Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

5 Contoh Meminta Pertolongan Kepada Jin

Dikemaskini pada 15/01/2017 oleh Ustaz Abdullah

Kebanyakan dari kita mengaku kita adalah Muslim. Kita juga selalu menyebut di dalam solat kita, ketika membaca surah al-Fatihah, “Hanya akan Engkau aku sembah, dan hanya Engkau aku memohon pertolongan”. Ini yang kita sebut setiap rakaat di dalam solat kita, lima kali sehari.

Tetapi hakikatnya, apabila kita menghadapi masalah, bukanlah kepada Allah kita meminta pertolongan, kita mengharap kepada makhluk-Nya, bahkan sehingga kita mensyirikkan Allah.

Seringkali kita mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil. Kita menganggap bahawa apa yang kita lakukan itu adalah benar dan tak salah di dalam agama. Tetapi kita tak sedar bahawa perbuatan kita itu bukannya menyelesaikan masalah, bahkan menambah lebih banyak masalah selain masalah sedia ada tidak dapat diselesaikan. Inilah tandanya yang anda semakin menjauh dari pertolongan Allah.

Seringkali kita meminta pertolongan kepada selain-Nya, bahkan terhadap jin. Padahal kita ketahui bersama bahawa Syirik termasuk dosa besar. Semoga kita tidak termasuk ke dalam orang-orang yang meminta bantuan terhadap jin. Di bawah ini saya kongsikan beberapa contoh sikap seseorang yang mempunyai masalah, namun tak melibatkan Allah sebagai penolongnya.

1. Tidak dinafikan, semua orang inginkan kejayaan dalam hidupnya, dan inginkan kejayaan tersebut bertambah. Tetapi sayangnya, untuk mencapai tujuan tersebut, bukannya ia merendah diri memohon pertolongan kepada Allah, tapi ia datang kepada orang yang menghubungkannya dengan jin (bomoh), dan kemudian menduakan Allah. Akhirnya bukan kejayaan yang ia dapatkan, melainkan malah kehinaan. Ada saja halangan-halangan yang membuatnya jauh dari kejayaan, dan malah dapat mendekatkannya dengan kehancuran. Inilah tanda semakin jauhnya seseorang itu dengan Allah.

2. Di zaman sekarang ini, bolehlah dikatakan semua orang mempunyai hutang, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah, dan pelbagai hutang lagi. Ada juga orang yang ingin hutangnya cepat-cepat dibayar, lalu ia pun terpengaruh dengan ritual-ritual kemusyrikan yang disangkanya boleh menjadi jalan untuk melangsaikan hutang. Nyatanya, ia mendapati hutangnya malah bertambah banyak dan masalahnya menjadi semakin meruncing.

3. Ramai daripada kita yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan zuriat, selepas dah cuba macam-macam cara, masih belum berhasil. Kemudian mereka mengambil jalan mudah dengan cara mendapatkan bantuan bomoh dengan menggunakan bantuan jin. Akhirnya bukan sahaja masih belum mendapatkan anak, tetapi iman pun terbatal kerana melakukan perkara mensyirikkan Allah.

4. Pasangan suami isteri yang tidak bahagia dalam rumahtangga, selalu bergaduh, lalu salah seorang dari mereka menggunakan jin (pakai susuk atau yang lainnya, agar suami tambah sayang), maka ketika mereka menggunakan bantuan jin, bukan kebahagiaan yang diperolehi, bahkan boleh mengundang hingga kepada perceraian.

5. Seseorang yang ingin naik pangkat dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi, lalu menggunakan kekuatan sihir, kekuatan jin, dan ternyata ia memang naik. Lalu di mana letak kesesatannya? Ternyata ketika ia dapat naik pangkat dan berjaya dalam kerjayanya, semakin banyak maksiat yang dilakukan, contohnya mengambil rasuah.

Inilah sebahagian dari pernyataan Allah, bahawa orang-orang yang berbuat kemusyrikan, termasuk menggunakan pertolongan jin, adalah justeru bertambah masalah dan sesat dalam hidupnya.

Sumber rujukan: Islam Pos

Follow saya di sosial media:
5 Contoh Meminta Pertolongan Kepada Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!