Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

7 Sebab Jin Sihir Tahan Bacaan Al-Quran

mengapa jin sihir tahan bacaan Al-Quran?

Dikemaskini pada 18/04/2020 oleh Ustaz Abdullah

Ada yang bertanya kepada saya, kenapa ada sesetengah pesakit sihir yang apabila diruqyah, mereka tidak menunjukkan sebarang tindakbalas?

Tidak kiralah apa saja ayat penawar atau ayat pembatal sihir yang dibacakan, tetap juga tidak ada sebarang tindakbalas.

Tetapi, yang peliknya, pesakit tersebut ada menunjukkan gejala-gejala sihir.

Jika perkara sedemikian juga berlaku kepada anda, mungkin anda tertanya-tanya, mengapa boleh berlaku keadaan tersebut?

Adakah dari kalangan jin jenis yang boleh tahan bacaan Al-Quran? Atau ada kemungkinankah jin sihir tersebut merupakan jin Islam?

InshaaAllah di dalam artikel ini saya akan kongsikan dengan anda tujuh sebab yang memungkinkan jin tersebut mempunyai ketahanan terhadap bacaan ayat Al-Quran.

Jenis-Jenis Jin & Kemampuan Mereka

Tahukah anda bahawa jin bukanlah calang-calang makhluk. Jika anda membaca Al-Quran, anda akan berjumpa dengan ayat yang menceritakan tentang jin-jin yang hidup di zaman Nabi Sulaiman.

Golongan jin ini terdiri dari pelbagai jenis di mana mereka ini mempunyai kemampuan yang sangat luar biasa.

Dan dengan kemampuan tersebut, maka Nabi Sulaiman telah memberikan tugas-tugas tertentu kepada mereka.

Antara ayat Al-Quran yang menceritakan tentang jin di zaman Nabi Sulaiman ialah di dalam Surah Saba’ ayat 12-13 yang bermaksud:

“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka”

“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur”

Selain itu, terdapat dari kalangan jin yang dinamakan sebagai Ifrit di mana dia adalah jin yang sangat kuat dan gagah. Allah telah menceritakan tentang jin Ifrit ini di dalam Al-Quran, iaitu Surah An-Naml ayat 39 yang bermaksud:

“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”

Jadi, daripada ayat-ayat di atas anda dapat membayangkan betapa luar biasanya kemampuan dan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada makhluk jin ini.

7 Sebab Jin Sihir Tahan Bacaan Al-Quran

Di bawah saya kongsikan tujuh sebab yang memungkinkan jin sihir dapat tahan bacaan Al-Quran.

1) Jin tersebut sebenarnya memang sudah benar-benar masuk ke dalam Islam, benar-benar bertaubat di atas segala perbuatannya dan mahu keluar dari badan manusia yang disakitinya.

Tetapi, jin tersebut tidak dapat keluar disebabkan ia masih terikat dengan buhul sihir yang digunakan oleh tukang sihir. Oleh kerana itu, bacaan Al-Quran tidak memberikan kesan kepada jin.

2) Jin tersebut pura-pura masuk Islam tetapi dia mempunyai beberapa lapisan pendinding yang melindungi dirinya sehinggakan kesan daripada bacaan Al-Quran tidak dapat menyakiti tubuhnya.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan cara mesti menghancurkan terlebih dahulu lapisan pendinding yang melindungi jin itu.

3) Jin tersebut dilindungi oleh kerajaan jin di mana kerajaan jin itu akan menyalurkan tenaga sehingga jin yang berada di dalam badan manusia tidak merasakan sebarang tindakbalas dari bacaan ayat-ayat Al-Quran.

4) Masih ada barang-barang sihir yang ditanam disekitar rumah, ataupun masih adanya barang-barang sihir atau keramat/tangkal yang disimpan di dalam rumah.

5) Jin boleh saja meniru bacaan Al-Quran bahkan jin kafir juga dapat meniru bacaan Al-Quran tetapi oleh kerana tidak ada niat dan keimanan di dalam diri, maka bacaan Al-Quran tidak memberikan sebarang bekas pada diri jin.

6) Pesakit atau perawat sendiri masih ada keraguan terhadap keberkesanan ayat-ayat Al-Quran sehingga keadaan itu memberikan kesan kepada kemujaraban ayat-ayat Al-Quran untuk mengusir jin keluar.

7) Jin tersebut masih lagi terikat oleh tali buhul yang dipasang oleh tukang sihir. Keadaan ini menjadikan jin tertahan dan tidak dapat keluar dari badan pesakit.

Kesimpulan

Tujuh sebab yang saya kongsikan di atas adalah kemungkinan sahaja. Sebab ada sesetengah kes yang saya rawat memang tidak menunjukkan sebarang tindakbalas bila diruqyah.

Jadi saya cuba mencari jawapannya melalui pembacaan dan juga bertanyakan kepada perawat-perawat yang lebih berpengalaman.

Tapi dari pandangan peribadi saya, faktor paling utama sekali yang dapat memberikan pengaruh kepada jin sihir apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran ialah setinggi mana sifat ketaqwaan yang ada pada diri perawat dan juga pesakit itu sendiri.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

AMARAN kepada pesakit sihir. Pengalaman saya menunjukkan 60% pesakit sihir akan mengalami masalah sihir berulang. Nak tahu sebabnya? Klik di sini sekarang supaya anda tidak mengalami nasib yang sama.

Follow saya di sosial media:
7 Sebab Jin Sihir Tahan Bacaan Al-Quran
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!