Dikemaskini pada 15/05/2021 oleh Ustaz Abdullah
Kita sering salah sangka dengan menyangka bahawa setiap masalah yang berlaku dalam rumahtangga, semuanya berpunca daripada sihir. Walaupun saya tidak menafikan keadaan itu boleh berlaku. Tetapi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk mendapatkan rumahtangga bahagia.
1) Jangan Berahsia
Sebagai suami isteri, sepatutnya haruslah tidak ada rahsia diantara keduanya. Kerana dengan berahsia, akan menimbulkan banyak perkara, contohnya akan menimbulkan syak wasangka pasangan, dan sebagainya. Apabila sesama pasangan dah mula berprasangka, akan wujudkah rumahtangga bahagia? Walaupun begitu, sikap menghormati juga penting.
Sebaiknya, dari sekecil-kecil perkara seperti keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-sebesar perkara, contohnya nak berpoligami, jangan berahsia. Berterus-terang dan sekiranya perlu diadakan perbincangan, lakukanlah perbincangan dalam keadaan yang paling baik.
Tetapi, saya nak ingatkan di sini, walaupun kita disuruh supaya untuk tidak berahsia, namun untuk berterus terang pun kena ada caranya, kena ada ilmunya. Kena tahu bagaimana caranya untuk berterus-terang dengan pasangan, terutamanya berkaitan dengan perkara yang sensitif.
Sebagai contoh, janganlah ketika isteri kita sedang memotong dan menghiris bawang, kita beritahu kepadanya yang kita nak kahwin seorang lagi. Itu mencari nahas namanya 🙂
2) Hargai Pasangan, Terima Kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah atau apa sahaja yang diterima, sentiasalah bersikap berterima kasih kepada pasangan anda. Walaupun ianya hanyalah sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.
Ingatlah bahawa setiap manusia, termasuk diri anda dan pasangan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Wujudnya kelebihan dan kekurangan ini pula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin kita sendiri tidak tahu.
Ini kerana kita masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Oleh kerana itulah, mungkin cara pasangan dan cara kita dalam sesetengah perkara tidak sama.
Walaupun begitu, nasihat saya, masing-masing perlu berusaha untuk mengurangkan seminima mungkin kekurangan yang ada pada diri. Percayalah, walaupun kita dilahirkan dengan serba kekurangan, kita mampu menjadikannya sempurna, asalkan kekurangan kita itu bukan melibatkan cacat anggota sebagai contoh. Itu memang kekurangan yang tidak dapat diubah.
Yang penting sentiasalah bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dan dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya anda inginkan pasangan berubah, setiap kali memberikan nasihat, jangan lupa memberikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberikan masa.
Kesimpulannya, jangan sesekali anda mengharapkan yang pasangan anda akan berubah dalam sekelip mata. Ingat semula tip untuk rumahtangga bahagia, Hargai Pasangan Terima Kekurangan.
3) Susah Atau Senang, Elakkan Campur Tangan Orang Tua
Tidak ada satu pun rumahtangga yang tidak dilanda dengan masalah, semua begitu. Ianya adalah lumrah. Sebagai contohnya, masalah kewangan. Sekiranya rumahtangga anda menghadapi masalah kewangan, elakkan dari terus bercerita kepada keluarga sendiri atau keluarga mertua.
Ingat, dalam keadaan mereka yang sudah semakin berusia, apa yang mereka dengar dari anda itu kemungkinan akan menjadikan mereka susah hati dan memberikan tekanan kepada mereka. Akhirnya dikhuatiri mereka jatuh sakit.
Lebih parah lagi, takut kalau-kalau apa yang anda ceritakan itu secara tidak langsung membuka aib pasangan anda, boleh mencetuskan perasaan benci ahli keluarga terhadap pasangan anda, dan pelbagai lagi akibat lain, di mana kadangkala ianya hanya berpunca dari mulut anda sendiri.
4) Berkongsi Pinggan Dan Berus Gigi
Ini satu lagi petua rumahtangga bahagia yang paling mudah, murah dan paling menjimatkan untuk anda laksanakan.
Tetapi bagi anda yang terlalu penggeli, ataupun terlalu pembersih, amalan ini mungkin memerlukan sedikit masa untuk anda biasakannya. Namun, ianya adalah lebih baik daripada anda langsung tidak mencuba. Walaupun ianya mengambil masa, sekurang-kurangnya anda sudah berusaha untuk mewujudkan rumahtangga yang bahagia.
5) Kenal Pencipta 5 Kali Sehari, Bersama-sama
Solat berjemaah adalah kunci kepada rumahtangga bahagia. Siapa lagi yang mampu memberikan kebahagiaan kepada kita selain dari Allah. Oleh itu, langkah pertama, paksa diri sendiri terlebih dahulu untuk melaksanakan solat berjemaah.
Kemudian, barulah ajak dan pujuk pasangan untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah. Fahamkan kepada mereka apa kelebihan apabila anda bersama-sama menunaikan solat berjemaah. Jika, pasangan anda enggan, jangan terus marah. Sebaliknya teruslah berusaha memujuk dan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati pasangan untuk menunaikan solat jemaah bersama anda.
Nota: Artikel ini akan bersambung dalam bahagian kedua.
Sumber artikel: Soleh.net
ANDA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]
(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) Â 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: