Bagaimana Cara Elakkan Sihir Pemisah?
Dikemaskini pada 24/01/2020 oleh Ustaz Abdullah
Sebelum saya menulis dengan lebih panjang tentang sihir dan tanda tanda sihir, paling penting di sini ialah saya perlu tanamkan di dalam pemikiran anda, tentang kebenaran wujudnya perbuatan sihir dan bahayanya.
Sebab dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, ada sesetengah orang yang masih belum betul-betul mempercayai akan kewujudan sihir itu. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di dalam tulisan ini bahawa seseorang yang mengingkari benarnya sihir itu boleh terbatal imannya.
Continue reading “Bagaimana Cara Elakkan Sihir Pemisah?”Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (2)
Anggaran Masa Bacaan: 3 minit
Dikemaskini pada 15/05/2021 oleh Ustaz Abdullah
Nota: Artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Jika anda belum membaca bahagian pertama, klik di sini untuk membaca.
6) Amalkan Solat Sunat Dhuha Setiap Hari
Selain dari menambahkan rezeki dengan izin Allah, solat dhuha juga akan memberikan kelapangan kepada anda. Oleh itu, amalkanlah ia setiap hari dan lihatlah kelapangan yang akan anda rasai.
Tetapi, anda hanya akan merasai nikmat kelapangan tersebut hanyalah selepas anda menjadikan ianya amalan anda setiap hari. Bukan sekali atau dua kali. Tetapi lakukanlah ia secara istiqamah. Lihatlah, inshaaAllah rumahtangga bahagia yang anda impikan akan datang kemudian.
Continue reading “Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (2)”
Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (1)
Anggaran Masa Bacaan: 4 minit
Dikemaskini pada 15/05/2021 oleh Ustaz Abdullah
Kita sering salah sangka dengan menyangka bahawa setiap masalah yang berlaku dalam rumahtangga, semuanya berpunca daripada sihir. Walaupun saya tidak menafikan keadaan itu boleh berlaku. Tetapi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk mendapatkan rumahtangga bahagia.
1) Jangan Berahsia
Sebagai suami isteri, sepatutnya haruslah tidak ada rahsia diantara keduanya. Kerana dengan berahsia, akan menimbulkan banyak perkara, contohnya akan menimbulkan syak wasangka pasangan, dan sebagainya. Apabila sesama pasangan dah mula berprasangka, akan wujudkah rumahtangga bahagia? Walaupun begitu, sikap menghormati juga penting.
Continue reading “Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (1)”
Santau Angin & Bagaimana Rawatannya?
Anggaran Masa Bacaan: 3 minit
Dikemaskini pada 14/11/2016 oleh Ustaz Abdullah
Diantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.
Apa Itu Santau?
Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.
Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.
Download Senarai Ayat-Ayat Ruqyah Percuma
Dikemaskini pada 01/01/2023 oleh Ustaz Abdullah
Apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah? Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ruqyah adalah kaedah penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu kepada orang yang sakit. Tidak kiralah sakit akibat dari penyakit ‘ain, sengatan haiwan, bisa, sihir, kerasukan dan gangguan jin.
Dari maksud di atas, apa yang dapat kita faham dengan ayat-ayat ruqyah pula ialah ianya digunakan untuk penyembuhan dari sesuatu penyakit. Manakala ruqyah secara syar’i pula (Ruqyah Syariyyah) adalah jampi-jampi atau mentera-mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.
Continue reading “Download Senarai Ayat-Ayat Ruqyah Percuma”