Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Mintalah Pertolongan Hanya Kepada Allah (3)

Dikemaskini pada 12/11/2016 oleh Ustaz Abdullah

Nota: Artikel ini adalah sambungan dari bahagian satu. Jika anda baru kali pertama membaca artikel ini, saya galakkan anda membaca bahagian satu dulu di sini.

Jangan Ragu Meminta Pertolongan Kepada Allah

Mengapa kita rasa ragu nak meminta pertolongan kepada Allah? Cuba kita fikir semula. Bukankah Allah yang telah menciptakan kita, termasuk alam semesta ini? Dan bukankah Allah juga yang memiliki segalanya termasuklah diri kita sendiri? Oleh itu, sangatlah mudah bagi Allah untuk memberikan pertolongan-Nya kepada semua makhluk. Cuba kita hayati kata-kata Nabi Musa ‘alaihisallam:

قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّـهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّـهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS al-A’raf: 128)

Jadi mintalah pertolongan kepada Allah dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya. Apakah taqwa? Taqwa ialah kita mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan juga apa yang diperintahkan oleh Rasul-Nya, serta menjauhi apa-apa yang dilarang. Oleh kerana itulah Allah s.w.t telah berfirman:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (QS al-Baqarah: 45)

Meminta Tolong Kepada Makhluk

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita. Bolehkah meminta pertolongan kepada makhluk, contohnya kita meminta pertolongan sesama manusia. Sebab tajuk artikel ini pun meminta pertolongan hanya kepada Allah. Jadi, persoalan di atas perlu diperincikan lagi.

Pertama, meminta pertolongan kepada makhluk yang hidup, yang berada dekat dengan kita dan ia memang mampu memberikan pertolongan. Perkara ini dibolehkan selagi ia tidak melanggar peraturan syariat. Bahkan sememangnya Allah s.w.t menggalakkan kita untuk saling tolong menolong.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada perkara melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)” (QS al-Maidah: 2)

Contohnya seperti kita meminta pertolongan kepada doktor apabila sakit, minta tolong kepada mekanik apabila kereta kita rosak, dan sebagainya. Tetapi, perlulah diniatkan dalam hati kita bahawa Allah lah yang sebenarnya memberikan pertolongan kepada kita sedangkan orang-orang yang kita minta tolong tadi hanyalah sebab.

Kedua, meminta pertolongan kepada makhluk yang sudah mati, atau kepada makhluk yang hidup sedangkan ia tidak mampu untuk memberikan pertolongan, atau ianya adalah makhluk ghaib, atau meminta pertolongan berkaitan dengan perkara ghaib.

Contohnya meminta pertolongan kepada orang yang sudah mati di kuburnya, atau meminta pertolongan kepada pokok yang dianggap keramat, walaupun ia hidup tetapi diyakini yang ia tidak mampu memberikan manfaat atau pun mudharat.

Ataupun meminta pertolongan kepada jin (samada jin Islam ataupun kafir). Ataupun meminta pertolongan kepada bomoh seperti meminta supaya segala usaha kita memberikan pulangan, dimudahkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sebagainya. Semua perbuatan ini adalah perbuatan yang syirik dan termasuk dalam ayat-ayat yang melarang istia’nah dan istighatsah kepada selain Allah. Pengertian Istia’nah dan istighatsah ada saya kongsikan dalam artikel yang lepas.

Baca juga: Mohonlah Pertolongan Hanya Kepada Allah (1)

Kerana pengharapan dan permintaan yang demikian hanyalah boleh dikhususkan kepada Allah sahaja. Orang musyrik di zaman jahiliah dan kaum-kaum yang diperangi oleh Nabi mereka menyembah orang soleh yang sudah mati, menyembah pokok-pokok, menyembah hal-hal yang dikeramatkan, menyembah Malaikat, menyembah Nabi mereka, dan mereka sentiasa meminta tolong dan berdoa kepada apa yang mereka sembah tersebut. Firman Allah s.w.t:

قُل لاَّ يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ

“Katakanlah lagi: Tiada sesuatupun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)” (QS an-Naml: 65)

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَـٰهٌ مَعَ اللَّـهِ ۚ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti, (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama dengan Allah? Amat sedikit diantara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)” (QS an-Naml: 62)

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (QS Jin: 6)

Nabi s.a.w telah bersabda:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau peramal lalu membenarkan apa yang mereka katakan, maka ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam” (HR. Ahmad no. 9171, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ 5939).

Semoga Allah Ta’ala senantiasa melimpahkan lindungan dan pertolongan-Nya kepada kita.

Sumber: (Klik di sini)

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

Follow saya di sosial media:
Mintalah Pertolongan Hanya Kepada Allah (3)
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!