Dikemaskini pada 14/11/2016 oleh Ustaz Abdullah
Diantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.
Apa Itu Santau?
Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.
Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.
Baca artikel ini juga: Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya?
Tujuan Santau Diamalkan
Sebenarnya banyak sebab santau ini diamalkan dikalangan masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Antara sebab-sebabnya ialah:
1) Amalan Diri
- Pengamal santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka dan santau dihantar secara rambang ditempat awam. Boleh dikatakan ianya sebagai latihan praktikal. Keadaan begini biasanya pengamal menggunakan santau angin.
2) Mempertahankan Diri
- Di zaman dahulu, aktiviti santau ini diamalkan demi untuk membalas dendam. Sebagai contoh, kalau sesuatu negeri itu kalah kepada lawannya, maka digunakanlah santau ini untuk membalas dendam. Dalam zaman sekarang pula, individu menggunakan santau ini dengan sebab untuk menjaga kepentingan diri sendiri.
3) Membalas dendam
- Selain untuk membalas dendam, pengamal santau melakukannya dengan tujuan untuk mendapatkan penghormatan, sekaligus menjadikan orang lain takut dan tunduk kepadanya.
Santau Angin
Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda tentang santau angin. Santau angin ini termasuk dalam kategori santau yang lebih bersifat mistik. Kerana untuk memastikan ianya berhasil, perlulah disertai dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah mangsa.
Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
Antara tanda-tanda awal jika seseorang itu terkena santau angin ini ialah:
- mulut berbau busuk
- kuku menjadi hitam
- batuk berpanjangan
Bagaimana Kaedah Rawatannya
Seperti yang dikongsikan dari pengalaman Ustaz Mohd Suhaimi, iaitu pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, limau nipis ialah penawar yang mujarab bagi mematahkan tindakbalas santau angin yang dikenakan kepada seseorang.
Menurut beliau juga, selain digunakan untuk tujuan memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan samada seseorang itu sudah terkena racun atau tidak. Berdasarkan pengalaman saya selama enam tahun dalam bidang perubatan Islam juga, sememangnya penggunaan limau nipis dalam rawatan sangat membantu.
Ini kerana bukan setakat baunya sahaja sudah mampu menyakitkan jin, malah gas asid yang ada dalam setiap perahan limau tersebut, mampu memberikan kecederaan kepada mereka. Kaedah yang saya gunakan dalam merawat pesakit santau ialah:
- pesakit akan diruqyah oleh saya terlebih dahulu. Pada tahap ini, jika benar ada racun santau angin yang menggunakan perantaraan jin, inshaaAllah pesakit akan muntah apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah.
- Setelah dirawat, pesakit akan melakukan mandi limau nipis selama 7 hari berturut-turut.
- Masanya selepas asar, sebelum maghrib.
- Air perahan limau perlulah digunakan pada bilasan terakhir. Pada ketika ini, kemungkinan pesakit akan merasa sakit dan bisa seluruh badan disebabkan racun santau yang ada di dalam badan.
Satu lagi kaedah rawatan yang boleh digunakan di dalam merawat pesakit santau angin ialah dengan menggunakan wangian kasturi. Ini kerana, naluri jin tidak sukakan wangian apatahlagi kasturi di mana Nabi mengatakan ianya adalah sebaik-baik wangian.
Sumber rujukan artikel:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Santau#cite_ref-1
http://puterinilamsari.blogspot.my/2011/03/santau-angin-rawatan-panduan.html
http://darussyifabbst.blogspot.my/2012/04/disediakan-oleh-shahila-tahir.html
ANDA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]
(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: