat oleh hati dengan tunduk dihadapan nasihat-nasihat Al-Quran, patuh terhadap perintah-perintahnya, serta pengambilan ibrah darinya. [Al-Ahdal, Ta’limu Tadabburil Al-Quranul Karim, 11]

Secara ringkasnya, erti tadabbur ialah kita merenung isi kandungan Al-Quran yang kita baca setiap hari ataupun yang kita hafal. Dengan mentadabbur, inshaaAllah kita akan mendapat manfaat iaitu hidayah, rasa takut kepada Allah, serta meningkatkan ibadah kita kepada-Nya.

Selain itu, dengan mentadabbur juga kita akan dapat mengetahui apakah yang diperintahkan oleh Al-Quran untuk kita lakukan dan apa pula yang mesti kita tinggalkan dari setiap perbuatan, perkataan, tingkahlaku bahkan dalam segenap lapangan kehidupan kita. Itulah tujuan kita disuruh mentadabbur Al-Quran.

Tetapi, bagaimana pula jika kita ini tidak pandai dalam Bahasa Arab dan bukan ahli di dalam Ilmu Tafsir? Bagaimana hendak kita lakukan saranan untuk mentadabbur Al-Quran?

Di dalam artikel bahagian satu ini, saya akan kongsikan 3 dari 8 teknik untuk anda lakukan ketika mentadabbur Al-Quran.

Niat Ikhlas Dalam Membaca Al-Quran

Ini adalah langkah yang pertama dan utama apabila kita ingin mentadabbur Al-Quran. Sekaligus ianya menjadi ‘master key’ sebelum kita melangkah ke tahap yang seterusnya. Apa yang perlu diniatkan?

Luruskanlah niat di hati apabila membaca Al-Quran ini kita mahu menjadi orang yang bertaqwa. Ini kerana Allah akan membimbing, menunjukkan jalan-Nya dan memberikan ilmu kepada orang yang bertaqwa.

Allah SWT telah berfirman:

“…Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Baqarah ayat 282)

Selain itu, apabila anda meluruskan niat dengan niat yang betul, ianya akan menjadikan hati lebih tenang dan nyaman ketika membaca Al-Quran, sehingga hati kita lebih mudah dan bersiap sedia untuk menerima dan melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Mentadabburi Al-Quran Dengan Membaca Serta Terjemahannya

Untuk teknik yang kedua ini, bagi memudahkan kita berinteraksi dengan Al-Quran, disarankan untuk kita membaca terjemahannya sekali. Tetapi, teknik ini sebenarnya adalah untuk membantu kebanyakan dari kita yang tidak tahu Bahasa Arab dan Ilmu Tafsir.

Sedangkan untuk memahami secara mendalam apa sebenarnya kehendak Al-Quran, rujuklah kepada Kitab Tafisr. Dan sekiranya tidak mampu, bertanyalah kepada mereka yang ahli di dalam Ilmu Bahasa Arab dan juga Ilmu Tafsir.

Walaupun ada kekurangannya, setidaknya dengan mengetahui terjemahan Al-Quran ianya dapat membantu kebanyakan kita mengetahui apa makna ayat yang sedang dibacakan.

Kaitkan Isi Kandungan Al-Quran Dengan Kehidupan Seharian

Kadang-kadang kita kurang memperhatikan secara mendalam isi kandungan Al-Quran, kita sekadar membaca terjemahannya sahaja. Sehingga ayat-ayat yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita pun kita abaikan.

Jadi, caranya ialah kita fokuskan untuk memahami secara mendalam ayat-ayat yang mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh ayat dari Surah Al-Hujurat, ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Perhatikan maksud ayat di atas. Ianya sangat jelas dan sangat mudah untuk difahami. Dan paling penting ianya berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Yang pertama dalam ayat di atas Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman. Adakah kita termasuk dalam golongan tersebut? Sudah tentu ya. Perhatikan pula ayat seterusnya. Apabila Allah menggunakan ayat seperti itu, sudah tentu ada perkara penting yang hendak disampaikan kepada kita.

Dalam ayat di atas, Allah nak beritahu kepada kita jika kita orang yang beriman, apabila kita menerima satu-satu berita, periksa dulu kebenaran cerita yang kita terima itu. Jangan terus percaya. Apatahlagi kalau kita menghebahkan cerita yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.

Sebab jika kita mempercayai dan menyebarkan cerita yang kita sendiri tak pasti kebenarannya, dikhuatiri kita akan menyebabkan berlakunya akibat yang buruk seperti permusuhan, terputusnya silaturahim dan sebagainya.

Jadi, berdasarkan contoh ayat di atas, selepas dari kita memerhatikan terjemahannya, memahami apa yang dikehendaki dalam ayat tersebut, mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang, langkah seterusnya adalah mengamalkan suruhan dan juga meninggalkan yang dilarang.

Inilah yang dikehendaki dari tujuan mentadabbur Al-Quran itu.

Catatan: Artikel ini akan bersambung dalam tulisan akan datang.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
8 Teknik Berkesan Mentadabbur Al-Quran (Bah. 1)
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!