Bahaya Sihir Pandangan & Bagaimana Mencegahnya?


Pernah tak anda mendengar tentang sihir pandangan? Atau dikenali dengan ‘Ain. Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata:

“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang kadang-kala boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan kadang-kala pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.”

Pengaruh daripada bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman-Nya:,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam (68): 51)

Terdapat pula hadis dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)

Subhanallah, lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi pada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain bukan kerana rasa dengki namun kerana rasa takjub.

Sebagaimana dalam hadis: Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahawa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamah, “Maka terpelantinglah Sahl.”

Kemudian Rasulullah s.a.w mendatangi Amir. Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!”. Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengubatan orang yang tertimpa ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut (*). Maka Amir mandi dengan menggunakan satu bekas air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, hujung-hujung kakinya dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sedar dan berlalulah bersama manusia.” -(HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).

(*) Kata mandi yang ada di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik dalam kitab Al Muwattho. Wallahu a’lam.

TANDA-TANDA TERKENA ‘AIN

Tanda-tanda anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar (bukan kerana lapar, sakit ), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau keadaan tubuh si anak kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.

Sebagaimana dalam hadis dari Amrah dari ‘Aisyah r.a., ia berkata, “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu beliau berkata, “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubati dia daripada penyakit ‘ain?” -(HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Begitu pula hadis Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” -(HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

BERLINDUNG DARI BAHAYA ‘AIN

Sesungguhnya syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya bagi umatnya, maka Rasulullah s.a.w. tentu telah menjelaskan tentang perkara tersebut dan cara-cara mengatasinya. Begitu pula dengan bahaya ‘ain ini.

1. Bagi Seseorang yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain

Berdasarkan hadis Abu Umamah di atas, maka hendaklah seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya, maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:

zikir

Ertinya:

“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”

2. Bagi yang Memungkinkan Terkena ‘Ain

Sesungguhnya ‘ain terjadi kerana ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak berlebihan dalam membanggakan anaknya kerana dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang si anak. Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah nampak baik dari kepintaran si anak, fiziknya yang “masyaAllah”, maka hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang telah diajarkan Nabi s.a.w., diantaranya adalah surah Muawadzatain (surah An-Nas dan Al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi s.a.w. untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, Iaitu:

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.”(HR. al-Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Atau dengan doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).

Kemudian, terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam ketika Nabi s.a.w. mendapat gangguan syaitan, iaitu:

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Dan terdapat doa-doa lain yang dapat dibacakan kepada si anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PENJAGAAN DARI BAHAYA ‘AIN ATAU SEJENISNYA

Memang bayi selalu terdedah kepada bahaya ‘ain ataupun gangguan syaitan lainnya.

Terdapat beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan tersebut kerana tidak berdasarkan pada nas syari’at. Diantara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

1.Meletakkan gunting di bawah bantal si bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini termasuk kesyirikan kerana menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya.

2.Mengalungkan anak dengan azimat, tangkal dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan hanya akan melemahkan si anak dan orang tua kerana berlindung pada sesuatu selain Allah SWT.

Perlulah kita selalu mengingat, bahawa sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh besar dan berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah SWT. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu.

Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadis-hadis shahih Nabi s.a.w.

Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, iaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu a’lam.

Sumber rujukan: Klik di sini

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada pandangan? Kongsikannya.