3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Kita selalu mendengar, atau pernah melihat sendiri kes-kes mereka yang mengalami kerasukan jin. Persoalannya, apakah punca berlakunya gangguan jin kepada seseorang?

InshaaAllah di dalam artikel ringkas yang saya kongsikan dengan anda kali ini, akan cuba memberikan jawapannya.

Dari pengalaman saya, jin merasuki manusia adalah disebabkan 3 perkara di bawah:

1) Ada sesetengah kes, jin menyukai jika seseorang itu mengalami kerasukan. Ini kerana jin itu dapat merasai nikmat apabila berada di dalam tubuh badan seseorang. Kerasukan yang disebabkan faktor ini inshaaAllah lebih mudah untuk disembukan berbanding dua faktor lagi.

2) Kadang-kadang jin merasuki tubuh badan manusia disebabkan manusia itu sendiri telah menyakiti jin tersebut. Contohnya apabila ada manusia yang kencing di merata-rata tempat, dan kebetulan telah kencing ke atas jin itu. Ataupun jin tersebut telah disakiti dengan cara disiram air panas dan mengenai jin tersebut.

3) Dan faktor yang ketiga adalah disebabkan jin sengaja mahu mengganggu manusia. keadaannya sama seperti mana-mana manusia yang jahat yang suka mengganggu manusia lainnya tanpa sebab-musabab.

Itulah 3 faktor yang memungkinkan seseorang itu mengalami kerasukan jin. Penting di sini untuk anda elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti golongan jin seperti menyiram air panas, kencing di merata-rata tempat dan sebagainya.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

4 thoughts on “3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin

  • 03/05/2018 at 9:43 am
    Permalink

    Apakah persediaan awal jika tersedar diri sedang mula dipergunakan dan diperbodohkan??bantu saya.saya sedar ketika ini ada swsuatu yg cuba rampas dr saya

    Reply
    • 05/05/2018 at 12:05 pm
      Permalink

      Boleh saya tahu apa maksud sesuatu yang rampas dari saya?

      Reply
  • 03/05/2018 at 9:34 am
    Permalink

    Bagaimana utk melindungi diri dari ancaman dan tipu daya atau hasad

    Reply
    • 05/05/2018 at 12:15 pm
      Permalink

      Banyak hadis-hadis Nabi yang menceritakan kelebihan Al-Muawwizatain, iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Kerana di dalam kedua-dua surah ini mengandungi permohonan perlindungan kepada Allah dari kejahatan makhluk-Nya. Jadi, amalkan bersungguh-sungguh kedua-dua surah ini, dan selalulah berdoa kepada Allah agar memberikan perlindungan kepada kita.

      Reply

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: