Bagaimana caranya nak mengesan sihir di dalam badan?

Assalamualaikum sahabat yang dihormati,

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya. Jika anda membaca artikel ini, maksudnya anda adalah subscriber saya.

Ok, saya terus kepada tujuan utama saya nak kongsikan artikel ini.

Macam yang saya terangkan dalam emel, saya banyak dapat soalan. Kebanyakanya berkaitan dengan sihir. Soalan yang paling kerap diajukan kepada saya ialah, macam mana nak tahu dalam badan ada sihir atau tidak?

Ok, ada beberapa langkah yang saya nak terangkan dulu, berdasarkan pengalaman saya dalam bidang rawatan Islam.

Langkah 1.

Perkara pertama yang anda kena faham ialah, seseorang yang ada gangguan jin di dalam badan, pasti akan adanya tanda-tanda atau simptom. Saya yakin sangat benda ini.

Dan simptom-sipmtom sihir pula bergantung pada jenis sihir yang anda kena. Boleh baca artikel saya di bawah untuk lebih banyak info.

Info 1: Mengenalpasti Bentuk-Bentuk dan Tanda-Tanda Sihir
Info 2: 7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Tanda-Tandanya
Info 3: 9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya

Jadi, selepas anda baca artikel-artikel di atas, perhatikan pada diri anda dan ahli keluarga anda. Ada atau tidak simptom-simptom yang saya sebutkan dalam artikel-artikel di atas.

Tapi, satu perkara yang anda kena tahu ialah, kadang-kadang simptom yang wujud tak bermaksud yang ianya benar-benar sihir. Boleh jadi ianya bukan sihir. Jadi macam mana nak tahu ianya sihir atau tidak?

Ini yang saya nak kongsikan dengan anda. Teruskan membaca 🙂

Langkah 2:

Dalam langkah kedua ini, saya akan kongsikan bagaimana nak pastikan yang simptom-simptom yang ada itu benar-benar akibat sihir.

Dari pengalaman saya merawat, ada jenis-jenis tindakbalas, berdasarkan jenis-jenis gangguan. Dan tindakbalas-tindakbalas inilah yang akan menjadi panduan kepada perawat untuk mengesan apakah sebenarnya jenis gangguan yang dialami oleh pesakit.

Gangguan yang pertama saya kategorikan sebagai gangguan biasa. Gangguan biasa ini bermaksud ianya bukan sihir atau saka. Gangguan jenis kedua ialah sihir. Dan gangguan ketiga ialah saka.

Baik. Untuk gangguan jenis yang pertama, iaitu yang bukan sihir atau saka, tindakbalasnya ialah pesakit akan merasa sakit-sakit, berasa dicucuk benda tajam, dan sebagainya apabila diruqyah oleh perawat. Bergantung pada simptom.

Sebagai contoh, katakanlah simptom yang dialami oleh pesakit yang mengalami gangguan jenis ini ialah sukar untuk tidur malam ataupun sering terjaga di waktu tengah malam tanpa sebab, apabila diruqyah dibahagian matanya, ketika itu matanya akan dirasakan sakit, panas, pedih, atau rasa seperti dicucuk dengan benda tajam.

Untuk gangguan sihir, kes-kes pesakit saya yang lepas, apabila diruqyah, biasanya pesakit sihir ini akan mengeluarkan muntah lendir yang banyak. Bahkan ada yang memuntahkan lendir bercampur darah. Ini menandakan yang sihir tersebut sudah berada lama di dalam badan.

Untuk gangguan jenis saka pula, apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah, pesakit biasanya akan mula menunjukkan sikap yang agresif. Dan apabila lagi lama diruqyah, pesakit saka ini akan meracau-racau bergantung pada jin saka tersebut.

Saya pernah berhadapan dengan saka pahlawan di mana apabila proses meruqyah dimulakan, pesakit terus menepuk lantai, dan akhirnya bersilat.

Jadi bagaimana cara mudah untuk mengesan apakah jenis gangguan yang anda alami?

Dengan mengamalkan pemakaian wangian Kasturi Terapi Ruqyah, anda dapat manfaat-manfaat di bawah:

  • mengesan kewujudan gangguan jin dalam badan anda.
  • mengesan apakah jenis gangguan yang anda alami. Iaitu apabila anda amalkan pemakaian wangian ini, lihat tindakbalas yang anda alami (berdasarkan yang saya ceritakan di atas).
  • menjadi pendinding dari gangguan jin yang berada di luar.

Untuk maklumat lanjut tentang wangian Kasturi Terapi Ruqyah, klik di sini.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya dalam artikel kali ini. Saya harap sedikit sebanyak, ia dapat menambahkan pengetahuan dan membantu anda.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan melalui ruangan komen di akhir artikel ini.

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!