Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya.

kenali jenis-jenis santau

Dikemaskini pada 07/04/2020 oleh Ustaz Abdullah

Santau adalah satu dari cabang sihir di mana amalan ini menggunakan bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi serapah untuk memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan santau tersebut.

Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut. Sebelum menemui ajal (dengan izin Allah), mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang kuat, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, dan juga gangguan emosi.

Keadaan kronik ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh yang panjang yang boleh membawa sampai bertahun-tahun. Satu perkara yang perlu anda tahu tentang santau ialah ianya boleh ‘dilepaskan’ secara terbuka di tempat-tempat terbuka, contohnya seperti di kedai-kedai makan.

Kalau dilepaskan cara begini, sesiapa sahaja berisiko untuk terkena santau tersebut.

Jenis-Jenis Santau

1) Santau makan & minum

Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin (khadam)yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.

2) Santau angin

Untuk santau jenis ini, ramuannya akan ‘ditujukan’ kepada mangsa hanya dari jarak jauh. Ianya dituju menggunakan khidmat jin santau ataupun dengan menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan mangsa dari jarak jauh. Dan untuk santau jenis ini, biasanya ia tidak memerlukan penggunaan makanan atau minuman. Ramuan santau tadi akan dimasukkan secara ghaib terus ke dalam tubuh badan mangsa tanpa disedari. Santau tadi akan dituju terus ke bahagian perut atau dada dengan bantuan jin angin.

3) Santau Tuju

Santau jenis ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta. Ataupun sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa. Contohnya seperti muntah darah dengan serta-merta. Santau tuju biasanya dilakukan selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

4) Santau Langkah

Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

5) Santau Batuk

Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden) kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Bahan-Bahan Membuat Santau

  1. Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Tanda-Tanda Terkena Santau

Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):

1)   Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).

2)   Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).

3)   Demam dan/atau selsema.

4)   Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).

5)   Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).

6)   Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.

7)   Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.

8)   Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.

9)   Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.

10) Sukar tidur malam.

11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1)  Batuk berdarah.

2)  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.

3)  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.

4)  Hilang daya tumpuan dan ingatan.

5)  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.

6)  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.

7)  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.

8)  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Merawat Pesakit Santau

1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar’iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Tahukah anda bahawa 60% rawatan membuang sihir tidak berjaya. Ketahui puncanya di sini.

Follow saya di sosial media:
Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya.
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!