Assalamualaikum dan selamat datang,
Hai, nama saya Abdullah bin Idris.
Pertama sekali…
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda, kerana sudi meluangkan masa berharga anda untuk melawat blog saya ini. Dan kehadiran anda ke halaman yang sedang anda baca ini, sudah tentu anda ingin mengenali serba sedikit tentang saya.
Jadi, mari kita berkenalan.
Seperti yang anda baca di atas tadi, nama saya Abdullah bin Idris. Hakikatnya nama saya bukanlah perkara penting.
Yang penting, bagaimana saya dapat membantu anda dan mengapa blog ini saya wujudkan.
Sebelum itu…
Adakah saya ini layak untuk membantu anda?
Jika anda mahu saya tunjuk kepingan-kepingan sijil, maaf ilmu dan pengalaman saya tidak dinilai melalui kepingan sijil.
Tetapi…
Anda dapat menilai sendiri ilmu dan pengalaman saya melalui penulisan saya diblog ini.
Mari saya mulakan dari awal.
Sebenarnya bukanlah kemahuan saya untuk menjadi seorang perawat ruqyah syar’iyyah. Ianya adalah kebetulan. Walaupun kebetulan, saya bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya terlibat dalam bidang ini.
Permulaan saya adalah terpaksa, kerana membantu kawan yang tak dapat nak handle satu kes gangguan saka.
Kesukaran merawat kes saka ini adalah kerana ketika dirawat pesakitnya akan histeria. Jadi sebab itu kawan saya meminta untuk membantunya.
Dipermulaannya pesakit mengganas, alhamdulillah diakhirnya jin saka mengalah dengan keberkatan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan.
Digabungkan dengan teknik-teknik dalam perubatan ruqyah syar’iyah ini.
Dari situ, minat saya untuk mendalami ilmu perubatan ruqyah syar’iyyah muncul sedikit demi sedikit.
Permulannya saya belajar dengan kawan saya itu, dan kemudian saya mula mengikuti kursus-kursus dan seminar perubatan Islam yang dianjurkan. Dan saya pun menawarkan diri untuk bersama-sama dengan kawan saya untuk merawat pesakit yang mengalami gangguan jin dan sihir.
Tamatlah cerita tentang diri saya 🙂
Mengapa Saya Wujudkan Blog Ini?
Betullah pepatah yang mengatakan:
“Pengalaman adalah guru yang terbaik”
Setelah beberapa tahun merawat pesakit, banyak perkara yang saya semakin jelas.
Antaranya:
- Mengapa jin mengganggu manusia?
- Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, di manakah tempat yang jin tersebut akan duduk?
- Bagaimana cara untuk tahu gangguan jin di dalam badan semakin berkurangan atau semakin bertambah?
- dan banyak perkara lagi…
Yang mana saya tidak akan jelas kalau sekadar berpandukan ilmu teori sahaja. Turun ke lapangan dan berhadapan dengan pesakit yang pelbagai jenis dan ragam, menguatkan ilmu teori yang saya belajar.
Selain itu…
Saya juga menyedari tentang kewujudan golongan apa yang disebut sebagai USKUN.
Uskun adalah gabungan dua perkataan iaitu:
Ustaz dan dukun.
Yang bermaksud golongan dukun atau bomoh yang menyamarkan identiti mereka sebagai golongan ustaz.
Tujuannya untuk mengaburi mata pesakit supaya mendapatkan khidmat rawatan mereka.
Dan…
Kesemua ilmu dan pengalaman saya saya dapat inilah saya rasa ianya patut dikongsikan dengan masyarakat. Bukan hanya tersimpan didada saya.
Maka…
Wujudlah blog yang sedang anda lawati ini di mana saya menggunakan domain www.perawatislam.com.
Saya memilih domain tersebut bukan semata-mata nama, tetapi diblog ini saya akan jelaskan kepada anda bagaimana kaedah rawatan sebenar yang perlu seorang perawat Islam praktikkan kepada pesakitnya.
Disamping itu…
Melalui blog ini juga saya akan kongsikan teknik-teknik mudah bagaimana cara pesakit untuk merawat diri mereka sendiri. Antaranya seperti yang saya kongsikan dalam video teknik merawat diri sendiri.
Harapan saya ialah dengan wujudnya blog ini akan dapat meningkatkan ilmu dan juga kefahaman masyarakat tentang ilmu perubatan ruqyah syar’iyyah yang sebenarnya, inshaaAllah.
Sekiranya anda ingin mengajukan soalan, anda boleh menghubungi saya melalui messenger dengan klik pada ikon disebelah kanan bawah halaman ini.
Atau…
Anda boleh menghantarkan emel kepada saya di:
admin@perawatislam.com
Salam ikhlas dari saya,
Abdullah Idris