Dikemaskini pada 04/03/2021 oleh Ustaz Abdullah
Gangguan jin bukan sahaja berlaku kepada seseorang, tapi juga boleh berlaku kepada kediaman ataupun premis pernigaan anda.
Sebab itulah Nabi s.a.w telah memberitahu kepada kita melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah” (Hadis riwayat Muslim: 780)
Di dalam hadis di atas, ada perkara yang Nabi nak bagitahu kepada kita iaitu:
- Jangan biar rumah sunyi tanpa diisi dengan amal ibadah.
- Amalkan membaca Surah Al-Baqarah kerana syaitan akan lari dari rumah tersebut.
Berdasarkan kepada hadis di atas, maka memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jin boleh menggangu rumah ataupun premis perniagaan anda.
Jadi, di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk mengenali rumah ataupun premis perniagaan yang mengalami gangguan jin ataupun sihir.
Betulkah Rumah Ada Gangguan Jin?
Berdasarkan pengalaman saya, ada sesetengah gangguan jin ini hanyalah melibatkan diri pesakit sahaja. Dan ada setengahnya pula, gangguan tersebut melibatkan diri pesakit dan juga kediamannya.
Begitu juga dengan premis perniagaan.
Jadi, kalau anda merasakan rumah anda sekarang ini ada gejala-gejala yang menunjukkan gangguan jin, anda perlu pastikan apakah gangguan tersebut benar-benar gangguan di dalam rumah anda.
Ataupun sebenarnya gangguan jin itu hanyalah berlaku kepada diri anda sahaja.
Bagaimana cara nak pastikan?
Mudah sahaja.
Kalau gangguan melibatkan kediaman anda, biasanya ahli rumah yang lain juga akan dapat merasakan tanda-tanda gangguan tersebut. Contohnya, katakanlah anda selalu mendengar bunyi ketukan di rumah ataupun bunyi guli dalam rumah, bunyi-bunyi tersebut juga akan dapat didengari oleh orang lain.
Walaupun orang tersebut bukan ahli keluarga anda.
Tetapi kalau anda seorang sahaja yang merasakan tanda-tanda tersebut, kemungkinan gangguan sebenarnya melibatkan diri anda sahaja.
Sekiranya gangguan hanya melibatkan diri anda sahaja, maka anda perlulah mendapatkan rawatan ruqyah syariyyah. Tetapi kalau memang benar gangguan yang berlaku adalah gangguan di rumah anda, maka anda perlu ikhtiarkan untuk memagar rumah tersebut.
Tanda-Tanda Gangguan Jin Di Rumah & Premis Perniagaan
Tanda-tandanya adalah seperti yang saya kongsikan di bawah.
1) Bau wangian/kemenyan/busuk/hanyir/hangit yang tidak diketahui puncanya.
2) Bayi kerap menangis bila berada di dalam rumah/premis perniagaan.
3) Benda bergerak atau berubah tempat dengan sendirinya.
4) Bunyi paip air dibuka di tandas atau di bilik air.
5) Bunyi perabot, benda berat, tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas. Ini biasanya berlaku pada rumah flat, apartment atau kondominium.
6) Bunyi guli dalam rumah, bola ping-pong, menumbuk dengan lesung di rumah atas. Juga biasanya berlaku pada rumah flat, apartment atau kondominium.
7) Bunyi orang berjalan di bahagian atas rumah. Ini kalau rumah dua tingkat.
8) Bunyi pasir, benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah.
9) Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap.
10) Kedai atau pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Ada sesetengah kes yang melaporkan pelanggan melihat kedai mereka seperti tidak beroperasi (tutup).
11) Lampu atau alat eletrik terpadam dengan sendiri.
12) Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi.
13) Melihat lembaga, jin, atau hantu secara terus.
14) Mendengar suara berbisik, menyergah atau memanggil nama.
15) Nampak kepulan asap hitam, atau putih di dalam rumah atau premis perniagaan.
16) Pintu atau tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya.
17) Rasa gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah atau premis perniagaan.
18) Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
19) Selalu melihat kelibat/bayangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
20) Sering kehilangan wang secara tiba-tiba.
21) Sering terjaga di waktu malam atau tengah malam.
22) Seseuatu menyentap kaki semasa sedar atau ketika tidur.
23) Suami isteri/penghuni rumah/pekerja kerap bertengkar walaupun disebabkan perkara kecil.
24) Suhu di dalam rumah atau premis perniagaan terasa aliran bahang panas.
25) Tanda lebam pada anggota badan.
26) Terasa ada lembaga tidur bersama, bersetubuh, menggangu ketika sedang tidur.
27) Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.
28) Terasa bahu ditepuk dari belakang.
29) Terasa terkena renjissan air.
30) Udara di dalam rumah atau premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya.
Penting untuk saya jelaskan pada anda di sini, jika rumah atau premis perniagaan anda mengalami sekurang-kurangnya tiga dari tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan perawat Islam yang diyakini kaedah rawatannya untuk mendapatkan ikhtiar rawatan.
Seperti yang telah saya jelaskan, ada sesetengah tanda di atas menunjukkan yang gangguan sebenarnya berada di dalam diri pesakit, bukan pada rumah atau premis perniagaan. Jadi dalam kes ini, pesakitlah yang perlu dirawat terlebih dahulu.
Kesimpulan
Sebagai langkah pencegahan daripada gangguan jin, nasihat saya amalkanlah dengan istiqamah apa yang telah Rasulullah s.a.w ajarkan kepada kita.
Baik pada diri sendiri, rumah atau premis perniagaan anda.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sebarkanlah kepada rakan-rakan anda kerana ianya akan dinilai sebagai satu amalan kebaikan, inshaaAllah. Pastikan anda mendaftar sebagai ahli newsletter blog ini untuk tidak ketinggalan semua penulisan terkini dari saya. Klik di sini untuk mendaftar secara percuma sahaja.
Kini anda mampu untuk merawat gangguan jin dan sihir dengan cara yang lebih mudah. Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui rahsianya.