Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?

Dikemaskini pada 17/03/2023 oleh Ustaz Abdullah

Tahukah anda bahawa sihir ada macam-macam jenis?

Jenis-jenis sihir ini bergantung kepada apakah tujuan sihir itu dihantar. Contohnya, jika orang yang menghantar sihir itu nak pastikan seseorang lelaki atau perempuan terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 9 jenis sihir yang biasa dituju dengan tujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsa.

1) Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini memang dah terang-terang wujudnya berdasarkan dalil al-Quran. Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Selain ayat di atas, sihir jenis ini ada juga disebut di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi:

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya” (Hadis riwayat Muslim: 5032)

Antara tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah:

  1. Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
  2. Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
  3. Enggan meminta maaf.
  4. Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.
  5. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2) Sihir Guna-Guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  1. Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
  2. Sukar mengawal cintanya.
  3. Rindu bayang yang berlebihan.
  4. Patuh secara membuta-tuli.

3) Sihir Memperdayakan Pandangan

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:

  1. Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

4) Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:

  1. Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
  2. Cakap merapu.
  3. Mata layu.
  4. Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
  5. Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
  6. Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
  7. Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5) Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:

  1. Suka berseorangan.
  2. Menutup/memencilkan diri sepenuhnya.
  3. Diam berterusan.
  4. Tidak suka bertemu orang.
  5. Fikiran melayang.
  6. Selalu pening.
  7. Lesu dan tidak bermaya

6) Sihir Panggilan

Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:

  1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
  2. Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  3. Selalu was-was.
  4. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  5. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  6. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7) Sihir Membuat Penyakit

Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:

  1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  2. Saraf tersumbat.
  3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  4. Lumpuh menyeluruh.
  5. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8) Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah”

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

Tandanya mudah. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti-henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan. Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

9) Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

  1. Takut yang bersangatan.
  2. Lalai berlebihan.
  3. Marah yang tidak terkawal.
  4. Di puncak gelora nafsu syahwat.

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

  1. Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
  2. Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  1. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  2. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
  4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
  5. Selalu gelisah waktu tidur.
  6. Selalu rasa sakit di perut.
  7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Kesimpulan

Pentingkah untuk anda tahu jenis-jenis sihir yang saya kongsikan di atas?

Bagi saya sebagai perawat, ianya boleh dikatakan agak penting juga.

Sebabnya dengan mengetahu jenis sihir yang dihadapi oleh pesakit, mudah untuk saya fokus apabila nak merawat pesakit tersebut.

Bagi anda sebagai pesakit pula, anda lebih tahu apakah kebaikannya apabila anda tahu jenis-jenis sihir yang sedang anda alami.

Semoga perkongsian artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!