Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah
Adakah anda pernah mengalami gejala ketindihan ketika anda sedang tidur atau ketika nak bangun tidur? Gejala ini menyebabkan anda tidak boleh nak bangun, atau tidak boleh nak menjerit dan sebagainya.
Persoalannya, adakah ianya disebabkan gangguan jin atau adakah ianya memang ada berkaitan dengan masalah kesihatan?
Inshaa Allah persoalan tersebut akan saya kongsikan jawapannya dalam artikel yang sedang anda baca ini.
Sebenarnya gejala ketindihan ketika tidur ini boleh berlaku disebabkan kedua-duanya. Boleh disebabkan gangguan jin dan boleh juga disebabkan masalah kesihatan.
Dari segi perubatan, gejala ketindihan ketika tidur ini dikenali sebagai sleep paralysis atau kelumpuhan tidur. Sebenarnya gejala sleep paralysis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Malah menurut kajian, semua orang pernah mengalaminya sekali atau dua kali sepanjang hidupnya.
Sleep paralysis berlaku disebabkan ketika kita sedang tidur di mana aktiviti otak mengalami dua keadaan yang berbeza, iaitu tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM.
Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi anda tidur, seperti berbicara dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM adalah fasa tidur yang dalam dan ketika inilah terjadi mimpi. Sleep paralysis terjadi ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum bersedia. Maksudnya kita sedar tetapi tubuh belum bersedia untuk bergerak ditambah pula terjadinya halusinasi kerana mimpi dan faktor lainnya.
Tetapi anda tidak perlu terlalu bimbang kerana gejala sleep paralysis ini tidaklah merbahaya dan ianya hanya terjadi lebih kurang dalam tempoh dua hingga ke tiga minit sahaja. Setelah otak dan tubuh anda kembali berhubung, gejala seperti ketindihan itu akan hilang.
Itu dari segi teori perubatan moden. Sekarang mari kita lihat dari segi pandangan syariat pula berkaitan dengan gejala ketindihan ketika bangun tidur.
Adakah ianya boleh disebabkan gangguan jin? Perkara ini juga tidak boleh dinafikan menjadi sebab berlakunya gejala ketindihan ketika bangun dari tidur. Ataupun gejala ini tidak mustahil berlaku disebabkan gabungan dua-dua sebab di atas, iaitu disebabkan sleep paralysis dan juga gangguan jin.
Keadaan di atas boleh diibaratkan seperti orang gila. Masalah kegilaan boleh disebabkan orang tersebut mempunyai masalah besar yang terlalu difikirkannya sehingga menjadikan dirinya tertekan. Apabila dia berkeadaan begini, hati dan imannya menjadi lemah sehingga memudahkan jin merasuk tubuh dan menjadikannya sehingga gila.
Begitu juga dengan penyakit dan gangguan fizikal yang mana ianya boleh berlaku disebabkan faktor fizikal dan juga faktor gangguan jin. Ini seperti mana hadis Nabi s.a.w berkaitan dengan hadis ‘Ain (iaitu gangguan yang disebabkan pandangan yang tidak baik seperti pandangan hasad, dengki marah dan sebagainya).
Rasulullah s.a.w telah brsabda:
“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)
Selain itu, mimpi juga boleh berpunca dari gangguan syaitan iaitu mimpi buruk dan mimpi yang boleh menakutkan mereka yang mengalaminya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a:
“Mimpi itu ada tiga macam: [1]bisikan hati, [2]ditakuti-takuti setan, dan [3]kabar gembira dari Allah.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Di dalam lafaz riwayat Muslim:
“Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang sekali mimpi seorang muslim yang tidak benar. Dan orang yang paling benar mimpinya di antara kalian adalah yang paling benar ucapannya. Mimpi seorang muslim adalah sebagian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam: (1) Mimpi yang baik sebagai kabar gembira dari Allah. (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syetan. (3) dan mimpi yang timbul karena ilusi angan-angan, atau khayal seseorang. Karena itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian shalatlah, dan jangan menceritakannya kepada orang lain.” (HR. Muslim no. 4200)
Oleh itu, mimpi ada 3 yang menjadi penyebabnya:
- Mimpi yang baik dari Allah.
- Mimpi yang buruk dari syaitan.
- Mimpi yang dikenali sebagai mainan tidur kerana terbawa-bawa sesuatu perkara besar yang terlalu difikirkan hingga terbawa-bawa ke dalam tidur.
Cara Mencegahnya
Kita lakukanlah adab-adab sebelum tidur yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti membaca doa sebelum tidur. Dan lakukanlah juga adab-adab sekiranya kita terbangun dari tidur kerana bermimpi buruk. Kerana Allahlah yang menjaga ketika kita sedang tidur. Keadaan kita yang tidur membuatkan kita berada dalam keadaan lalai. Oleh kerana itulah ada sebahagian ulama yang menjelaskan bahawa tidur itu adalah mati kecil.
Sebagaimana di dalam ayat di bawah:
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) ruh (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah ruh (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan ruh yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” (Az-Zumar : 42)
Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, berkata:
“Sesungguhnya ruh orang yang hidup dan ruh orang mati bertemu dalam mimpi. Mereka saling mengenal sesuai yang Allah kehendaki. Ketika masing-masing hendak kembali ke jasadnya, Allah menahan ruh orang yang sudah mati di sisi-Nya, dan Allah melepaskan ruh orang yang masih hidup ke jasadnya, sampai batas waktu tertentu yaitu selama hidupnya.” (Tafsir At-Thabari 21/298, Muassasah Risalah, 1420 H, syamilah)
Sumber rujukan: Muslim Afiyah
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.