Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimanakah Cara Merawat Sihir?

Bagaimana cara merawat sihir?

Dikemaskini pada 05/04/2020 oleh Ustaz Abdullah

Sihir merupakan dosa yang paling besar sekali selepas dosa mensyirikkan Allah s.w.t. Bahkan kedua-dua dosa besar ini sebenarnya saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini kerana, mereka yang ingin melakukan sihir ataupun tukang sihir perlulah melakukan perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.

Ini adalah sebagai syarat untuk memastikan sihir yang akan dilakukan akan dapat berjalan dengan lancar.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 48 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”

Sihir ini sebenarnya mempunyai hakikat. Apa yang dimaksudkan dengan hakikat itu? Yang dimaksudkan dengan hakikat itu ialah perbuatan sihir boleh memberikan kemudharatan kepada mangsa-mangsanya.

Dengan sebab perbuatan sihir itu boleh menyebabkan seseorang itu terbunuh, orang yang sihat tiba-tiba menjadi sakit, suami isteri tiba-tiba boleh bercerai-berai dan sebagainya. 

Tetapi, walaupun begitu, kita sebagai orang yang beriman wajib pula meyakini bahawa hakikat sihir yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah semata-mata.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah”

Oleh kerana bahaya sihir inilah Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada umatnya kaedah-kaedah yang sepatutnya kita amalkan sebagai ikhtiar dan usaha agar Allah menjaga dan melindungi kita dari bahaya sihir ini.

Tanda-Tanda Anda DiSihir

Sihir dilakukan dengan menggunakan perantaraan jin-jin jahat yang terdiri dari kalangan jin-jin yang fasik, munafik dan kafir.

Ini juga antara sebab mengapa tukang-tukang sihir mesti melakukan perkara-perkara yang mensyirikkan Allah. Tujuannya adalah untuk memanggil golongan jin-jin yang jahat ini.

Lebih tinggi tahap kesyirikkan yang sanggup dilakukan oleh tukang sihir, lebih jahatlah jin yang akan sanggup untuk menjadi pembantu kepada tukang sihir tersebut.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Jin ayat 6 yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat

Oleh sebab bantuan jin inilah, perbuatan sihir sangat susah untuk dikesan dan mangsa sihir mampu disakiti atau dicederakan hanya dari jauh sahaja. 

Jadi bagaimana nak tahu anda telah terkena sihir?

Dari pengalaman saya, apabila anda disihir, pasti pada diri anda akan wujudnya tanda-tanda yang menunjukkan anda telah terkena sihir.

Tanda-tanda ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

  1. Tanda umum.
  2. Tanda khusus.

Tanda umum bermaksud tanda-tanda yang akan anda alami tidak kiralah apa sahaja jenis gangguan yang anda alami. Samada anda disihir, atau anda diganggu jin saka dan sebagainya, inilah tanda-tandanya.

  • Susah tidur malam.
  • Selalu terjaga tengah malam tanpa sebab.
  • Selalu mimpi menakutkan.
  • Selalu mimpi melihat makhluk halus.
  • Selalu bermimpi binatang berbisa atau binatang liar.
  • Selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • Selalu mimpi menyusu atau mendukung bayi.
  • Selalu bermimpi berada ditempat kotor.
  • Selalu bermimpi berada dikawasan perkuburan.
  • Selalu mimpi diancam dengan benda tajam.
  • Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • Selalu rasa berdebar-debar, takut, risau, gelisah dan sebagainya.
  • Rasa seperti ada sesuatu bergerak-gerak di dalam badan.
  • Rasa malas, lesu dan tidak bersemangat secara tiba-tiba.
  • Selalu sakit dibahagian belakang terutamanya disepanjang tulang belakang.
  • Rasa malas dan berat sangat untuk menunaikan solat.
  • Rasa malas untuk berzikir dan membaca Al-quran.
  • Menjadi panas baran.
  • Cepat lupa secara tiba-tiba.

Manakala tanda-tanda khusus pula ialah tanda-tanda yang akan anda alami bergantung pada apakah jenis sihir yang dihantar kepada anda.

