Mengapa Saya Perlu Scan Dengan Ayat Ruqyah?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Saya ada juga beberapa kali ditanya oleh pesakit-pesakit saya samada boleh atau tidak saya membuat rawatan jarak jauh?

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak mengamalkan kaedah rawatan begitu. Selain dari kaedah rawatan jarak jauh yang bertentangan dengan hukum syarak, sebab lain ialah saya perlu membacakan ayat-ayat ruqyah kepada pesakit saya. Oleh sebab itulah saya memerlukan pesakit berada dihadapan saya.

Jadi timbullah persoalan di sini, mengapa saya perlu scan pesakit saya dengan ayat-ayat ruqyah?

Inilah yang akan saya kongsikan dengan anda dalam penulisan kali ini. Sebelum itu, apakata kalau kita melihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan ayat-ayat ruqyah itu.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ayat-Ayat Ruqyah?

Ruqyah yang selalu kita sebut itu ialah perkataan di dalam Bahasa Arab. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ianya bermaksud jampi.

Maka, maksud ayat-ayat ruqyah dapatlah kita fahami iaitu ayat-ayat jampi. Lebih terperinci lagi, ayat-ayat ruqyah ini ialah himpunan ayat-ayat yang diambil dari surah-surah di dalam Al-Quran dan juga dari doa-doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w yang kita baca melalui hadis-hadis Baginda s.a.w.

Kebiasaannya, ayat-ayat ruqyah yang diambil dari Al-Quran menceritakan tentang azab Allah, menceritakan tentang perihal-perihal sihir, peringat-peringatan dari Allah kepada manusia dan juga jin.

Manakala doa-doa yang dianjurkan oleh Nabi melalui hadis-hadis Baginda pula ialah berupa doa-doa memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan makhluk-Nya, khususnya manusia dan jin.

Jadi, ayat-ayat inilah yang dikenali sebagai ayat-ayat ruqyah yang akan saya bacakan kepada pesakit saya dengan tujuan untuk mengesan samada wujudnya jin di dalam badan pesakit itu atau tidak.

Jadi kembali pada tajuk artikel ini, mengapa saya perlu scan dengan ayat-ayat ruqyah?

Jawapannya ialah hanya dengan scan menggunakan ayat-ayat ruqyah sahajalah, inshaaAllah saya akan dapat mengesan samada seseorang itu mengalami gangguan jin atau tidak.

Melalui pengalaman saya merawat, biasanya pesakit yang mengalami gangguan jin ini apabila dibacakan (discan) dengan ayat-ayat ruqyah, mereka akan menunjukkan tindakbalas-tindakbalas tertentu.

Antara tindakbalas yang mungkin berlaku ialah:

  • rasa sakit seperti dicucuk benda tajam.
  • rasa panas atau pedih dibeberapa bahagian anggota badan.
  • menangis secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.
  • rasa seperti ada benda yang bergerak-gerak di dalam badan.
  • muntah lendir (biasanya akan dialami oleh pesakit sihir)
  • meracau-racau samada dalam keadaan separuh sedar atau langsung tidak sedar (biasanya akan dialami oleh pesakit yang mengalami gangguan saka, ada jin yang berdampin, dan juga gangguan jin asyiq)

Di atas adalah tindakbalas yang biasa berlaku kepada pesakit-pesakit yang saya rawat.

Selain itu, melalui kaedah scan dengan ayat-ayat ruqyah juga inshaaAllah akan dapat mengenalpasti apakah jenis gangguan yang dialami pesakit, dan dibahagian mana duduknya jin di dalam badan pesakit.

Jika anda mempunyai masalah gangguan jin, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang rawatan yang saya sediakan di sini.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

 

Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: