Zikir & Doa Mohon Perlindungan
Anggaran Masa Bacaan: 4 minit
Zikir dan doa mempunyai pelbagai fadhilat dan keutamaan. Dan diantara fadhilat zikir tersebut ialah Allah jadikan ia sebagai wasilah untuk hambanya gunakan bagi melindung diri mereka dari berbagai bahaya dan musibah.
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
Lihatlah betapa besarnya keperluan manusia kepada keadaan hati yang berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Dan sebesar itulah juga keperluan kita kepada zikir.
Mengapa?
Kerana seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas tadi, jalan untuk menteramkan hati hanyalah dengan mengingati (zikir) Allah.