Sebagai contoh katakanlah anda dihantar dengan sihir pemisah, maka ketika ini akan muncul tanda-tanda seperti di bawah:

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah hilang keinginan untuk melakukan persetubuhan. Jika hubungan tersebut berlaku, kemungkinan mereka tidak akan merasa nikmatnya sama sekali.
  2. Suami ataupun isteri akan berasa sangat rimas, tidak tenang, dan panas apabila berada di dalam rumah tetapi apabila berada diluar rumah, perasaan tersebut akan hilang dengan serta-merta.
  3. Suami atau isteri akan mula merasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri akan melihat pasangannya dalam rupa bentuk yang hodoh, buruk atau menakutkan.
  5. Suami atau isteri akan mudah marah dan melenting sehingga menimbulkan pergaduhan yang kadang-kadang boleh membawa kepada perceraian, walaupun pergaduhan itu hanya berpunca dari perkara yang kecil.

Jadi sekiranya lengkap kedua-dua tanda yang saya sebutkan di atas, bermakna kemungkinan besar anda memang telah disihir.

Cara Merawat Sihir

Sekarang saya nak kongsikan pula dengan anda bagaimana cara atau teknik yang boleh anda lakukan untuk merawat sihir yang anda alami.

Ada 3 cara sebenarnya:

  1. Ruqyah mandiri
  2. Ruqyah dengan perawat
  3. Rawat dengan penggunaan makanan sunnah

Ruqyah Mandiri

Ruqyah mandiri secara ringkasnya bermaksud anda rawat diri anda sendiri.

Caranya adalah anda mengamalkan teknik-teknik tertentu, ataupun ayat-ayat tertentu seperti ayat pembatal sihir dan sebagainya.

Di mana teknik-teknik atau ayat-ayat yang anda amalkan itu sebagai satu cara atau ikhtiar untuk merawat sihir yang anda alami.

Sebenarnya kaedah ruqyah mandiri ini telah pun diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita umatnya melalui kehidupan Baginda sehari-hari.

Contoh paling mudah sekali untuk kita tiru dan amalkan ialah Nabi sebelum tidur akan berwuduk terlebih dahulu.

Kemudian Baginda akan membaca ayat kursi dan juga Al-Muawwizatain dan akan sapukan ke seluruh tubuh Baginda. 

Cara yang simple dan mudah untuk kita ikut. Tetapi walaupun mudah, ianya sangat memberikan kesan sekiranya anda mengamalkan secara istiqamah.

Rawatan Dengan Perawat Ruqyah

Ruqyah dengan perawat pula saya rasa anda dah sedia maklum caranya. Dan mungkin juga anda sedang atau pernah melakukannya.

Cumanya nasihat saya, untuk dapatkan bantuan rawatan dengan perawat, pastikanlah anda berubat dengan perawat yang betul-betul gunakan kaedah ruqyah syar’iyyah.

Sebab, jika anda tersilap langkah anda bukan berubat dengan perawat ruqyah syar’iyyah tetapi bomoh atau tukang sihir yang menyamar sebagai perawat ruqyah.

Rawatan Dengan Amalan Pemakanan Sunnah

Dan yang ketiga, kaedah rawatan dengan mengamalkan pemakanan sunnah. Cara ini pun sebenarnya ada anjurannya oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Saya kongsikan dengan anda satu hadis dari Nabi s.a.w.

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut” (HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)

Jadi, ketiga-tiga kaedah rawatan sihir yang saya kongsikan di atas boleh anda cuba dan lakukan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Jika ditanyakan kepada saya, diantara ketiga-tiga kaedah di atas, mana yang terbaik, saya katakan yang terbaik ialah anda menggabungkan ketiga-tiga cara di atas sebagai ikhtiar untuk merawat sihir yang anda alami.

Kesimpulan

Pastikan dalam kehidupan anda, berdoalah kepada Allah supaya anda dilindungi oleh Allah dari bahaya sihir dan berdoa juga supaya anda diberikan kekuatan iman agar tidak menjadi mereka yang mengamalkan sihir.

Kerana sihir adalah perbuatan syirik di mana pelakunya tidak akan diampunkan oleh Allah sama sekali sekiranya mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat kepada Allah. Diakhirat mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Tahukah anda bahawa 60% rawatan membuang sihir tidak berjaya. Ketahui puncanya di sini.

Follow saya di sosial media:
Bagaimanakah Cara Merawat Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!